KE
ARAH PEMBEDAHAN MATA
KEDUA
(Fikrah
Bangi: 899),
BBB:
23 Ramadhan 1442H. = 05 Mei 2021M. (Rabu).
Pulang
dari check mata ( kelima) Khamis 27.8.2020
yang dihantar dan pulang oleh anakanda
Muhammad Nadzmi Penulis dapat dikatakan kembali bertugas dan berurusan seperti
biasa – ke Pejabat menulis dan ke Masjid Al-Umm menguruskan pentadbiran masjid
tersebut. Segala arahan Doktor supaya tidak mengangkat barang yang berat, tidak
tunduk ke bawah dalam tempoh 12 minggu adalah dipatuhi. Penggunaan ubat mata
secara titis diikuti.
Dalam
masa hampir dua bulan (27.8.2020 = 12.10.2020)
adalah merupakan tarikh menunggu bagi pembedahan bagi mata kedua – sebelah kanan.
Sebagaimana
temujanji yang dibuat, maka pada pagi Isnin Jam 7.30 pagi 12.10.2020 Penulis
bersama anakanda Muhammad Nadzmi ke Klilnik
Mata, Universiti Malaya. Proses kali kedua hampir sama mengulangi proses
pertama, di samping mempunyai kelainan-kelainan. Pemergian bagi proses kedua
ini terasa macam biasa. Pemergian pun hanya bersama seorang yang menemani
Penulis, iaitu anakanda Muhammad Nadzmi. Proses yang dilalui adalah pendaftaran
yang kad dan rekodnya sudah sedia ada. Cuma menunggu giliran agak memakan
masa. Pemergian kali pertama bagi proses
kedua ini adalah bersifat pemeriksaan – check.
Check kesihatan pertama ialah mengenai mata, pembacaan
huruf yang tentu tidak seimbang antara sebelah kiri yang lebih terang dari segi
pembacaan dan sebelah kanan yang masih kelabu dan perlu kepada pembedahan itu.
Apabila tiba kepada pemeriksaan darah, maka didapati darah naik tinggi. Check
kali pertama ialah 205 dan bila check pada kali kedua turun sedikit kepada 185.
Darjah normal adalah antara 140 dan 40.
Mungkin pada paginya ada makan makanan yang menyebabkan suhu darah naik. Untuk
dikatakan berdebar dan gemuruh, sebelum daripada ini tidak berlaku sedemikian.
Sebagai
keputusan perlu diturunkan darjah darah Penulis. Dan pada hari itu pihak Klinik
Mata membekalkan ubat darah tinggi. Dalam tempoh seminggu sebelum hadir kepada
pemeriksaan seterusnya Penulis perlu mendapatkan laporan darah, sama ada perlu
pergi ke klinik swasta dan sebagainya.
Penulis
meminta anakanda Hidayah yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur membawa
sample darah Penulis pada 16.10.2020 dan dibawa ke makmal di HKL dan keputusan
secara detail dapat pada 18.10.2020, iaitu tekanan darah Penulis kembali normal
(pembacaan secara detail bersifat teknikal, panjang dan rumit)..
Sebenarnya
mulai dari 16.10.2020 Penulis sendiri menggunakan alat Blood Pressure OMARU
(Korea) yang ada di rumah, Maka didapati
tekanan darah sebagaimana berikut:
16.10.2020 masa 3.30 petang 138
75 68
17.10.2020 masa
10.00 pagi 129 78
67
18.10.2020 masa
9.50 pagi 121
78 78
Dari
data di atas menunjukkan bahawa tekanan darah Penulis kembali normal.
Proses
seterusnya, ialah hadir ke Klinik Mata Universiti Malaya bersama anakanda Muhammad
Ndzmi untuk check darah dan mata kanan bermula hadir pada jam 8.00 pagi.
Proses
pendaftaran dan menunggu agak memakan masa hingga jam 12.00. Chech darah dan
kali ini normal disebut sebagai 5.5 – Ok. Pemeriksaan mata kanan juga
dilakukan. Problem sebagaimana dulu juga timbul berhubung dengan bearing bebola
mata dan ada double penglihatan. Walau bagimana confirm dapat dibedah.
Sebagaimana kali pertama, Penulis dikehendaki membayar
deposit sebagai sebahagian dari bayaran yang dituntut dari Kerajaan –
Universiti sebagai Badan Berkanun.
Setelah
mendapat borang bayaran,maka bayaran dilakukan sedikit rendah dari dahulu iaitu
sebanyak RM1,048/= (dulu RM1340). Semua bayaran ini boleh dituntut kembali.
Setakat ini kedua-dua bayaran ini tidak dituntut Penulis.
Adapun
tarikh bagi pembedahan bagi mata kedua Penulis ialah pada Rabu 28.10.2020 di
Tingkat 4, Menara Timur, jam 7.30 pagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment