Sidang Dewan Negeri yang sepatutnya berterusan hingga 30 Mac 2012 (Jumaat)
Dipendekkan dan berakhir pada petang ini, kerana agenda yang disusun dapat diselesaikan pada petang ini.
Sebagaimana biasa selepas doa, ialah menjawab soalan-soalan. Sebanyak sepuluh soalan dapat dijawab pada hari ini menjadikan jumlah soalan yang dapat dijawab selama 7 hari bersidang hanya 70 soalan. Bagi Adun Bangi yang menghantar 10 soalan lisan dan 10 soalan tulisan yang semuanya diterima, bagi soalan lisan sempat dijawab hanya tiga soalan sahaja:
No. (10) Simpanan Tunai Kerajaan Negeri
No. (34) Akhbar Negeri Selangor
No. (54) Masalah Sampah
Tiada soalan dari Adun Bangi selepas 26 Mac (Isnin). Soalan pada hari Selasa ialah mengenai Peningkatan Peluang Pekerjaan oleh Bukit Antarabangsa yang Adun Bangi membuat soalan tambahan, Tabung Amanah Perkuburan (Subang Jaya), Industri Pelancongan di Kawasan Batang Kali (Batang Kali), Memartabatkan Islam (Lembah Jaya), Mimbar (Batu Caves), Pembaikan Jalan-Jalan Kampong (Morib), Bekalan Air Di Selangor Tahun 2016 (Kg. Tunku), Kuil Kota Warisan (Dengkil), Pengurusan Hutan Paya Laut (Hulu Kelang) dan Kompleks Sukan PKNS (Dusun Tua).

Selepas menjawab soalan, mulai jam 11.30 pagi ialah penggolongan yang merupakan penyambungan dari penggolongan semalam (kelmarin) oleh Adun Batu Tiga Y.B.Rodziah binti Ismail yang bercakap tentang kemiskinan di Bandar, kesihatan, isu wanita, permuafakatan Wanita Selangor.

Penggolongan terakhir adalah dari Y.A.B Dato` Menteri Besar menyatakan Pelaburan di Selangor adalah tertinggi. Beliau menafikan kita tidak mempunyai projek mega, kerana terdapat berpuluh projek yang melibatkan puluh billion modal. Menurutnya kita konsisten dari segi perkembangan ekonomi dan terus meningkat KDNK setiap tahun dari 7.7% pada 2007 kepada 8.08 2008 kepada 10.8 pada 2010 sedang karajaan Persekutuan dari 6.5% pada 2007 menurun kepada 4.7% 2008 dan meningkat kepada 7.2% 2010.
Beliau mempersoal cara Perdana Menteri mengaudit setiap item dalam manifesto 2008 tanpa melihat aspek kejayaan dan kejayaan-kejayaan yang lain. Pada hal kegagalan lebih banyak pada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan lebih banyak melakukan penyelewengan, ketirisan dan rasuah. Rakyat perlu mengambil kira dari segi menilai prestasi negeri Selangor yang jauh lebih unggul dari segi ekonomi berbanding dengan kerajaan Persekutuan.
Selepas penggulungan ialah mengenai perlantikan-perlantikan yang melibatkan 3 usul perlantikan. Usul keempat ialah agar perlantikan Ahli Majlis Tempatan mematuhi syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) berkenaan Perlantikan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2012 diterima. Adun Bangi berucap menyokong usul ini.
Oleh kerana masa bersidang tamat pada jam 4.30, maka usul menambah masa dibawa dan disokong. Usul-usul dibincangkan mengenai Syor Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah, Penyegeraan Pembinaan tapak letak kereta di Taman Seri Muda, Shah Alam, Usul agar Kerajaan Persekutuan berunding semula dengan Syarikat Konsesi Lebuhraya Pantai Barat agar hak dan kepentingan rakyat Selangor dipelihara. Usul seterusnya supaya Kerajaan Selangor menolak pembinaan kilang yang memproses bahan-bahan radio aktif di Selangor dan Usul terakhir mendesak kerajaan Persekurtuan menghapuskan kutipan tol Lebuhraya Persekutuan ll, iaitu di Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Sekian.
No comments:
Post a Comment