April 18, 2010

Buat Kepastian Di Hulu Selangor Undilah Pakatan

(Cadangan Mahu Baca Di Galeri Seni Dan Sastera, Kuala Kubu Baru)

Hulu Selangor
Bawa imej Negeri di bawah Pakatan
Sebab itu dalam pilihanraya kecil
Akan datang 25 April
Pilihlah calon Pakatan Rakyat
Selari dengan pemerintahan negeri
Di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat
Terkenal tegak membela keadilan
Telus dan berkebajikan.

Hulu Selangor
Sumber air tenang mengalir
Dari Hulu ke Kualanya
Seharusnya jernih dan murni
Tapi nyata banyak kotoran
Ditinggal BN dan rakan
Mari kita bersihkan
Hulu Selangor
Dari keruh kotoran pengabaian
Sejak di bawah BN yang lalu
Kini sedang dibaiki Pakatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat
Sedang usaha bersih
Sungai Kelang
Untuk dibangunkan
Usaha bersih juga
Di semua sungai ada kotoran
Mari kita bersih dan bina
Semua kawasan dengan kemajuan
Tolak diskriminasi dan perkauman
Agar Selangor Maju dan Cemerlang.

Kuala Kubu Hulu Selangor
Adalah tempat bertahan
Dari musuh mengancam
Dengan benteng kubu waja
Bersemangat perwira
Marilah kita bersama
Pertahan Pakatan
Tolak Barisan
Ke luar gelanggang.

Shafie Abu Bakar,
Kuala Kubu Baru,

02 Jamadil Awal 1431
17 April 2010.

No comments:

Post a Comment