BBB, Seksyen 3, 26 Jamadil Awal = 30 April (Sabtu):
Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 dengan kerjasama Surau Abdul Rahman Ibn Auf mengadakan Karnival Bangi 3 yang berlangsung dari 29 April (Jumaat) dan berterusan hingga 2 Mei, Isnin 2011. Adun Bangi dijemput merasmikan karnival tersebut pada 30 April bertempat di Surau Abdul Rahman Ibn Auf. Dan pamiran bertempat di Taman Bangi 3, Jalan 3/1 berhampiran surau tersebut.
Tujuan Karnival menurut saudara Zulkarnain bin Ismail ialah melatih usahawan menjalankan perniagaan, menggalakkan interaksi masyarakat di samping menambah dana surau bagi penambahan surau tersebut. Majlis perasmian diadakan di dalam surau dan Adun mengucapkan terima kasih di atas jemputan serta mengucap syabas kepada persatuan yang berdikari dalam mencari dana.
Selepas perasmian dan penyampaian cenderamata Adun melawat pameran dan gerai jualan yang berjumlah lebih kurang 50 buah.
Selama 4 hari berkarnival pelbagai aktiviti dijalankan seperti Ceramah dan Perlancaran derma surau, kuliah subuh, larian ukhwah, pemeriksaan kesihatan, Pameran dari Penjara, Bomba dan Agensi Dadah Kebangsaan, sukan rakyat, pertandingan badminton, Anugerah Pelajar Cemerlang, Sepak raga Bulatan, Pertandingan Azan, Konsert Nowseeheart, Futsal, Bola Jaring, Pertandingan mewarna, Pertandingan Melukis, Menghias Kek, dan Forum : Islam Teras Perjuangan.
Sesungguhnya Karnival merapatkan hubungan masyarakat setempat di samping pengisian masa yang memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat. Tahniah.
Terima kasih

No comments:
Post a Comment