Sebagaimana diarahkan oleh JAIS, bahawa pentadbiran masjid-masjid, selain dari Masjid Jami` bagi sesuatu Daerah dikehendaki mengadakan pemilihan AJK yang baru bagi tahun 2012-2015. Beberapa buah masjid di Dun Bangi mengadakan pemilihan secara serentak pada Selasa malam 4 Jamadil Awal 1433 = 27 Mac 2012. Kecuali Masjid Teras Jernang yang memohon penangguhan, masjid-masjid seperti Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Masjid Surau Ramal Luar, Masjid Sungai Ramal Dalam dan Pekan Bangi mengadakan mesyuarat pada hari Selasa malam berkenaan secara serentak.

Pada malam pengundian pihak yang mempengerusikan pemilihan adalah didatangkan dari Jais. Adun berkesempatan hadir ke Masjid Hasanah sebagai anak kariah bagi sebuah surau yang berada di bawah Masjid Al-Hasanah. Selepas tiba ke Masjid bersama isteri sebelum bersolat Isya`, tugas pertama ialah check nama pada senarai yang telah didaftarkan sebelumnya. Selepas nama dipastikan ada di dalam pendaftaran, maka adun diberi kad kelayakan mengundi dengan menggantungkannya di leher. Selepas solat Isya` maka majlis pengundian dimulakan bermula dengan ucapan Nazir Tuan Haji Mohd. Napiah, maka cara memilih diterangkan oleh Wakil Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Pemilihan dilakukan dengan mengangkat tangan sambil menunjukkan kad Pendaftaran Mengundi. Petugas-Petugas Membilang dilantik dari kalangan alumni. Pemilihan melibatkan, jawatan Nazir, Timbalan Nazir, dua imam,dua bilal dan dua siak dan AJK Masjid, iaitu Setiausaha dan Pen. Setiausaha, Bendahari, AJK seramai 8 orang dan dua pemeriksa kira-kira.

Nazir Ust. Haji Mohd Napiah bin Sahrani
Tim. Nazir Dr. Haji Sutarji bin Haji Kasmin
Setiausaha Haji Kamarudin bin Yusof
Pen. Setiausaha Muhammad Afik Mohd. Khazar
Bendahari Ahmad Tarmizi bin Abu Hassan
AJK Zahari Muhamad
AJK Hj. Abdul Hamid Abd. Rahim
AJK Abd. Rahman Husain
AJK Hj. Nadzri Daud
AJK Ali Zaini Musa
AJK Hj Anuar bin Ibrahim
AJK Wan Zailan Wan Omar
AJK Hjh. Hidayah bt. Muhammad
Wakil Pemuda Ustaz Hud bin Saleh Huddin
Wakil Wanita Ustazah Che Mariam bt. Ahmad
Pemeriksa Kira-kira Hj. Hamzah bin Othman
Pemeriksa Kira-kira Zulkifli bin Dellah
Imam Tuan Syed Othman Thani Syed Omar Fadaak
Imam Ustaz Ishak bin Jusoh
Bilal Hj. Ibrahim Yahaya
Bilal Kholid bin Yaacob
Siak Samion bin Musiron
Siak Ayob Salleh

Sekian.
No comments:
Post a Comment