Petang ini bersama dengan AJK Kebajikan diketuai Tuan Haji Rushdi, Ketua Kampung Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir dan Pasukan turun ke Sungai Ramal dengan beberapa tujuan:
Kedua ialah En. Zainal bin Juhari (54) yang masih berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan di Padang Tembak, Semarak, Kuala Lumpur.
b) Menyaksikan permulaan pembangunan menghubungkan Masjid Baru dengan Masjid Lama Haji Mat Saman. Tiang-tiang sedang didirikan.Bila siap kedua-dua bangunan akan digunakan juga untuk solat Jumaat. Skrin besar akan didirikan. Menurut Tuan Haji Mohd Yusof Ketua Kampong, bila siap kelak insya Allah lebih elok dan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Difahamkan bangunan lama antara fungsinya menjadi tempat pengajian.
c) Melihat papan tanda-papan tanda tajaan Adun yang mengucapkan selamat datang
ke kampong. Sebanyak 12 papan tanda mulai didirikan pada hari ini di enam buah
kampong di DUN Bangi. (2 papantanda bagi setiap kampong). Hari ini Adun
menyaksikan empat dari papan tanda tersebut.
Contoh kata-kata pada papan tanda:
- ( Crest Negeri) Bangi Bandar Ilmu
- Selamat Datang ke
- Kg. Sungai Ramal Luar
- Untuk Keselamatan Bersama, sila perlahankan kenderaan
- Sumbangan ADN Bangi Negeri Selangor.
Sekian.
No comments:
Post a Comment