PROBLEM
DISEDARI DARI AWAL
(Fikrah
Bangi: 898),
BBB:
22 Ramadhan 1442H. = 04 Mei 2021M. (Selasa).
Antara problem yang disedari berhubung dengan
mata Penulis sejak dari pemeriksaan awal pada 2.7.2020 dan berterusan
pemeriksaan yang dilakukan beberapa kali beriuktnya, bahawa dalam
pemeriksaan diminta Penulis menggerakkan bebola mata ke kiri ke kanan juga ke
atas dan ke bawah ada tanda-tanda, terutama pada mata kanan tidak berlaku pergerakan normal dari segi bearing
pergerakan, biarpun Dr. Yang memeriksa – lebih dari seorang pada masa berlainan
cuba adjust dan menormalkan dari segi `bearing`. Istilah bearing ini digunakan
oleh Penulis sebagai ganti yang digunakan oleh seorang Doktor sebagai `Juling`.
Penulis tidak bersetuju dengan istilah ini, kerana juling berbeza dengan apa
yang berlaku. Fokus penglihatan tidak berlaku sebagai mata yang juling. Cuma
selepas pembedahan dan penggantian dengan cornea ke atas tempat katarak yang
dikeluarkan, bahawa bagi penglihatan langsung tidak bermasalah, tetapi kiranya
penglihatan ke sisi, misalnya bila mau corner kereta yang dipandu, maka bagi
mendapat side dan pandangan yang jelas, maka mata kanan dipejamkan, maka
penglihatan menjadi lebih jelas bagi mata kiri yang baru pulih slepas
pembedahan.
Keadaan
ini bukan saja semasa mau corner kereta, tetapi juga bagi penglihatan biasa,
bila mau memandang ke sisi tepi, maka untuk mempastikan agar lebih jelas
dipejamkan mata kanan dengan menggunakan mata kiri.
Problem
yang kedua yang biasa dialami oleh orang yang dibedah sebelah mata, sebelum
membedah bagi mata yang kedua, sebagaimana diberitahu oleh orang dibedah
sebelah mata dan dialami oleh Penulis, bahawa pada peringkat awal berlaku ketidakkeselarasan
dari segi penglihatan. Sering kelihatan dua objek yang berlainan yang tentu
membahayakan, terutama bila memandu. Jika penglihatan mau dipastikan supaya
tidak tersilap pandangan,maka dipejamkan mata kanan yang belum dibedah dan
lebih lemah dari segi pandangan,ialah dengan menggunakan mata kiri yang baru
dibedah dan lebih jelas dari segi pandangan.
Ada
yang berpendapat dan itulah yang diharapkan, ianya bersifat sementara dan akan
disesuaikan dan menjedi selaras bila berlamaan. Keadaan ini akan menjadi lebih
baik bila sebelah lagi mata dioperate. Dalam erti kata yang lain kedua-dua
belah mata dibedah sama.
Walau
bagaimana dengan pembedahan yang berlaku, walaupun baru pada sebelah kiri,
Penulis merasa bersyukur kepada Allah, kerana mata kiri yang sebelum ini telah
tertutup dan tidak dapat melihat kini dapat melihat dengan terang. Problem yang
Penulis anggap kecil, tidak sangat menjadi kegusaran, lantaran penglihatan
kembali normal, walaupun sebelah kanan kurang terang, tetapi aktiviti membaca
dan menulis, berjalan dan memandu dapat dilakukan dan kembali kepada normal.
Selepas
pembedahan pertama, ialah pematuhan dari segi pengubatan. Ubat yang dibekalkan
adalah semuanya bersifat air (cecair).
Setiap hari sebelum menitiskan cecair ke dalam mata (tiga jenis), ialah
membasuh tangan dan membasuh mata dengan
air steril dan membersih mata dengan bebola kapas yang dibasahkan dengan air
steril. Ini dilakukan tiga kali sehari terutama sebelum menitiskan ubat mata ke
dalam kelopak mata. Ada ubat utama yang diminta dititiskan setiap tiga jam
sekali, jenis ke dua tiga kal;i sehari dan ada yang satu kali sehari. Pada
akhirnya satu jenis ubat mata cecair digunakan tiga kali sehari sehingga
bekalan ubat berkenaan habis.
Dari
pengalaman yang dilalui, selepas pembedahan mata dan melakukan rutin menitiskan
ubat ke dalam mata, tidak menimbulkan masalah. Penulis tidak mengalami sebarang
komplikasi atau sebarang kesakitan. Pantang larang yang dikenakan, terutama
tidak boleh tuntuk dan tidak boleh mengangkan barang-barang berat adalah
dipatuhi sepenuhnya. Dalam masa 12 minggu, bila Penulis pergi solat Juma`at dan berjamaah adalah selalu
mengambil kedudukan ditepi, lantaran menggunakan kerusi bagi mengelak dari terputusnya barisan berjamaah.
Sejak
dari awal Penulis dibayangkan, bahawa pembedahan bagi mata kanan yang boleh
disifatkan 50% berkatarak juga akan dilakukan. Ulang alik fizikal bagi rawatan
mata kiri adalah sebanyak lima kali. Dapat Penulis katakan bahawa perkhidmatan
yang dilakukan di Klinik Mata di Universiti Malaya ini adalah dilakukan secara
teliti dan berjadual secara teratur.
Pemergian
terakhir bagi rawatan mata di sebelah kiri ialah pada Khamis 27.8.2020. Selain
dari mata diperiksa, Penulis menerima nasihat dari segi penjagaan,
khususnya menitiskan ubat sebagaimana
dijadualkan, tidak tunduk dan tidak mengangkat barang yang berat. Proses ulang
alik dan menerima nasihat ini berlaku dalam tempoh lebih kurang dua bulan.
Anak-anak amat membantu dan bergilir mengiringi pemergian Penulis ke Universiti
Malaya.
Pada
pemeriksaan terakhir Penulis menerima tarikh temu janji bagi pemeriksaan bagi
pembedahan mata sebelah kanan ialah pada Isnin 12.10.2020, iaitu kurang dari
bulan dari pembedahan mata pertama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment