Membuat dia pendiam
Usahanya menyorot diri
Mengetuk manusiawi dan simpati
Mengerti dia tentang cacat diri
Terpisah dari ceria kawan sebaya.
Melanjutkan kehidupan
Tidak semua anak-anak kita
membesar berkeadaan normal
oleh cacat sejak kelahiran
atau gangguan kesihatan
membuat mereka keterasingan
menuntut simpati dan kasih sayang.
Melawat anak yang lumpuh
Redah hatiku tersentuh
Usaha bagi anak peluang berjalan
Dengan kerusi roda disediakan
Tapi untuk berdiri memerlukan alat sokongan
Menuntut simpati dana dan keikhlasan.
Kami selajnah kebajikan datang
Membawa sejambak simpati
Pada anak dan ibu gigih menghadapi
Betapa kami mahu menceria mereka
Tak mampu mengering titis duka
Mengalir bersama hangat harapan
Di pipi wajah anak-ibu berdua
Mahukan anak normal bahagia
Lantaran itu anaknya dihantar bersekolah
Dengan ibu setia bersama pergi dan pulang.
Perjalanan hidup ke destinasi
Perkiraan bukan pada yang mendahului
Tetapi sejauh mana kemanusiaan dibahagi
Dan simpati dicecah sama dinikmati.
Shafie Abu Bakar,
Sungai Ramal Dalam,
10 Jamadil Akhir 1432
14 Mei 2011.
No comments:
Post a Comment