Hasrat penduduk Taman Seri Melor, Bandar Baru Bangi perlukan sebuah padang futsal, khususnya bagi anak-anak muda di sini telah lama disuarakan kepada Adun, tetapi hasrat ini tertangguh kerana ada dua pendapat yang bercanggah. Pertama Persatuan Penduduk di sini maukan padang ini dibina ditanah lapang tidak jauh dari tasik di sini, bahkan usaha pecah tanah dan meratakan kawasan pernah dilakukan. Kedua Jawatankuasa Surau di sini maukan pada futsal dibina di dalam kawasan surau Taman Seri Melor di sini. Memandangkan tanah di dalam kawasan surau agak sempit dan menghabiskan kawasan hijau dan menggangu ketenteraman surau, maka pada peringkat awal kalau boleh padang futsal biarlah jauh sedikit dari surau. Namun pihak AJK surau berhujah bahawa, tanah di tepi tasik adalah cadangan bagi mendirikan masjid dan pihak AJK dalam usaha mendapatkan gezet tanah berkenaan sebagai tanah masjid, bahkan usaha bagi mendirikan masjid di tanah berkenaan sedang dilakukan.
Maka pada pagi ini Adun Bangi hadir bagi merasmikan padang futsal yang telah siap dibina. Turut hadir sama saudara Yusof Bachek Ahli MPKj, saudara Hanafiah Khalid Setiausaha Pembinaan Padang Futsal. Pengerusi Pembangunan yang juga Pengerusi Surau Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan.
Di dalam ucapan perasmian, Adun mengucapkan tahniah, akhirnya padang futsal yang diperlui oleh penduduk setempat dapat diadakan. Tahniah juga kepada pihak AJK yang dapat mencari dana tambahan bagi menyiapkan padang berkenaan. Cuma Adun berharap kegiatan futsal jangan sampai mengganggu ketenteraman di surau dari segi ibadat dan pengajaran. Sebaliknya gunakan futsal bagi menarik golongan muda memakmurkan surau. Adun tertarik dengan cadangan tapak futsal dijadikan pelbagai guna. Ianya boleh diguna untuk sepak takraw, badminton dan sebagainya, bahkan sebagai tempat keramaian, nikah kahwin dan kenduri kendara. Jadikan surau pusat kegiatan bagi penduduk dan menyatupadukan penduduk.
Sebagai tanda perasmian Adun menendang bola ke gol.
Terima kasih YB di atas sokongan.
ReplyDeleteUntuk makluman, Pasukan B Surau Seri Tanjung telah muncul Juara Kejohanan Futsal Bawah 15-tahun Antara Surau-Surau Piala Surau al-Muhajirin 2012/1433H itu.
Tahniah anak-anak Seri Tanjung!
Seri Tanjung Boleh!!!Terima kasih YB sekali lagi.