November 15, 2014

Respond Ahli-Ahli Forum Terhadap Soalan-Soalan Peserta


BBB, 21 Muharram 1436 =  14 November 2014 (Jumaat):
Berikut dari penyampaian  dua ahli forum Kanun Jenayah Syariah Dari Perspektif Perlembagaan & Masyarakat Majmuk Di Malaysia yang dimulai oleh Profesor Emeritus Dato` Dr. Mahmood Zuhdi dan diikuti oleh Profesor Madya Dr. Sham Rahayu, Pengerusi  Forum Tuan Haji Mohd Zamri membuka peluang kepada peserta-peserta untuk bertanya. Peluang diambil kesempatan oleh 5  penanya dimulai:


1.       Mohd. Affandi Abdullah – Pendakwah Bebas
Soalan: Kanun Jenyaha Syariah dilaksanakan di Brunei. Apakah ianya boleh dilaksanakan di Selangor dengan diselit Kanun Jenayah Syariah  di bawah Perlembagaan Islam Agama Persekutuan.
Jawapan Prof. Madya Sham Rahayu:
Perlembagaan tidak menghalang. Tapi menurutnya tidak semudah itu berdasarkan masyarakat majmuk dan reality politik semasa. Selain dari keperluan kepada majority sokongan di parlimen dan persetujuan kerajaan negeri, lantaran agama di bawah kuasa Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu respond dari masyarakat perlu diambil kira. Menurut Prof. Madya Dr. Sham daripada 1.728 orang disoal selidik, 30% daripada mereka yang faham mengenai perundangan secara asas, manakala 70% tak faham. Mereka perlu diberi kefahaman untuk mendapat respond yang betul.
Menurut Prof. Madya Sham, undang-undang adalah aturan-atauran dan boleh dipaksa terhadap masyarakat, tapi beliau tidak bersetuju perlaksanaan secara paksa, sebaliknya ianya perlu dijalankan secara evolusi dengan tidak perlu dilabel yang boleh menjadi stigma dan penolakan masyarakat contoh persoalan boleh diterima masyarakat ialah pembasmian rasuah, halal haram dan sebagainya.
2.       Saiful Anwar – Lebih merupakan luahan pendapat:
Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Brunei adalah dari dorongan iman bagi kesempurnaan iman itu sendiri. Menurutnya di dalam `Al-Fatihah` mempunyai 142 huruf, jika dibuang satu daripadanya rosak dan tidak sah (contoh solat), menurutnya begitu juga dari perjalanan hukum dan syariat Islam, jika tidak disempurnakan sebahagian daripadanya, maka tidak sempurna Islam.
Ini dianggap sebagai pendapat dan tidak dijawab. Tetapi pendapat Prof. Madya Dr. Sham Rahayu sebelum ini dapat dikira sebagai jawapan. Rumusan jawapannya, ``Perlaksanaan perlu bertahap kerana gagal menunjukkan keindahan Islam mengundang fitnah dan kerosakan.``
3.          Y.B.Dato`Mohd. Fadhli Hassan – Exco Dewan Undangan Negeri Kelantan  Juga meluahkan pendapat
Menyokong pandangan Prof. Madya Dr. Sham Rahayu, tidak ada masalah dari segi Perlembagaan Persekutuan bagi pengunjuran Kanun  Jenayah Syariah, tetapi hendaklah diperkukuh dengan sokongan politik. Menurutnya approach yang dilakukan oleh Kelantan perlu ada penyokong termasuk dari kalangan politik – Mesti ada `political will`. Juga bersetuju dengan pendapat Prof Emeritus Dato` Dr. Mahmood Zuhdi, tetapi bukan gagal, sebaliknyai `Boleh Disesuai`  dilakukan dengan secara `Bertahap`. Perlu diubahsuai perlembagaan yang menurutnya dipengaruhi Inggeris kepada yang berimage  tempatan.
4.       Y.B. Senator Mumtaz dari Kelantan – Sebagai orang politik bercakap dan menyoal bersifat politik

a)      Adakah dengan Kanun Jenayah Sivil mampu membendung jenayah yang kini meningkat kepada jumlah 48,000 banduan ?
b)      Jika Kanun Jenayah Syariah di Terengganu dan Kelantan gagal, apakah model mau digunakan Saudi, Pakistan atau model Umno ?
c)       Tidakkah GST makin membeban rakyat yang boleh mendorong kepada bertambahnya jenayah ?
d)      Dengan artikal 3 & 4 serta Jadual ke 9, adakah cukup dan Undang-Undang Islam tidak perlu . Menurutnya, ``Bukan mudah untuk diubah bagi melahirkan 23 seksyen berhubung dengan Islam seperti yang telah dilakukan, tapi tak diterima. Beliau menegaskan bahawa, ``Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama Islam` (Ali `Imran: 19) yang memberi  keselesaan.


5.       Kisi Nazar – Wartawan
Memperkukuhkan soalan senator Mumtaz
Jika mengikut draft Kanun Jenayah Syariah berdasarkan versi Terengganu dan Kelantan  gagal. Kita mengharapkan pihak pemerintah Pusat menampilkan wawasan baru yang kita menunggu.
Jawapan oleh Prof. Madya Dr. Sham Rahayu
Secara ringkas: Sesiapa yang menggubal  perundangan dan perlembagaan mesti realistic dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Beliau tidak menjawab keseluruhan soalan Y.B. Senator  Mumtaz.
Pengakhiran dijawab secara menyeluruh oleh Profesor Emeritus Dr. Mahmood Zuhdi yang boleh dirumuskan:
·         Lebih 20 tahun menjadi Panel Mahkamah Appeal di Kelantan. Beliau tidak pernah diminta fikiran tentang Kanun Jenayah Syariah di Kelantan. Saya generasi  sejak zaman ayah YB Mumtas dan  Y.B. Dato` Fadhli, saya faham tentang selok belok Kelantan
·         Saya tidak jadi ahli parti, tapi saya ahli akademik. Saya mematuhi disiplin ilmu yang menjunjung kebenaran dan mau menyatakan yang benar
·         Beliau meminta dua Y.B. mengambil konsep Qawa`id al-Fiqhiyyah, ``Kalau tak dapat keseluruhan manfaatkan yang sebahagian`.
·         Kepada wartawan beliau mengungkapkan tentang konsep kewartawanan, ``Orang tidak respond kalau tidak ada perbalahan politik. Perbalahan lebih disenangi  pemberita , kerana ia melariskan. Adakah isu Kanun Jenayah Syariah menggugat Kerajaan Pusat ?
·         Kepada  Senator Mumtaz, ``Kurangkan prajudis, tapi lihat dari segi `Maqasid al-Syar`iyyah lebih manis`.
·         Jangan hanya melihat kepada fiqh tradisi, tapi juga kepada fiqh kini (Baru).
·         Bawalah perubahan di Kelantan dan Selangor secara bijaksana, biarpun secara evolusi.

Sekain.

No comments:

Post a Comment