April 14, 2010

Soalan Dewan Negeri Selangor Mac 2010 - Dari Ahli Dewan Negeri Bangi

(Di bawah diperturunkan soalan-soalan lisan (10 soalan) dan soalan tulisan (10 soalan) yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Bangi bagi Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas Tahun 2010 mulai 12 April – 14 April 2010. Semua soalan ini diterima dan akan dijawab secara lisan dan yang tidak berkesempatan – kebanyakan dijawab secara tulisan kemudian. Jumlah semua soalan lisan yang dihantar Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor bagi persidangan kali ini ialah sejumlah 255 soalan lisan dan hanya 172 soalan tulisan).

1) Dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor
Setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor dua tahun banyak perkara dilakukan. Bertanya kepada YAB Dato`Seri Menteri Besar:
a) Bagaimanakah prestasi ekonomi negeri Selangor dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat ?
b) Apakah kejayaan-kejayaan utama dalam masa dua tahun pemerintahan ?
c) Apakah perancangan utama yang akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang ?
2. Selangor dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat ?
Selangor diibaratkan sebagai anak tiri bagi Kerajaan Pusat. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Sejauhmanakah benarnya ungkapan di atas ?
b) Apakah kesannya terhadap negeri Selangor
c) Apakah tindakan Kerajaan negeri bagi mengatasinya.
3. Masalah Pengambilan Syarikat Air Di Selangor
Hingga kini nampaknya usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ingin mengambilalih syarikat air, masih belum berselesaian. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah masalah utama menghalang Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih syarikat air.
b) Apakah tuntutan Syarikat konsesi air yang dianggap tidak wajar
c) Apakah tindakan seterusnya bagi pengambilanalih ?
4. Pembangunan Sungai Kelang
Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian pada membaikpulih Sungai Kelang. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Beri lokasi sebenar yang diberi tumpuan baikpulih
b) Berapakah peruntukan yang akan digunakan bagi membaikpulih
c) Apakah pulangan yang dijangka didapati Kerajaan Negeri dari projek baikpulih ?.
5. Tanah Kerajaan di Taman Seroja, Jalan Reko, Kajang
Sekelompok penduduk India dan Cina telah mendiami di atas tanah tol sejak 30 tahun lalu. Mereka memohon pecah lot bagi memiliki tanah tersebut dan mengangkat permohonan kepada pihak berkuasa. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah kedudukan status tanah tersebut ?
b) Adakah kemungkinan permohonan mereka diluluskan
c) JIka tidak, mengapa sebahagian tanah-tanah berdekatan telah diberi hak milik ?
6. Jalan Sungai Ramal Dalam Ke Surada Perlu Diperbaiki
Jalan Sungai Ramal Dalam ke Surada dan ke Bandar Baru Bangi bertukar menjadi jalan sebok dan banyak berlaku kerosakan jalan. Bertanya kepada YAB Dato`Seri Menteri Besar:
a) Aduan telah dibuat kepada pejabat Daerah, sejauhmanakah tindakan diambil
b) Adakah cadangan untuk meningkat dan menaiktarafkan jalan ini ?
c) Bilakah projek bagi memulihkan jalan ini dapat dijalankan.
7. Banjir Sering Melanda Langat Jaya
Perumahan di Langat Jaya berada di tepi laluan Sungai Langat, sebab itu bila hujan sedikit lebat sering dilanda banjir. Pertemuan antara penduduk dengan JPS telah dibuat. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah sebab mudahnya berlaku banjir di kawasan tersebut ?
b) Apakah tindakan yang akan diambil oleh JPS
c) Bilakah projek ini dijangka dapat dilakukan.
8. Peruntukan Perpustakaan dan Kegiatan
Kerajaan Selangor mendirikan Perpustakaan Utama dan perpustakaan cawangan bagi setiap Daerah Negeri Selangor. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Berapakah jumlah Perpustakaan Utama dan cawangan bagi seluruh negeri Selangor
b) Berapakah peruntukan tahunan bagi seluruh Perpustakaan di Negeri Selangor
c) Apakah kegiatan-kegiatan utama dijalankan oleh perpustakaan-perpustakaan.
9. Prestasi Sukan Negeri Selangor
Sejak Pakatan Rakyat menguasai Selangor, prestasi sukan Negeri Selangor adalah meningkat. Bertanya kepada YAB Dato` Sei Menteri Besar:
a) Seiauhmanakah Sukan di Negeri Selangor meningkat ?
b) Apakah bidang-bidang yang ketara meningkat ?
c) Apakah rancangan masa depan
10) Ma`had Tahfiz
Satu fenomena baru di dalam pendidikan Islam, ialah kemunculan banyak ma`had Tahfiz di negeri Selangor. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
1) Berapakah jumlah Ma`had Tahfiz, khususnya swasta di negeri Selangor
2) Apakah syarat-syarat dikenakan bagi mereka yang mau membuka Kelas Tahfiz
3) Adakah sebarang bantuan dari Kerajaan.
11) Flyover dari Kajang Utama ke Jalan Utama Bandar Baru Bangi
Menurut Syarikat Perumahan Metro Kajang pihaknya akan membina flyover bersama sebuah syarikat yang lain (sama mempunyai projek perumahan di Kajang Utama) dari kawasan perumahan yang sedang dibangunkan di atas bukit di Kajang Utama bersetentang dengan jalan masuk ke Bandar Baru Bangi di Jalan Reko. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Tidakkah sepatutnya kedua-dua syarikat ini terus membina flyover ini serentak dengan pembangunan perumahan yang sedang dijalankan ?
b) Benarkah peruntukan ini ditanggung oleh Syarikat perumahan berkenaan atau sebagai promosi jualan perumahan
c) Apakah pihak kerajaan akan mengambil tindakan, jika cadangan sebagai publisiti menarik pembeli, tetapi `flyover` tidak menjadi realiti ?
12. Rumah Retak di Bukit Mewah Kajang
Rumah retak di Jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan sebanyak 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rentak itu.
b) Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Cooperation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima
c) Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan.
13. Pendidikan pra-sekolah
JAIS memperkenalakan pendidikan pra-sekolah dan bercadang memperluaskannya. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah fokus utama pendidikan pra sekolah ini ?
b) Adakah cadangan kurikulum pendidikan ini dibenar kepada pihak swasta menggunakannya ?
c) Adakah JAIS bercadang bekerjasama memperluaskan pendidikan pra-sekolah ini dengan pihak PASTI ?
14. Pengajian Tahfiz
JAIS tidak bercadang untuk memperbanyakkan sekolah Agama Menengah, tetapi memperbanyakkan Ma`had Tahfiz. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah konsep Ma`had Tahfiz
b) Bagaimanakah kurikulum Ma`had Tahfiz berkenaan
c) Apakah peluang dan masa depan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian berkenaan.
15. Sektor Pelancongan sebagai Sumber Pendapatan
Kerajaan Pusat mengumumkan sektor pelancongan menjadi sumber penting pendapatan Negara. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Adakah sektor pelancongan menjadi sektor penting bagi pendapatan negeri Selangor ?
b) Adakah pendapatan sektor pelancongan pada tahun 2009 lebih meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya ?
c) Apakah produk-produk pelancongan baru yang dijangka meningkatkan pendapatan dari segi pelancongan.
16. Mempertahankan Pegangan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah
JAIS berusaha mempertahankan pegangan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar.
a) Apakah masalah yang dihadapi kini yang mencabar pegangan Ahlus-Sunnah wal Jamaah
b) Apakah penyelewengan-penyelewengan yang dibawa pencabar-pencabar Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.
c) Mengapa kita perlu pertahankan pegangan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.

17. Di antara Kerajaan Federal dan negeri ada perjanjian dan hak masing-masing. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor mendapat dari Kerajaan Federal
b) Apakah hak-hak yang diingkari Federal menunaikannya.
c) Apakah tindakan – misalnya undang-undang yang akan diambil oleh Negeri Selangor

18. Pihak musuh politik Pakatan Rakyat mengeluarkan akhbar hantu (tiada nama penerbit) mirip akhbar Selangor Kini dengan diberi judul `Selangor Kita` yang memburuk-burukkan pimpinan dan Kerajaan Negeri Selangor. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar Selangor.
a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri menghadapi `Akhbar Hantu` yang meburukkan pimpinan dan Kerajaan Negeri Selangor
b) Sejauhmanakah keberkesanan akhbar `Selangor Kini` di dalam menyebarkan maklumat dan menentang dakyah yang disebarkan oleh Akhbar Hantu.
c) Sejauhmanakan tv8 Selangor dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai

19. Skim biasiswa/pinjaman
Kerajaan Selangor memperuntukkan skim biasiswa/pinjaman istimewa Kerajaan tanpa dikenakan bunga. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar:
a) Sejauhmanakah skim ini diketahui rakyat dan membuat pinjaman

b) Berapakah jumlah yang ditawarkan dan berapa ramai yang mendapat faedah darinya


c) Sejauhmanakah peminjam patuh membayar kembali pinjaman

20. Pungutan Hutang

Kerajaan Selangor berjaya menuntut hutang sebanyak RM50 juta dari Syarikat Talam yang berhutang sebanyak RM391 juta. Bertanya kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar Selangor.

a) Adakah dijangka Syarikat Talam akan menyelesaikan semua hutangnya kepada Kerajaan Negeri Selangor.
b) Syarikat-syarikat mana lagikah yang masih berhutang dengan Kerajaan Negeri Selangor
c) Apakah tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan hutang-hutang berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment