PEMBEDAHAN DILAKUKAN
(Fikrah
Bangi: 896),
BBB: 20 Ramadhan 1442H. = 02 Mei 2021M. (Ahad).
Selepas
tiba di tingkat 4, Menara Timur,
Hospital Mata, Universiti Malaya pada jam 7.30 pagi 19 Ogos 2020 dengan diiringi anakanda Ahmad Zakir dan
mendaftar, maka pihak petugas (nurse) memanggil nama yang mendaftar masuk ke
dalam bilik pertama dan diarahkan menyalin pakaian kepada kain dan baju biru
kelabu dan kepala memakai penutup sebagai topi nipis, manakala pakaian sendiri
yang disalin diminta dimasukkan ke dalam locker tidak berkunci, termasuk di
bawah disimpan selipar, manakala barang-barang peribada dan berharga seperti
kad pengenalan dan purse serta jam tangan diserah kepada anakanda di luar. Selepas
memakai pakaian khas di bilik berdekatan bilik air, pesakit setelah melalui cek
nama dan bergerak ke bahagian – Bilik Menunggu.
Bersama
dalam bilik menunggu, ada dua orang petugas, kebanyakan petugas di mana jua
adalah perempuan, kurang lelaki. Mereka
menerima arahan panggilan giliran ke bilik bedah. Bersama pesakit yang sama
menunggu adalah enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan, kesemuanya berusia
agak lanjut. Semua diambil ukuran suhu badan. Terdapat seorang yang gemuruh badannya dan naik suhu lebih
dari ukuran sepatutnya. Menurutnya dia telah datang beberapa kali, pada asalnya
ok, tetapi bila tiba giliran menunggu, suhu naik dan pada hari ini dia tidak
dapat dioperate kerana, suhunya mendadak naik.
Giliran
pembedahan bagi diri Penulis ialah ketiga. Panggilan awal pertama sejak 8.30
dan dia disorong oleh petugasdi atas kerusi roda dan dibawa merentasi beberapa
bilik ke bilik pembedahan. Tempoh penungguan lebih dari setengah jam untuk
panggilan seterusnya. Penulis menunggu, lebih dalam keadaan senyap dan berdo`a
kepada Allah mohon keselamatan, termasuk yang lain. Tiga yang lain bukan Islam.
Giliranku dipanggil jam 11.00 pagi dan disorong dengan wheelchair merentasai
beberapa bilik hingga berada di luar bilik bedah kurang lebih suku jam,
sementara menunggu persiapan tempat selepas pesakit sebelumnya selesai. Diri,
walaupun relatifnya tenang, tetapi dalaman penuh harap memohon Allah
mengurnikan keselamatan.
Bila
pintu dibuka dan disorong ke dalam kelihatan ruang bedah agak luas dengan satu
katil pembedahan dengan peralatan bedah utama di atas kepala dan bahagian
atasnya tergantung peralatan-peralatan
lain. Beberapa pembantu berada berdekatan. Penulis didekatkan kepada katil
pembedahan dan naik ke atas dan ditutup tubuh dengan selimut khas dari kaki ke
atas dan dipastikan diri dalam keselesaan.
Pada
bahagian atas, maksud kepala dibuka dan ditanya Penulis mata yang mau dibedah.
Penulis jawab adalah mata kiri. Soalan adalah sebagai pemastian dan melihat
ingatan Penulis.Pakar Mata yang membedah Penulis (dipastikan kemudian), ialah
Prof. Dr. Norlina. Pembedahan berjalan dan Penulis di dalam keadaan
sedar.Ketika pembedahan tidaklah berlaku kesakitan yang melampau. Dr. Dan pembantu
menyebut alat-alat yang digunakan. Agak rumit proses pembedahan dilakukan,
termasuk penggunaan bahan bagi meletakkan pada cornea mata bagi menggantikan
selaput katarak yang dikeluarkan. Dalam proses pembedahan itu Penulis
dapat melihat pergerakan peralatan di
atas kepala dan proses operasi yang berlaku melalui mata kanan Penulis yang
tidak dibedah. Setelah proses pembedahan berlaku lebih kurang setengah jam dan
mata kiri ditutup dengan pelindung mata (eye shield), cermin mata sebelah warna
kelabu meron yang dilekatkan dengan ribbon bergetah dari atas (tape).
Berikutnya setelah selesai operasi Penulis dipindahkan ke kerusi roda. Penulis
bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas. Pada
masa itu bila mata kiri yang dioperate dapat dilihat dari sebalik eye shield,
mata yang sebelum ini tidak dapat melihat, kini adalah cerah dengan kawalan
cahaya warna eye shield.
Dari
bilik bedah Penulis disorong balik ke bilik menunggu untuk berihat beberapa
masa, bagi memastikan sebarang
perkembangan yang berlaku. Penulis dipindahkan dari wheelchair ke kerusi
menunggi. Setiap mereka yang sudah siap dioperate dihidang dengan secawan air
milo dan tiga keping biskut seperti saiz biskut Jacob. Selepas minum perlu
berehat dalam masa lebih kurang satu jam. Sebenarnya bukan rehat semata-mata,
tetapi bagi mempastikan perkembangan lanjut, sekiranya berlaku apa-apa perkembangan
lanjut maka tindakan perlu dilakukan.
Berikutnya pesakit lain dipanggil menurut giliran. Bagi yang sudah selesai
seperti Penulis, menerima arahan-arahan dari petugas di dalam bilik berkenaan.
Dua orang, seorang daripadanya begitu peramah.
Setelah
menunggu lebih kurang satu jam, barulah dibenar
bergerak keluar dan anakanda di luar diberitahu. Setelah lepas dari bilik
menunggu bergerak ke bilik menyalin pakaian dan dapat ke toilet. Setelah
menerima pesanan dart petugas barulah Penulis dapat turun dan proses seterusnya
ialah mengambil ubat dari kaunter ubat. Oleh kerana menunggu giliran ambil ubat
agak lama, pada masa itu anakanda Muhammad Nasim juga hadir, maka Penulis terus
pulang ke Bangi dengan Ahmad Zakir dan urusan mengambil ubat diserahkan kepada
Muhammad Nasim. Ubat ini dihantar oleh Muhammad Nasim kepada Muhammad Nadzmi
yang datang dan membawa pulang ubat.
Semasa
bergerak pulang, cahaya bagi mata yang dibedah begitu kuat – becar dan bagi
mengurangkan cahaya yang kuat, bererti pembedahan berjaya, mata berkenaan
dipakai dan dilindungi dengan cermin mata hitam yang dibeli sebelumnya.
Tiada
yang dapat dilahirkan, kecuali al-hamdulillah dan bersyukur kepada Allah di
atas kembali berfungsinya mata kiri Penulis.
Sekian.
No comments:
Post a Comment