May 23, 2011

Rasmi `Program Smart Learning` Dun Bangi Di Dewan Budiman UKM

Kampus UKM, 17 Jamadil Akhir = 21 Mei (Sabtu):


Bagi tahun ketiga Tuisyen Rakyat di DUN Bangi diteruskan dan kelas-kelas tuisyen sudah bermula sejak bulan Mac 2011. Bagi memantapkan program menurut Pegurus Tuisyen Dun Bangi Puan Sakinah Mat Akhri diadakan program `Smart Learning` peringkat Dun Bangi bagi memandu pelajar-pelajar SPM 2011 kaedah pembelajaran teratur dan berkesan di dalam menghadapi pelajaran. Program kali ini diadakan di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM.


Menurut Puan Sakinah, ``Walaupun Program dianjurkan oleh Penyelaras Tuisyen Rakyat Dun Bangi, tetapi penyertaan terbuka dan dihadiri bukan saja dari Dun Bangi, tetapi juga dihadiri pelajar-pelajar dari Kajang, Semenyih dan Dengkil. Jumlah mereka kesemua 200 orang. Setiap perwakilan dipimpin oleh penyelaras masing-masing.


Majlis yang bermula dari jam 8.30 pagi itu diisi dengan Majlis perasmian dan motivasi yang disampaikan oleh Motivator Sdr Omar bin Affan dari Osman Affan Smart Study And Consultant.


Dalam ucapan alu-aluannya Puan Sakinah, mengucap terima kasih kepada Adun Bangi kerana memberi sokongan kepada program yang diadakan. Beliau juga berterima kasih kepada ketua-ketua penyelaras dan pelajar-pelajar dari Kajang, Semenyih dan Dengkil yang mengambil bahagian. Kehadiran semua pihak sebenarnya memberi semangat dan kekuatan azam bagi semua pelajar belajar secara berpasukan. Menurut Puan Sakinah, ``Pihak kami berusaha mendapat tempat yang kondusif bagi program Smart Learning ini bagi memberi suasana dan semangat pembelajaran yang tinggi kepada pelajart-pelajar,`` menurutnya, `Saya kira Bilik Seminar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan ini paling sesuai bagi pelajar-pelajar, kerana ianya adalah Bilik Seminar pelajar-pelajar di universiti bagi Fakulti Pendidikan.`` Katanya lagi ``Anda semua kini seolah-olah sedang mengikuti kuliah pengajian di Universiti, sebab itu tanamlah semangat dan azam mau belajar di universiti kelak.``


Adun dalam ucapan perasmiannya, mengucapkan tahniah kepada Penyelaras dan AJK Program Smart Learning di bawah DUN Bangi yang berjaya mengadakan program seperti ini. Program seperti ini dan bertempat di universiti sebenarnya memberi separuh sumbangan semangat pembelajaran pelajar-pelajar bagi menghadapi pelajaran dengan penuh semangat.`` Adun Bangi memaklumkan, ``Adun bersedia bekerjasama dan membantu program yang seumpama ini, kerana ianya selari dengan motto Bangi Bandar Ilmu dan kita sentiasa menggalakkan pembelajaran dan perkembangan ilmu di kalangan pelajar-pelajar dan juga bagi semua lapisan masyarakat di Dun Bangi.


Menurut Adun Bangi, ``Kita sentiasa memberi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang di Dun Bangi dan kita akan teruskannya dengan peruntukan yang bersesuaian.`` Adun Bangi mau pihak penganjur bukan setakat menganjurkan program, tetapi memonitor perkembangan pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen hingga ke universiti bahkan hingga mencapai kejayaan di dalam kerjaya masing-masing.`` Sesungguhnya kata Adun,

``Kejayaan anda kejayaan kami juga dan kami bangga di atas kejayaan anda,``


Sekian.

No comments:

Post a Comment