Pagi ini sebaik ku selesaikan artikal berhubung dengan pengurusan jenazah dan published aku pulang ke rumah di hadapan pejabatku. Sebaik tiba isteriku secara tergesa dan terkejut memberitahuku bahawa,``Ustazah Nafisah meninggal dunia.`` Aku bertanya, `Dari mana berita?``
`Dr. Khalidah yang mengaji Qur`an dan bahasa Arab di rumah beritahu.`` Dr. berkenaan tinggal berdekatan dengan rumah arwah yang meninggal di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang. ``Tapi menurut Dr. itu urusan jenazah akan dilakukan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen Empat Tambahan, BBB,`` kata isteriku. Anak sulung arwah tinggal berdekatan dengan surau Al-Ikhlas.


Bagaimana Ustazah Nafisah dan Ustaz Wan Hussein Azmi berada di Bangi ? Apabila UKM dibuka aku ditawar belajar di UKM sebagai pelajar sulung dan berikut dari situ Ustaz Wan Hussein Azmi juga mendapat tawaran di bawah skim tenaga pengajar di UKM dan menyambung pengajian peringkat Ijazah lanjutan hingga peringkat Ph. D. di negeri asal isterinya dan tempat beliau belajar dahulu. Selepas itu beliau pulang ke Malaysia dengan Ijazah Ph. D. dan berkhidmat di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM dan pernah dilantik sebagai Dekan, sedangkan aku juga menjadi tenaga pengajar di Jabatan Persuratan Melayu UKM. Jadi dari sebagai murid dari Kuala Terengganu dan bertemu di Bangi sebagai tenaga pengajar di UKM.
Ustazah Nafisah dan Dr. Wan Hussein sebelumnya pernah tinggal di Damansara sebelum pindah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang. Mereka mendapat empat orang cahaya mata semuanya lelaki iaitu Jalaluddin, Adnan, Usamah dan Ahmad. Jalaluddin seorang usahawan lulusan Australia tinggal di Seksyen 4 Tambahan BBB, Adnan dan Usamah adalah doktor perubatan dan Ahmad sedang belajar di UNITEN. Dr. Wan Hussein Azmi berkhidmat di UKM sehingga beliau pencen (selepas berkhidmat di Kuala Terengganu Usrazah Nafisah menjadi suri rumah sepenuh masa). Dr. Wan Hussein Azmi pernah berkhidmat di Brunei. Semasa di sana kesihatannya merosot kerana mengalami accident. Beliau meninggal di Bangi pada tahun 2005 dalam usia 77 tahun..

Pengurusan jenazah dikendali oleh anak menantu dari memandi dilakukan oleh menantu perempuan yang juga doktor perubatan. Solat jenazah disertai oleh semua anak-anak dan semasa mengebumikan jenazah di Perkuburan Baru Sungai Tangkas keempat anak lelaki turun naik dalam kubur menyempurnakan pengkebumian ibu mereka yang diakhiri dengan doa, taburan dan siraman air mawar sambil disertai keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Alangkah bahagia dan sejuk hati ibu bapa dan lebih aman tenteram jiwa sekiranya anak-anaklah mengurus sakit dan kematian ibu bapa. Mereka seolah-olah dihantar secara tenteram dengan doa dan kasih sayang.
Sekian.
انّا للہ و انّا الیہی رجیعون
ReplyDeleteالفاتحة
مزلان عبدالماليك
سوراو سري تنجوݞ