Pagi ini Adun mempunyai dua program lawatan ke Sungai Ramal Dalam. Secara kebetulan dua hari sebelumnya Adun menerima telefon aduan dari penduduk Taman Melati, taman paling baru dihuni. Aduan tentang pembuangan sampah di sepanjang jalan dari sempadan Desa Surada ke Jalan ABIM. Taman Melati bersebelahan dengan kawasan ABIM. Dengan kebetulan Adun akan turun ke Sungai Ramal, Adun berjanji akan singgah di Taman Melati sebelum ke kedua program yang telah diatur.
Jam 8.30 pagi Adun berada di Taman Melati. Penduduknya sedang berhimpun di
Dalam ucapan alu-aluan ringkas oleh En. Jefri dan ucapan balas ringkas Adun dapat diketahui bahawa penduduk mengadu kawasan berdekatan menjadi tempat buangan sampah. Kawasan perumahan juga menghadapi pencerobohan yang penduduk bertindak memasang gates kesemua lorong belakang bagi perumahan yang berjumlah lebih kurang 50 buah rumah itu. Mereka juga mengadakan pondok pengawal dan menggaji pekerja dari Rela sebagai pengawal. Mereka juga melahirkan hasrat ingin mendapat sebuah surau di kawasan mereka.
Adun mengucap terima kasih di atas jemputan dan mengucap tahniah di atas kerjasama penduduk sehingga dapat mengadakan kawalan bagi keselamatanm penduduk dan perumahan. Berhubung dengan pembuangan sampah, kawasan berkenaan, khususnya ditepi Sungai `Sungai Ramal` yang bertanah lembah dan usaha menambaknya dilakukan sejak lama dulu. Ini diambil kesempatan oleh kontrektor-kontrektor kecil membuang lebihan bahan binaan dan turut diambil kesempatan oleh pembuang-pembuang sampah. Sesudah penambakan dibuat dan pembinaan perumahan akan dilakukan, sepatutnya pembuangan sampah di sini tidak dilakukan lagi.
Antara cara yang boleh dilakukan, oleh kerana kawasan perumahan Taman Melati mempunyai Pengawal, Persatuan penduduk dengan kerjasama pengawal wajar menahan kenderaan-kenderaan yang datang membuang sampah dengan memaksanya mengambil balik sampah yang dibuang dan sampah berdekatan. Ambil butir-butir maklumat pembuang sampah dan no kenderaan untuk bertindak dan senaraihitamkan kiranya mereka mengulangi pembuangan sampah. Sekatan mudah dilakukan, kerana yang ada hnya satu batang jalan dan tiada jalan keluar, jika sekatan terhadap pembuang sampah dilakukan.
Hasrat mahu mendirikan surau adalah baik. Tanah yang masih kosong di belakang dapatlah ditinjau bagi pembinaan surau. Sekiranya ianya reserve sungai, boleh dipohon keizinan dari JPS. Tapi sebelum itu perlu merujuk kepada pemaju perumahan Taman Melati, kalau dapat diperuntukkan ruang untuk surau dan berbincang juga dengan pemaju, kalau-kalau dapat diberi peruntukan kewangan bagi pembinaan surau, di samping usaha penduduk sendiri mencari dana. Kiranya ada usaha untuk bertemu dengan pemaju, Adun bersedia turun sama untuk berunding dan berbincang. Di samping itu Adun juga menyebutkan Jalan Sungai Ramal Dalam ke Surada melalui tepi Taman Melati menjadi jalan pintas utama dan banyak kenderaan menggunakannya. Sebab itu berlaku kerosakan jalan. Dalam peruntukan kewangan dari MARIS untuk Adun bagi memperbaiki jalan, maka jalan Sungai Ramal Dalam Ke Surada diberi keutamaan peruntukan bagi pembaikan jalan di sini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment