January 10, 2013

Merasmi Dan Menyerahkan Pondok Pengawal Kepada SRJK Tamil West Country Barat. Turut Agihkan Beg

-->
West Country Barat, Serdang, 26 Safar 1434 = 09 Januari 2013 (Rabu):


West Country Barat adalah sebagai saudara kembar bagi West Country Timur (Seksyen 5 BBB). Walaupun West Country Barat (di pinggir UNITEN dan berhadapan di Seberang  Hospital Serdang) tidak termasuk di bawah Dun Bangi tetapi segala urusan dari pihak negeri dianggap sebahagian dan bersama dengan West Country Timur (Seksyen 5 BBB). Pada asalnya pekerja-pekerja ladang di kedua tempat adalah di bawah satu syarikat. Kedua-dua tempat mempunyai penempatan pekerja-pekerja ladang India. Kedua-dua tempat mempunyai Sekolah Tamil. Tapi SRJK(T) West Country Barat seolah-olah berada di bawah Dun Bangi. Bantuan persekolahan adalah melalui Adun dan Adun juga menyalurkan sebahagian dari peruntukan tahunan kepada SRJK(T) Country Barat. Misalnya pada pertengahan tahun 2011 SRJK(T) West Country Barat berkenaan memohon dari Adun peruntukan untuk membina Pondok Pengawal bagi menjaga keselamatan Sekolah dan keluar masuk pengunjung. Pondok Pengawal sedemikian telah dibina sebelumnya di SRJK(T) West Country Timur BBB. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Adun Bangi sejumlah RM5,000. Pondok Pengawal telah dibina dan siap pada bulan Disember 2012.


Pada pagi ini Adun bersama saudara Azizi dan Shahrum datang ke SRJK(T) West Country Barat dengan tujuan untuk Merasmi dan Menyerahkan Pondok Pengawal Tersebut. Turut sama hadir untuk acara penyerahan ini Y.B. Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bersama pengiringnya saudara Elex. Majlis ringkas diadakan di dalam bilik Sekolah. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Wakil Guru Besar Puan Sapu Litchmy. Turut sama En. Muniandy Wakil PIBG, Puan Shanti (guru) dan seorang dua ibu bapa. Pihak Guru Besar memberitahu, bahawa Sekolah mempunyai 93 murid yang kebanyakan dari Balakong dan ada 11 guru.


Y.B. Puan Teo Nie Ching memberitahu bahawa setiap tahun kerajaan negeri Selangor memperuntukkan bantuan kepada SJK(C), SJK(T) dan Sekolah Agama Rakyat sebanyak RM16 juta dalam mana RM4 juta daripadanya ialah untuk SJK(T). Beliau mau pihak Kerajaan Persekutuan memperbaiki kemudahan dan penambahan bangunan bagi Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda.


Adun Bangi menyebut bahawa, SRJK(T) tidak asing bagi Adun dan setiap tahun Adun datang membawa peruntukan dan juga beg sekolah. Kerajaan Negeri Selangor juga membina bangunan bagi tambahan kelas. Kali ini Adun datang bagi merasmi dan menyerahkan Pondok Pengawal bersama Y.B.Teo Nie Ching. Juga bagi mengagihkan beg-beg Sekolah.


Selepas ucapan Adun Bangi, Y.B. Teo Nie Ching, Puan  Litchmy, Shanti, En. Muniandy guru dan beberapa AJK Sekolah dan beberapa ibu bapa ke Pondok Pengawal. Upacara memotong reben depan pintu Pondok Pengawal dilakukan oleh Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang. Selepas perasmian, ada aduan dari En. Muniandy, bahawa Pondok Pengawal belum ditarik wire electric, menyebabkan kipas belum dapat digunakan, manakala dari hadapan pintu Pengawal ke tepi jalan perlu dibuat jalan laluan. Adun menyatakan, ``Itu adalah perkara mudah, cari wireman sambung wire dan buat jalan pendek boleh beli satu dua beg semin dan buat jalan. Boleh buat gotong royong atau upah pekerja. Kalau perlu sedikit sebanyak peruntukan, boleh buat permohonan.


Selepas Perasmian Pondok Pengawal Adun bersama Y.B. Teo bergerak ke hadapan Sekolah  dalam mana semua murid-murid berbaris di hadapan Sekolah. Di sini Adun dan Y.B. Teo membahagikan setiap orang murid (93) dan juga 10 murid Tadika menerima satu beg masing-masing. Kata Y.B. Teo, ``Bagus semua murid pakai beg sama jenama Selangor, cantik dan menarik !``


Sebelum bertolak pulang Adun sampaikan 2 salinan bagi setiap buku `Bangi Bandar Ilmu` dan buku `Gagasan Bangi` kepada Guru Besar untuk Perpustakaan Sekolah.


Sekian.

No comments:

Post a Comment