May 5, 2011

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ziarah Ustaz Idris Omar: Kami Turut Raikan

BBB, 30 Jamadil Awal = 04 Mei (Rabu):

Pagi ini Adun dimaklumkan tentang kehadiran YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas ke Kawasan Bandar Baru Bangi dengan tujuan menziarah Mantan Adun dan Mantan Timbalan Murshidul Am Ustaz Idris bin Omar yang tinggal berhadapan dengan Institut Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi.
Menerima maklumat Adun bersama isteri (Dimaklumi Tuan Guru datang bersama isteri) bergegas ke rumah Ustaz Idris Omar. Tiba sama di sana ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, Abang Ahmad Kerdee Bekas Calon Beting Maro, Sdr. Adram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang, Dato` Halim Tamuri, Sdr. Dr. Shamsuri Setiausaha Politik Tuan Guru, Puan Zuryati Ketua Muslimat Pas Serdang dan beberapa yang lain.
Pertemuan bertanya khabar tentang kesihatan Ustaz Idris yang nampaknya telah pulih dari sakit kaki dan nampaknya sudah boleh berjalan. Di samping itu kami turut berbincang soal politik semasa dan berbagai persoalan dengan secara santai. Sementara isteri-isteri dibahagian dapur turut berbincang sambil menyediakan makan tengahari. Tuan Guru akan pulang ke Kuala Terengganu flight jam 2.00 tengahatri selepas makan tengahari di sini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment