February 17, 2014

Menghadiri Mesyuarat Tajamok Veteran Pas Selangor

-->
Shah Alam, 16 Rabiul Akhir 1435 = 16 Februari 2014 (Ahad):

Pagi ini Penulis turut dijemput menghadiri mesyuarat di atas di Pejabat Pas Negeri di Shah Alam (jam 9.30 pagi), tapi oleh kerana bilik mesyuarat di sini digunakan oleh pihak pemuda, maka mesyuarat dipindah ke Tingkat 3, Bangunan World Wide di sini. Bila masuk ke Bilik Mesyuarat di sini lantas kembali nostalgia bahawa di sinilah tempat bergiatnya Pas Selangor sejak selepas 2000 sehingga pejabat baru digunakan sejak 3 tahun lepas. Nostalgia makin bertambah apabila melihat veteran yang hadir lebih kurang 30 orang adalah AJK Pas negeri Selangor pada masa itu.


Adalah difahamkan bahawa cetusan idea agar ditubuhkan (Kelab=Nadwah) Veteran Pas ini mula dibisikkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang kepada al-Fadhil Ustaz Dr. Daeng Sanusi Mariok veteran Pas. Selangor diminta memulai penubuhan Nadwah Veteran Pas berkenaan dan pertemuan pertama telah dilakukan pada Sabtu 8.2.2014 jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di Shah Alam di sini dihadiri oleh 24 orang veteran Pas dan telah ditubuhkan AJK sebagaimana berikut:


Pengerusi          Mohd Kusrin Rahmad
Ketua                Hj. Mohsinon Hj. Tahir
Naib Ketua Muslimin: Hj. Sukiran
Naib Ketua Muslimat:  (Ahli Muslimat dari Gombak)
Setiausaha:      Sdr. Yahya Shaari
Pen. Setiausaha: Sdr. Naharuddin Abdul Rashid
Bendahari:       Hj. Kamaruddin Suhaimi
Pen. Bendahari: Hj. Abu Bakar Mohamad

Manakala AJK ialah:

Hj. Hussin Bakri                             Sungai Besar
Hj. Nor Hadi                                   Kuala Selangor
(KIV)                                              Kapar
Hj. Daud bin Yahya                       Gombak
Hj. Abd Rasid  Latiff                      Klang
Hj. Abd Rahman Awang                Subang
Hj. Wahid Basri                              Ulu Selangor
Hj. Romli Othman                          Puchong
Hj. Wan Yunus Wan A. Rahman   Ulu Selangor (?)

Pemeriksa Kira-Kira 1                  Hj. Abdul Latif Ahmad
Pemeriksa Kira-Kira 2                  Hj. Mohd. Ali Hasaan


Selain daripada itu turut dilantik Ketua Protem Komiti bagi Nadwah Veteran Pas Kawasan seramai 22 orang bagi 22 kawasan. Nama Penulis nampaknya turut ditunjuk sebagai Ketua Protem Komiti bagi Kawasan Serdang.

Tujuan penubuhan Tajamok Veteran Pas adalah untuk menyatukan para pejuang Pas yang lama, melalui persatuan mereka akan terus dapat memberi sumbangan idea dan sebagainya terhadap Pas di samping dapat mengeratkan hubungan antara generasi Pas yang lama dengan yang baharu di dalam memperjuangkan cita-cita keislaman Pas. Tajamok Veteran Pas ini mendukung Perlembagaan Pas (Pindaan 2011) dan aturan Tajamok Veteran Pas adalah dibuat menurut fasal 41(8)(j). Badan ini akan berkuatkuasa  pada tarikh yang ditetapkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor dan setelah mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari Pendaftar Pertubuhan ROS. Perasmian akan dilancarkan pada tarikh yang akan ditentukan.


Dalam sesi perbincangan timbul persoalan mengenai nama yang dicadangkan `Tajamok Veteran Pas Selangor`. Istilah Tajamok` atas wazan `tafa`ul` kurang tepat bererti `Himpun Menmghimpun`. Dalam bahasa Melayu sudah ada kata-kata yang dipinjam dari bahasa Arab, iaitu `Majmu` atau `Jama`ah`, tapi kalau mau kekalkan erti `Kelab`, maka istlah lebih tepat ialah `Nadwah`, iaitu `Nadwah Veteran Pas`.
Turut dibincangkan agar wang pendaftaran dan yuran tahunan diubah daripada RM5.00 kepada RM10.00. Cadangan dipersetujui.


Logo bagi Tajamok Veteran Pas ialah bulatan putih dilingkungi bulatan  hijau dan merah, iaitu berdasarkan warna bendera Pas.

Mesyuarat membincangkan tentang draft perlembagaan yang akan terus diperhalusi dan pembentukan AJK Tajamok Veteran Pas Kawasan dan beberapa agenda lain.

Pertemuan berakhir jam 12.00 tengahari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment