EPISOD
SUSPEND BAGI PEMBEDAHAN MATA KEDUA
(Fikrah
Bangi: 901),
BBB:
25 Ramadhan 1442H. = 07 Mei 2021M.
(Juma`at).
Pemergian
Penulis bersama anakanda Muhammad Nadzmi pada pagi Rabu 28 Oktober 2020 di tingkat 4, Menara
Timur, Klinik Mata Universiti Malaya, pada jangkaannya akan berlangsung pembedahan
sebagaimana biasa, lebih-lebih lagi pengalaman kali pertama telah dilalui pada
19.8.2020 dan tidak bermasalah.
Sebagaimana
disebut dengan sebelah mata telah dibedah dan sebelah lagi belum, berlaku
ketidakseimbangan dari segi penglihatan, kadang-kadang kelihatan dua images
dari segi penglihatan. Dari pengalaman yang dilalui oleh mereka yang lain dirawat dan membedah sebelah mata dahulu,
penglihatan sedemikian adalah biasa dan menjadi kebiasaan bila bedah mata
pertama akan diikuti mata kedua, kecuali mata kedua adalah baik.
Keadaan
yang sama berlaku kepada Penulis, selepas pembedahan pertama, gangguan double
images berlaku dan kadang-kadang bagi mempastikan pandangan yang betul, dalam
waktu-waktu terpaksa dipejamkan mata kanan bagi mendapat pandangan yang betul.
Ini bagi mengelak dari bahaya, khususnya ketika memandu, terutama bila hendak
membelok dan sebagainya.
Seorang
Dr. Mata yang datang dari UITM membuat
latihan di Klinik Mata Universiti Malaya pada pagi Penulis hendak dirawat pada 28 Oktober itu telah membuat pemeriksaan mata
Penulis ditingkat empat. Bila ditanya tentang penglihatan mata Penulis, secara jujur Penulis memaklumkan tentang
double images itu. Beliau nampaknya
membuat keputusan menangguhkan pembedahan mata kanan Penulis dan mencadangkan
membuat rawatan susulan sehinggalah masalah yang dihadapi mata Penulis sembuh
dan hilang pandangan double images itu. Keputusan menangguhkan pembedahan mata
kanan Penulis mengejut dan mengecewakan Penulis. Kecewa kerana urusan
pembedahan yang sepatutnya selesai pada pagi itu ditangguh. Rasa lebih kecewa
dengan penangguhan dan perlu melalui rawatan membebankan Penulis, kerana belum
tahu berapa kali lagi terpaksa datang berulang alik untuk rawatan hingga sembuh.
Hingga kini sudah tujuh kali berulang alik dan terpaksa meminta anak-anak
menghantar yang setiap kali memerlukan masa setengah hari.
Penangguhan
merupakan satu episud suspend yang mengecewakan. Sebagaimana disebut Penulis
telah menyalin pakaian rasmi untuk pembedahan kepada pakaian asal dan
menyerahkan pakaian untuk pembedahan kepada petugas yang bertugas di bilik
sebelum masuk ke bilik pembedahan. Penulis dengan rasa kecewa memaklumkan
kepada anakanda Muhammad Nadzmi, tentang penangguhan pembedahan, dan kami pun
mulai bergerak untuk turun dan pulang, tetapi tiada appointment untuk datang.
Dalam
keadaan suspend dan mengecewakan itu dari jauh melalui pintu terbuka Penulis
melihat dari jauh seorang Dr,
kemungkinan Profesor Dr. Norlina atau kakitangan pembedahan Penulis dan
memberitahu pembedahan diteruskan. Ertinya arahan pembatalan sebelum itu
dibatalkan. Hal ini Penulis memaklumkan kepada anakanda Muhammad Nadzmi supaya
menunggu dan serentak dengan itu menukar pakaian biasa pada diri kepada pakaian
kain dan baju dan pentup kepala rasmi – Pakaian pembedahan.
Selepas
menukar pakaian dan ke toilet, Penulis ditolak dengan wheel chair oleh pembantu yang pekerja merentasi beberapa pintu dan
bilik dan ditenangkan di luar bilik bedah selama lebih kurang suku jam.
Giliran pembedahan yang dilakukan terhadap Penulis
adalah no. 4. Proses pembedahan adalah sebagaimana pembedahan pertama, berada
di atas katil pembedahan. Sebelum dibedah tubuh ditutup dengan baju pembedahan
dari bahagian kaki ke dada. Bahagian terbuka ialah bahagian kepala, khususnya
mata. Peralatan bedah di atas kepala. Dr. Membedah dan membuat arahan terhadap
pembantu-pembantu membekalkan peralatan yang diperlu. Proses pembedahan berlaku
dalam sedar dan dapat diikuti proses pembedahan. Semasa proses membuang katarak
dan menggantikan dengan lapisan atas mata, tidaklah begitu sakit. Walau
bagaimana proses ini tidaklah dapat diikuti pada layar screen, kerana ianya
mungkin tidak perlu. Dapat dikatakan tidak berlaku pendarahan. Proses berjalan
lancar dan tidak sampai satu jam operasi adalah siap. Oleh kerana masa bedah
sedikit lewat, pembedahan berlaku kira-kira jam 12.00 tengahari. Selepas itu
Penulis disorong ke bilik menunggu sebelum dan sesudah rawatan bersama yang
lain. Di sini dibekalkan secawan milo dan tiga keping biskut untuk kesegaran.
Setelah
menunggu setengah jam bagi mempastikan tidak timbul komplikasi, Penulis dengan
mata sebelah tertutp dengan cermin sebelah keluar dan menyalin pakaian.
Selepas
itu Penulis dua beranak turun ke bahagian ubat dan menunggu giliran mendapat
ubat.
Kedua
belah mata Penulis pada masa itu adalah terang, walaupun bahagian kanan
bercermin mata sebelah. Penulis dapat berjalan bersama anakanda menuju ke
parkir.
Dalam
perjalanan pulang cahaya terlampau terang melalui kenderaan dan terpaksa
menggunakan cermin mata hitam yang dibeli secara double dengan mata sebelah.
Pulang
ke rumah Bandar Baru Bangi jam 2.00 petang. Suasana adalah tenteram dan rasa
syukur kepada Allah terluah dari diri dan keluarga.
Sekian.
No comments:
Post a Comment