May 12, 2011

MB Akhiri Lawatan Ke Hulu Langat Dengan Majlis Penerangan

Kajang, 02 Jamadil Akhir = 06 Mei (Jumaat):

Lawatan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor bersama Exco ke Hulu Langat pada Jumaat lepas diakhiri dengan Majlis Penerangan bertempat di Dewan Orang Ramai MPKj Kajang. Majlis yang bermula dari jam 9.00 malam ini dihadiri bersama YAB ialah YB Azmin Ali Adun Bukit Antarabangsa, YB Xavier Exco & Adun Seri Andalas, YB Lee Kim Sin Adun Kajang dan YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi. Turut sama hadir ialah YB. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Dato` Hasan Nawawi YDP MPKj dan Encik Haris Kassim Pegawai Daerah Hulu Langat. Orang ramai memenuhi dewan, bahkan melempah ke luar.

YAB Dato` Menteri Besar membicarakan tentang Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor dan menerangkan mengenai usaha kerajaan Negeri Selangor mau mengambilalih pengurusan air dan meneruskan tentang subsidi air yang dinikmati rakyat kini. Kita tidak mau keuntungan melampau dinikmati pihak swasta semata-mata. Kini kita mengenalpasti asset berhubung dengan air yang menjadi hak kerajaan negeri yang selama ini seolah-olah milik swasta. Harta negeri yang berhubung dengan air tak diambil kira oleh kerajaan BN dulu yang nilainya melebihi RM10 ribu juta. Sekarang kerajaan Persekutuan akui asset air ini milik rakyat negeri Selangor. YAB juga menyentuh soal tanah negeri Selangor yang diberi hak milik kepada rakyat dan bagaimana mengatasi harga premium tinggi yang menjadi rungutan rakyat. Beliau juga memaklumkan tentang Mikro Kredit Luar Bandar dan Bandar (Mimbar) yang sedang diperkenalkan kepada rakyat dan beroperasi dengan baik. YAB juga memaklumkan sistem fail yang dulu diurus secara manual, kini 2 juta fail dikatelogkan di dalam computer yang mudah disemak. Maklumat ini akan menjadi seolah-olah `Pejabat Bergerak`. Merumuskan usaha meningkatkan prestasi Selangor dalam berbagai bidang, menurutnya, kita bukan setakat mau mengatasi negeri-negeri di Malaysia, tetapi kita mau lebih baik atau sekurang-kurang standardnya sama mutunya dengan negeri-negeri maju seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, England dan German.

YB Azmin Ali menyebut tentang keprihatinan Kerajaan Pakatan negeri Selangor memberi subsidi air, bahkan kerajaan negeri Selangor membantu kerajaan Persekutuan dalam mana 30% dari pendapatan Negara Malaysia adalah hasil sumbangan kerajaan Negeri Selangor. Jika di Sarawak Kerajaan negeri rampas tanah rakyat, tetapi di Selangor kerajaan negeri berusaha meluluskan permohonan tanah dari rakyat. Beliau mengecam hasrat kerajaan BN mau tawan negeri Selangor yang menurut Perdana Menteri Dato` Seri Najib akan diusahakan `at all cost`. Beliau mau BN mematuhi konsep demokrasi dan kebebasan rakyat membuat pilihan, Beliau juga mengecam tindakan Kerajaan BN yang memainkan isu fitnah yang menjadi salah satu cara tidak bermaruah mau menjatuhkan pimpinan.

YB Dr. Xavier juga mengecam tindakan BN yang mau menguasai Selangor dengan apa cara walaupun tidak demokratik. BN menurutnya membelanjakan RM500 juta bagi mempertahankan Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini. Kerajaan negeri Sarawak rampas tanah rakyat, tetapi di Selangor menurutnya, kita telah luluskan pemilikan tanah kepada lebih 1,000 rakyat dan akan berusaha memproses permohonan tanah dari 100,000 rakyat yang telah menduduki tanah kediaman sejak 50 tahun yang lepas. Beliau juga mengecam usaha menambahkan pengundi secara tidak demokratik yang berlaku di banyak kawasan. Menurutnya di Hulu Langat saja berlaku pertambahan pengundi melebihi 23,000 pengundi. Sebarang pemberian hak mengundi kepada bukan warga negera adalah pengkhianat Negara.

Turut berucap sebelumnya ialah YB Lee Kim Sin sebagai tuan rumah yang mengalu-ngalu kedatangan dan mengucapkan terima kasih di atas lawatan YAB Menteri Besar dan Exco ke Hulu Langat dan YB Dr. Shafie Abu Bakar yang turut diberi penghormatan berucap menerangkan tentang pendekatan khidmat masyarakat yang dilakukan di Dun Bangi.


Sekian.

No comments:

Post a Comment