January 21, 2013

Perubatan Darussyifa` Di Pengajian Tinggi: Bakal Bertaraf Institut Sebelum Menjadi Universiti ?

-->
Institut Perguruan Islam Bangi, 08 Rabiul Awal 1434 = 20 Januari 2013 (Ahad):


Darussifa` hari ini mengadakan Majlis Pengijazahan kepada graduan-graduannya bagi Kumpulan Ke 24 bertempat di Dewan Nik Mohyiddin Musa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi. Ketibaan Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din Pengasas dan Penasihat Darussyifa` jam 9.00 pagi disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad dan AJK-AJK, tetamu-tetamu seperti Adun Bangi, Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Dr. Ahmad Asmadi Dekan Fakulti Perubatan Tradisional, Universiri Perubatan Cyberjaya, Dato` Ismail Kamus Pengerusi As-Salam, Dato` Mohd. Burok, Ustaz Fauzi Mustafa dan ramai lagi.


Sebaik Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din tiba, beliau diiringi masuk ke Bilik Tamu/Rihat, Beberapa orang turut bersama beliau di dalam Bilik Rihat, iaitu Adun Bangi, Dr. Ahmad Asmadi, Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad, Ustaz Abdul Rashid dan lain-lain. Sementara majlis bermula . Tuan Dr. Ahmad Asmadi Dekan Fakulti  Perubatan Tradisional Cyberjaya memberitahu kepada Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din.


``Surat keizinan dari pihak Pengajian Tinggi telah meluluskan Kursus Pengubatan Tradisionl untuk dijadikan sebahagian dari Kursus Di Fakulti Perubatan Tradisional, di Cyberjaya.`` Ini bermakna memberi ruang kepada kursus di Darussifa` menjadi sebahagian dari Pengajian Perubatan di Universiti Perubatan di Cyberjaya, insya Allah.
Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din mengiakan dan bersyukur kepada Allah di atas kelulusan.
``Bila akan bermulanya kursus ?``   tanya Adun.  Jawab Dr. Asmadi, bahawa persediaan bagi mendapat Pensyarah sedang diusahakan. Juga persediaan Silibus. Pengambilan pelajar. Jika semuanya berjalan lancar, maka kursus akan ditawarkan pada semesta mendatang. Universiti Perubatan Cyberjaya telah dibuka pada tahun 2005. Menurut Dr. Ahmad Asmadi, setakat ini universiti mempunyai 1,200 pelajar dan mempunyai 4 fakulti, iaitu Perubatan, Farmasi, Traditional Complementary Medicine dan Sains Kesihatan Bersekutu. Jadi Pengubatan seperti Darussifa diletak di bawah Traditional Complementary Medicine yang Dr. Ahmad Asmadi menjadi Dekannya.
Dengan penawaran kursus Perubatan Tradisional ini bererti Perubatan seperti ``Perubatan Darussifa` diakui dan diiktiraf dan menjadi sebahagian dari pengajian universiti.
Adun bertanya kepada Ybhg. Dato` Dr. Haron Din kemungkinan meningkatkan Darussifa` menjadi sebuah Institut Perubatan Islam. Menurutnya, ``Usaha sedang dilakukan yang mungkin diusahakan bertaraf Institut yang kelak, insya Allah meningkat kepada tahap universiti.


Menurut Dr. Ahmad Asmadi, persediaan memakan masa dari segi penyediaan kursus, mendapat pakar-pakar di dalam berbagai bidang perubatan dan tak kurang penting ialah kewujudan tanah, bangunan dan peralatan-peralatan yang canggih bertaraf universiti yang sudah tentu memerlukan peruntukan yang besar. Sebenarnya bila disebutkan Universiti Perubatan Islam, tidak mesti terhad dari segi ruang lingkup pengajian apa yang dimaksudkan dengan Islam, ianya mengkin merangkumi.
1)      Turath Perubatan Islam berasas Ayat Qur`an, Hadith Nabi, kajian-kajian tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Rush, Ibn Sina dan lain-lain
2)      Mempelajari perubatan tradisional secara saintifik, misalnya mengenai bahan-bahan tumbuhan dan mineral yang mempunyai nilai perubatan
3)      Mempelajari kaedah perubatan moden bagi mengukuhkan kajian dan amalan pengubatan
4)      Kaitan antara pendekatan moden dan tradisi.
5)      Ilmu-ilmu yang membantu perubatan, misalnya psikologii, kimia, biologi dan sebagainya.

Bagi tahap universiti, pelajar-pelajar perlu mempunyai kelayakan minima dan mungkin perlu mengikuti kursus pra-universiti. Pengajian pula perlu mempunyai tahap sijil yang kursusnya memakan masa pendek, tahap diploma yang memakan masa mungkin sehingga 3 tahun dan tahap ijazah yang memakan masa 5 tahun atau lebih. Perlu juga disediakan pengajian lanjutan bagi peringkat sarjana dan Ph. D. Tentulah banyak persediaan, kelengkapan dan kos yang tinggi. Tetapi jika visi ini mau dicapai, maka usaha ke arah menjayakannya perlu dilakukan secara sistematik agar mutunya terserlah, menjadi tarikan bagi pelajar dan terkenal di dunia sebagai universiti Perubatan Islam yang mempunyai Identiti Keislaman tersendiri.


Adun menambah, ``Sekiranya Universit Perubatan Islam Darussifa` menjadi kenyataan, maka pengubatan dan pengajaran yang berlaku di Bangi ini, akan lebih melonjakkan imej Bangi sebagai Bangi Bandar Ilmu yang mempunyai pula Universiti Perubatan Islam Darussifa`, iaitu satu yang unik dengan pendekatan tersendiri. Sedang kami bercakap, isyarat diterima untuk kami bergerak masuk dan pengisytiharaan dibuat oleh Pengerusi Majlis, bahawa Tuan Guru Dato` Dr. Harun Din diiring AJK dan Tetamu-Tetamu bergerak masuk ke dalam Dewan. Beliau dan AJK terus ke atas, sedang kami memenuhi kerusi bahagian hadapan. Para graduan yang berjumlah 341 orang dengan perempuan berasingan memenuhi ruang dewan bersama tamu-tamu dan keluarga-keluarga yang datang di tempat berasingan. Majlis bermula dengan bacaan Al-Qur`an oleh Ustaz Ahmad Shafiq Al-Ghazali yang merupakan salah seorang graduan  Kumpulanke 24.
Ucapan bermula oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad selaku Pengerusi Darussyifa`. Menurutnya sebagaimana tahun 2012 , 450 mendaftar, maka demikianlah 2013 jumlah yang sama diterima. Mereka perlu mendaftar di Pusat Darussifa` dan menjalani pengajian selama 6 bulan di salah satu daripada 10 pusat yang terdapat di seluruh Negara. Selepas itu mereka perlu mendapat pengesahan Pusat sebelum menjalankan rawatan. Perawat dikehendaki datang sendiri di Bangi sebagai Pusat Pengajian Induk. Keperluan kepada pengesahan pusat perlu, kerana kadang-kadang ada tambahan-tambahan dibuat pada peringkat cawangan yang mungkin tidak sesuai, bahkan bertentang dengan apa yang diajar dipusat.


Dalam ucapannya Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din selaku Pengasas dan Penasihat berkata, ilmu didalam Islam merupakan pertunjuk dan Hidayah dari Allah disampaikan kepada manusia. Ianya mempunyai kaedah dan aturan. undang-undang dan peraturan perlu dipelajari sebagaimana dapat dihayati dari perintah `Iqra`. Kaedah mempelajari ini selain dari membaca, ialah secara `tasmi` (memperdengarkan) dan `talaqqi` memperturunkan  melalui majlis `ta`lim` sepanjang tahun. Bukti-bukti ayat Qur`an dikukuhkan sebagai bukti penggunaan pendekatan Iqra`, tasmi`, talaqqi dan ta`lim.


Simbolik bagi kaedah ini dipilih tiga orang (3 Rukyah) mewakili semua (mengikuti bacaan) yang diistilahkan sebagai Rukyah pertama, kedua dan ketiga (En. Mohd. Khairi bin Zulkifli, Mohd. Sabri Abdullah & Mohd. Sabri Mustafa). Setelah didengar dan dinilai (sudah tentu penilaian dibuat secara lebih asas berdasarkan pencapaian dalam pembelajaran mereka selama 6 bulan). Maka keputusan bagi keseluruhan diumumkan oleh Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din adalah pada peringkat Mumtaz.


Selepas itu Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din selaku Pengasas dan Penasihat menyampaikan pengijazahan dan penerimaan seorang demi seorang hingga kepada jumlah 341 orang (Ada rihat pada pertengahan).


Pada pengakhiran Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din menyampaikan amanat, iaitu graduan, khususnya bila menjalankan praktis amalan pengubatan hendaklah senentiasa memelihara akhlak yang mulia, bersifat ikhlas, jangan meminta dan menetapkan bayaran untuk rawatan, hendaklah berbai`ah yang merupakan sebagai sunnah Nabi, perlu berdakwah bagi mengelakkan masyarakat terlibat dengan syirik, jangan meninggalkan amalan Hafalah Ruqyah Asas (pertama, kedua dan ketiga – sebagaimana dibaca oleh 3 orang wakil sebelum ini), jangan mengatakan buatan orang atau sihir, elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat, berikhtiar dan berserah diri kepada Allah dan jadilah hamba Allah yang terbaik.

Sekian.

1 comment:


  1. Amat berasa bangga melihat ramai `para ulama dan para cendikiawan..tetapi berapa kerat sahaja yg mahu memperjuangkan Islam bilamana masanya sangat-sangat menuntut kita menunjukkan kekuatan akidah kita terhadap ALLAH. Tak sangup lihat ramai yg cerdik dalam agama tetapi pengecut bila dicabar oleh kafir!. TGNA pernah kata politik dan agama tak berpisah tetapi kenapa berdolak dalik, Karpal Singh masih mahu mencabar kekuatan umat Islam seMalaysia. Takkanlah hanya seorang, kita yg ramai ne tak berani `menjawab' kenyataan tersebut. Karpal dah tahu PAS dan PKR begitu lemah dan tak lagi berdaya mempertahankan Islam kerana politik kebencian UMNO.

    ReplyDelete