Petang ini Adun Bangi berada di German-Malaysia Institute (GMI) atas jemputan Persatuan Pelajar Islam Selangor bagi menutup Kursus Haluan Siswa yang diadakan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) sejak 2 Mac 2012 (Jumaat) lepas.

Menurut Zulhilmi, PEPIAS sudah bergiat sejak lebih dari sedekad yang lalu dan Kursus Haluan Siswa yang bersifat tahunan ini adalah merupakan kali ke 12. Menurutnya tempat yang dipilih adalah berubah-berubah dari setahun ke tahun dan kali ini mendapat kerjasama dari pihak GMI. Menurut Zulhilmi, PEPIAS telah ditubuhkan sejak 1970an. Pusat kegiatan bagi PEPIAS pada masa ini adalah berinduk di Gombak, tetapi pimpinan dan gerakerja adalah dari berbagai universiti, termasuklah dari UIAM, UKM, KUIS, Multimedia, Cybernatic dan lain-lain . Dengan penerangan pra-perasmian itu Adun bersama AJK dibawa ke Majlis Penutup di dalam bilik kuliah di Dewan Utama GMI.
Dalam kata-kata aluannya saudara Zulhilmi memaklumkan bahawa kursus yang diadakan bagi tujuan membimbing pelajar-pelajar yang menunggu tawaran bagi memasuki universiti, khususnya bagi pelajar-pelajat yang menunggu keputusan SPM. Pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini adalah seramai 144 orang. Mereka datangnya dari berbagai tempat di negeri Selangor. Namun ada 11 orang dari mereka yang datangnya dari luar Selangor. Mereka mengikuti hebahan melalui internet dan memohon untuk mengikuti sama kursus. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini datang dari berbagai-bagai latar. Ada yang datang dari aliran sains, Islam, sastera, teknikal dan sebagainya. Selama tiga hari mereka didedah dengan berbagai-bagai persediaan mental, rohani dan material. Panduan memilih universiti sesuai dengan kelayakan. Kaedah-kaedah memilih kursus dan bagaimana mendepani budaya hidup di kampus. Mereka juga diberi motivasi oleh tenaga-tenaga senior yang membimbing mereka. Mereka tinggal di kampus dan perlu mengikuti jadual yang ketat sama ada yang bersifat kursus, amali, fizikal dan rohani. Seramai 60 AJK dari berbagai universiti terlibat di dalam mengendalikan perjalanan kursus selama tiga hari tersebut. Diharap melalui kursus Haluan Siswa ini dapat memberi kefahaman kepada siswa/bakal siswa keperluan persediaan memasuki universiti, dapat membina jati diri dan tidak terkejut dengan perubahan budaya hidup di kampus.


Selari dengan kerajaan negeri Selangor Bangi juga memberi penekanan dari segi keilmuan. Bangi dikenali dengan Bandar Ilmu dan kita memberi galakan kepada masyarakat di Bangi mempertingkatkan keilmuan dan membudayakan hidup dengan suasana keilmuan. Adun berharap ramai dari pelajar-pelajar yang mengikuti kursus akan menyambung pelajaran di salah satu pengajian tinggi yang banyak terdapat di Bangi dan sekitarnya. Adun Bangi bersedia bekerjasama dengan PEPIAS dan memberi peruntukan yang sewajarnya bagi kegiatan yang dijalankan, khususnya di DUN Bangi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment