February 15, 2019

CALON BERKELAYAKAN : ISU PENGARUHI KEPUTUSAN


CALON BERKELAYAKAN: ISU PENGARUHI KEPUTUSAN
(Fikrah Bangi:  149),
BBB, 10 Jamadil-Akhir 1440H. = 15 Februari 2019M. (Juma`at):
Semlam Khamis kedua-dua parti utama yang bertanding di PRK Semenyih pada 2 Mac 2019 nanti, PH mengemukakan calon Muhammad Aiman Zainali (30) seorang muda lulusan Kejuruteraan Letrik dari UITM yang merupakan Bendahari Bersatu Hulu Langat, seorang jurutera. Beliau adalah menantu kepada  Bakhtiar Mohd Nor Bekas Adun PH yang meninggal 11 Januari 2019 yang lepas di Hospital Kajang.
Sementara itu pihak Umno juga mengumumkan calon yang akan menentang Aiman, iaitu Zakaria Hanafi (58), graduan UKM dalam bidang Sains Pentadbiran. Beliau merupakan Penolong Pegawai Tadbir di UKM dan merupakan Pengerusi Tetap Umno cawangan  Kampung Sasapan Kelubi, Hulu Langat.
Faktor  `Anak Tempatan` adalah menjadi kriteria utama pemilihan calon bagi kedua-dua parti. Masing-masing berkelulusan universiti. Kedua-dua calon adalah seimbang dari segi penawaran diri kepada pengundi untuk dipilih. Kedudukan  Zakaria Hanafi sebagai Pegawai Tadbir memberi kelebihan dari segi pengalaman yang dapat membantunya dari segi tadbiran jika dipilih, manakala  Aiman mempunyai kelebihan sebagai anak muda tempatan. Kedudukannyanya sebagai menantu Al-Marhum Bakhtiar mungkin dapat menarik sedikit simpati pengundi baginya meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh mertuanya - Bakhtiar.
Walau bagaimana adalah dilihat isu semasa akan lebih mempengaruhi  pengundi di dalam membuat pilihan. Pengaruh kerajaan Negeri Selangor yang sejak dari pemerintahan Pakatan Rakyat  (2008) hingga kini di bawah PH akan mempengaruhi pengundi bagi menerima mandat bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri sejak dari Pakatan Rakyat itu.
Namun isu pada peringkat parti dan nasiuonal akan mempengaruhi pertimbangan pengundi. Terakhir penerimaan 6   orang Wakil Rakyat dari Umno ke dalam PH, yang disifatkan sebagai `Sampah` menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan DAP, PKR, bahkan Amanah. Janji tidak mau menerima mereka dilanggar oleh pemimpin tertinggi PH. Tindakan yang tidak mengotakan kata  membawa perbalahan dan tidak mesra. Jika kalangan komponan dalam PH turun berkempen, maka tidak mesra dan tiada kesungguhan. Bersatu dilihat terlampau ghairah untuk menambahkan jumlah kerusi, walaupun tidak secara bersih. Rasa tidak puashati ini dijangka berterusan.
Isu menipu dari segi kelulusan setengah tokoh politik PH dan pemimpin pada peringkat negeri dan menteri pada peringkat Persekutuan memperlihatkan kalangan pemimpin dalam PH tidak jujur. Setelah didedahkan setengah daripada mereka membuat pengakuan, sedang yang lain masih membisu. Mereka ditafsirkan tidak diyakini kebolehan di dalam PH sendiri, sebab itu Perdana Menteri terpaksa menubuhkan EAC (Economic Action Council) bagi mengatasi kelemahan ekonomi kerajaan. Inilah taraf pemimpin yang dilihat di dalam PH. Isu-isu terbaru akan dibawa dalam kempen, ditambah dengan isu-isu sedia ada seperti tidak menunaikan janji dalam manifesto PH. Rintihan petani, nelayan, penoreh getah, peneroka Felda. Isu-isu yang tidak diperkatakan dengan terbuka seperti kebimbangan Melayu terhadap masa depan dan hak mereka yang semakin terhakis. Misalnya kedudukan bahasa Melayu yang makin dipinggirkan, ketuanan mereka dipersoalkan hingga menyebabkan timbulnya bantahan terhadap ICERD. Walaupun secara rasmi ICERD ditolak, tapi secara di bawah sedar ada tangan yang menggerakkannya. Lantaran itu dari survey yang dibuat oleh ILHAM terhadap pemerintahan 60% dari Melayu hilang kepercayaan.
Kelemahan dalam Umno, sebagai parti pembangkang diterima, mereka kekurangan dana untuk menggerakkan jentera parti secara besar-besaran dan akaun dibekukan. Keterlibatan pemimpin tertinggi parti itu dengan isu mahkamah menurunkan keyakinan yang menyebabkan yang kurang kukuh perdirian melompat parti. Penyokong Umno kini, iaitu Pas cuba diseretkan kepada isu  IMDB. Soal `Berbohong  Demi Parti` oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masih lagi menjadi tandatanya yang perlu diperjelaskan. Isu ini akan dijadikan modal politik dalam PRK Semenyih. Dua calon lain dari PSRM dan bebas, tidak memberi kesan pada keputusan pilihanraya. Mereka hanya menyemarakkan pertandingan semata-mata.
Semenyih maruah bagi PH dan juga Umno. Pemimpin PH dan Umno berusaha bagi memenangi DUN Semenyih untuk mengukuhkan kedudukan.
Sekian.

February 14, 2019

SETUJU PENDAPAT A.KADIR JASIN TENTANG EAC


SETUJU  PENDAPAT A. KADIR JASIN TENTANG EAC
(Fikrah Bangi: 148),
BBB,  09 Jamadil Akhir 1440H. = 14 Februari 2019M. (Khamis):
Pengumuman oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tentang ahli `Economic Action Council` (Majlis Tindakan Ekonomi) Negara yang terdiri dari 16 pakar dan profesional, menurut A. Kadir Jasin seorang Wartawan dan Pengkritik Terkenal, perlantikan kerana menteri-menteri dalam Pakatan Harapan kurang berkebolehan (The Star, 13.2.2019: 1). Kita bersetuju dengan pendapat A.Kadir Jasin berdasarkan  apa yang berlaku sejak lebih setengah tahun PH memerintah Misalnya:
Ekonomi Malaysia belum pulih dan rakyat tertekan dengan kenaikan kos hidup.
Janji-janji pilihanraya  yang dibuat yang diharap meringankan rakyat tidak ditunaikan.
Beberapa menteri yang jika diikuti dari awal bertindak tidak profesional dan berulang membuat kenyataan-kenyataan yang remeh yang dapat dipersoalkan.
Ketidakselarasan antara Menteri Kewangan dengan Menteri Ekonomi tentang projek tertentu yang sepatutnya tidak berlaku jika ada penyelarasan.
Ada menteri yang diberi tugas perpaduan, tidak mendukung hasrat pepaduan yang diharapkan. Banyak pihak menuntutnya meletakkan jawatan.
Isu terbaru beberapa menteri diragui dari segi kebenaran kelulusan akademik mereka. Ini bermakna ada penipuan berlaku yang jika benar adalah kesalahan yang dianggap serius. Ini juga mencerminkan tahap pemikiran mereka, terutama yang tidak mempunyai kelulusan yang selayaknya bagi menjadi menteri.
Dan banyak lagi contoh yang dapat diketengahkan.
Pendapat tentang kelemahan menteri-menteri ini bukan pertama kali ditonjolkan oleh A.Kadir Jasin, sebelum daripada itui Tun Daim Zainuddin, Bekas Menteri Kewangan  telah menegur tentang `Menteri Bergaduh` yang menurutnya ialah kerana `Kurang Pengalaman  dan tidak perform`.(Utusan Melayu, 1.2.2019: 8).
Kerana tidak berpuashati dengan prestasi mereka, maka Perdana Menteri menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Sebelum daripada ini, kerana banyak perkara yang tidak memuaskan beberapa kali dijangka Perdana Menteri akan mereshuffle Cabinet Menterinya, tetapi tidak berlaku. Tindakan menubuhkan  Majlis Tindakan Ekonomi Negara sebagai satu cara mengatasi kelemahan-kelemahan.
Walaupun pendapat A.Kadir Jasin itu tidak diterima bahawa menteri-menteri lemah, tetapi penubuhan  Majlis Tindakan Ekonomi Negara dikatakan adalah satu keperluan, maka dapat difahami erti  tersirat dibelakangnya.
Selain daripada itu agak lucu, persoalan mengenai prestasi menteri-menteri ini ditanya kepada menteri-menteri,  tentulah mereka tidak setuju dan tidak menerima pendapat sedemikian.
Mereka yang patut dikemukakan soalan mengenai prestasi menteri-menteri ialah mereka yang mengalami dari suasana pemerentahan yang dijalankan oleh mereka. Misalnya tanyakan  mereka yang di Felda, yang tidak dihapuskan hutang mereka. Hutang peneroka Felda dikatakan RM779  bilion. Peneroka yang kini berjumlah seramai 112,635 orang berhutang dianggar RM5 bilion. (BH. 6.12.2018: 1).
Adakah mereka merasa senang dengan penderitaan yang ditanggung mereka, khususnya harga sawit yang menurun ? Derita mereka berterusan (UM, 14.12.2018: 10).
Tanyalah juga pada nelayan, penoreh getah dan petani yang tidak diberi perhatian di dalam bajet yang lepas. Tanya juga pada warga miskin kota tentang kesaan ekonomi yang dialami.
Walau bagaimana penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara itu adalah baik. Mereka dapat memikir dan mengatasi masalah ekonomi negara yang antaranya disebut di atas. Memikirkan bagaimana melunaskan hutang negara yang pernah disebutkan satu trilion itu – Benarkah ?
Kita mengharapkan pakar-pakar ekonomi dan profesional yang berjumlah 16 orang itu dapat menyelesaikan kegawatan ekonomi yang dihadapi negara.
Sekian.

February 13, 2019

MENAMPILKAN CALON PALING TEPAT DI SEMENYIH


MENAMPILKAN CALON PALING TEPAT DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 147),
BBB, 08 Jamadil-Akhir 1440H. = 13 Februari 2019 (Rabu):
Sebelum tiba hari penamaan calon bagi PRK Semenyih pada 16 Februari, 2019 kini parti-parti politik , khususnya PH dan Umno yang akan bertanding  merebut kerusi DUN Semenyih, sudah pasti telah kenalpasti calon terbaik bagi setiap parti bagi merebut kerusi berkenaan. PH dijangka mengumumkannya esok. Sebelum ini telah berlaku calon-calon acah bagi melihat reaksi penduduk. PH dikatakan akan mengemukakan Siti Zaleha sebagai seorang selebriti, tetapi segera dinafikan oleh pihak PH. Dipihak BN pula ada mengaitkan Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim Bekas Menteri Besar Selangor sebagai calon bagi Umno. Tetapi reaksi dari parti itu, ramai lagi calon yang dapat diketengahkan.
Bagi pilihanraya kecil seperti Semenyih dalam mana pemilihan perlu dibuat dengan teliti perkara yang mau dielakkan ialah menampilkan calon `kitar semula`, lantaran ia akan memberi tanggapan bahawa parti yang menampilan calon `kitar semula` sebagai kekeringan tokoh dan tiada pembaharuan. Ciri yang menjadi perkiraan juga calon hendaklah `Anak Tempatan` yang perlu cukup syarat sebagai seorang calon. Kriteria yang popular juga, ianya hendaklah dari kalangan muda yang cergas dalam kegiatan parti dan masyarakat.
Melihat kepada demografi pengundi di Semenyih, tidak sebagaimana Semenyih sebelum perubahan sempadan pada 2014, kawasan ini terbahagi dua. Satu kawasan tradisi seperti Pekan Semenyi hingga Beranang memanglah kawasan tradisi, dan kosep anak tempatan memang sesuai. Tetapi Semenyih kini  tidak lagi bersifat tradsi, separuh daripadanya, iaitui Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah dua bandar baru dan tiada siapa boleh mendakwa sebagai anak tempatan. Jika dilihat kepada demografi ini DUN Semenyih mempunyai kewajaran menampilkan calon orang baru yang aktif dan intelektual. Perlu diingat dua kawasan ini adalah kawasan yang mempunyai dua institusi pengajian tinggi iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Uiversiti  Sain Islam Malaysia. Penduduk dari dua buah bandar berkenaan, sebahagian dari mereka adalah bekerja di institusi pengajian tinggi berkenaan. Jangan lupa ada sebuah lagi universiti di kawasan Semenyih, iaitu Nottingham University. Ertinya relevensi mau anak tempatan dan dari kawasan tradisi tidaklah begitu kukuh. Yang  wajar dengan keperluan semasa seorang calon yang dinamik, mempunyai kelulusan tinggi mewakili masyarakat intelektual dan dapat menyampaikan idea bernas di Dewan Undangan Negeri Selangor dan di mana berpeluang bagi menampilm wakil Semenyih yang dinamik.
Dalam hal ini PH nampaknya lebih awal menonjolkan dua dari  lima calon yang berpotensi, iaitu Wan Ahmad Faishal bin Wan Ahmad Kamal Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, dikatakan seorang yang cergas dan banyak bergiat di dalam kerja-kerja parti dan kemasyarakatan. Melihat kepada namanya, beliau nampaknya bukan sepenuhnya anak tempatan. Seorang lagi calon ialah Dr. Ahmad Faiz bin Na`man yang dikatakan menepati dengan kehendak parti dari orang muda dan intelektual. Namun sejauh mana ketepatan dari segi anak tempatan tidaklah jelas.
Manakala Umno nampaknya mau menampilkan calon wanita, iaitu Puan Rohani bt. Kasim pemimpin bahagian di Hulu Langat. Seorang lagi bakal calon ialah Azman Ahmad, jawatankuasa Umno Bahagian. Manakala seorang lagi ialah Ismail Sani Bekas Adun Dusun Tua. Umno nampaknya masih terikat dengan orang lama yang boleh disifatkan sebagai kitar semula. Tidak adalkah calon baru lebih muda dan intelektual ? Ada dua calom lain iaitu Sdr. Aru dari PSRM dan aktivis masyarakat iaitu Uncle  Kentang yang akan memeriahkan pertandingan.
Walau apapun ketepatan memilih calon amat penting. Kita menunggu hari pencalonan Sabtu nanti  yang mempastikan siapa calon sebenar.
Sekian

February 12, 2019

MESYUARAT NAZIR MASJID HULU LANGAT: FOKUS PENTADBIRAN


MESYUARAT NAZIR MASJID HULU LANGAT: FOKUS PENTADBIRAN
(Fikrah Bangi: 146).
BBB, 07 Jamadil-Akhir 1440H. = 12 Februari 2019M. (Selasa).
Kelmarin Isnin 11 Februari 2019 telah diadakan Mesyuarat Nazir-Nazir Masjid Hulu Langat, bagi kali pertama sejak mereka dilantik mulai awal 2019.Mesyuarat berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah, Hulu Langat di Bandar Baru Bangi mulai jam 9.30 pagi dihadiri 52 nazir atau wakil.
Tujuan diadakan mesyuarat ialah bagi menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh masjid  Dalam perutusannya Sahibul Sa`adah Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Agama Islam  Daerah Hulu Langat mengarah agar masjid-masjid menyerahkan laporan kewangan Masjid bagi bulan Julai hingga Disember 2018. Mesyuarat dpengerusikan oleh Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin, Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Hulu Langat dan Ketua Pengurusan Masjid, Hulu Langat.  Dalam arahan bertulis beliau pula meminta jadual Imam bertugas dan juga pengajaran di masjid hendaklah dihantar  pada setiap awal minggu setiap bulan.
Perkara yang dibincangkan  dalam mesyuarat antaranya Nazir diminta kepada  surau-surau di bawah masjid menghantar profile  surau kepada masjid untuk dihantar kepada PAID untuk dimasukkan ke dalam sistem e-masjid untuk mudah dirujuk oleh berbagai pihak. Permasalahan tanah perkuburan juga menjadi topik perbincangan kerana ada kubur yang telah penuh, laluan ke kubur melalui tanah pemilikan. Peruntukan yang diperlukan bagi pembaikan tanah perkuburan dan sebagainya.
Turut dibincangkan baik pulih Masjid Batu 10 Hulu Langat, kerana masjid itu ,menjadi laluan bagi MRT. Pembaikan seharusnya ditanggung oleh pihak MRT, kerana MRT yang menimbulkan masalah bagi ahli karian masjid berkenaan.
Dua buah Masjid baru iaitu Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi dan Masjid Al-Taqwa Bandar Bukit Mahkota diminta supaya mencadangkan dua orang Penolong Pendaftar Pernikahan bagi kedua-dua masjid.  Arahan akan dikeluarkan oleh pihak PAID, tapi jika kedua-dua masjid berkenaan membuat permohonan lebih awal (sebelum dikeluarkan arahan ) adalah lebih baik. Untuk perlantikan memakan masa yang lama, kerana calon-calon perlu di interview,menjalani kursus dan sebagainya yang memakan masa lebih dari setengah tahun.
Mesyuarat juga dimaklumkan agar masjid surau menghantar maklumat penyewaan yang ada pada masjis surau seperti peralatan pemancar tv, rumah sewa, harta waqaf dan sebagainya untuk dnilai dan diagihkan kepada masjid surau berkenaan dan membantu masjid surau yang daif.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa oleh kerana pada akhir tahun 2018 berlaku pertukaran pentadbiran melalui mesyuarat Agung, maka setiap masjid diminta menyerahkan borang penyerahan tugas dari jawatankuasa lama kepada jawatankuasa baharu.Seterusnya dibentengkan rekod penghantaran laporan kewangan bagi setengah tahun pertama 2018 dan setengah tahun kedua. Ternyata ada masjid yang masih belum dapat menghantar laporan berkenaan.
Juga dibentangkan laporan penerimaan imbuhan bagi masjid bagi tahun 2018.
Juga dibincangkan tentang sasaran masjid dan surau bagi tahun 2019. Format-format yang disediakan untuk dicontohi. Masjid dan surau mempunyi  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang seharusnya diikuti bagi mencapai piawayan disenaraikan.
Tujuan tidak lain bagi menjadikan masjid dan surau cemerlang di dalam pentadbiran, juga dari segi pengimarahan dan kegiatan kemasyarakatan.
Sekian.

February 11, 2019

IJAZAH PALSU: MEMALUKAN !


IJAZAH PALSU:  MEMALUKAN
(Fikrah Bangi:  145),
BBB: 6 Jamadil Akhir 1440H. = 11 Februari 2019M. (Isnin):
Mengejut dan memalukan  dengan tersiarnya berita di beberapa akhbar pada pagi ini bahawa ada kalangan Menteri dan Timbalan Menteri  dari PH  yang sedang memerintah sekarang dikatakan mempunyai ijazah tertentu, tetapi dipersoalkan kredibilitinya. Mereka yang dipaparkan:
1)       Senator Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Perniagaan. Ijazah dikatakan dari Cambridge International Universiti, Amerika bukan dari Universiti Cambridge, UK.
2)      Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan. Diploma Kulinari dari Institut Teknologi MARA.Perlu penjelasan.
3)      Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ijazah Sains Sosial dari Universiti Nasional Singapura. Kata Zuraida, beliau tidak pernah mendakwa sebagai lepasan NUS.
4)      Datuk Osman Sapian, Menteri Besar Johor. Diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia. Diragui dan akan membuat penjelasan
5)      Paul Yoong Choo Kiong, ADUN Tronoh Ijazah Sarjana Pentadbiran dan Perniagaan dari Universiti Akamal, Amerika Syarikat. Diragui dan belum membuat penjelasan
6)      Ahmad Faizal Uzumu, Menteri Besar Perak, Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowen, Perth , Australia.
(Sinar, 11 Februai 2019: hlm. 2.)
Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Ir. Dr We Ka Siong mempersoalkan  Lim Guan Eng  dan meminta penjelasan bagaimana beliau berjaya menjadi akauntan profesional bertauliah setahun sebelum memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Monash, Australia.
(Utusan Malaysia, 11 Februari 2019: hlm. 7).
Berita di atas benar-benar menggemparkan. Jika benar kalau tidak semua, walau sebahagian maka ia adalah satu penipuan dari segi akademik dan tidak bermaruah.
Pada masa Penulis belajar di UKM, pada peringkat permulaan  - tahun 1970-71 pihak akademik  UKM mengesan beberapa orang pelajar menipu dengan mengubah keputusan sijil mereka kepada keputusan yang lebih baik. Tiada ma`af bagi mereka, Semua mereka ditendang keluar.
Kita berharap kes yang ditimbulkan perlu disiasat oleh kerajaan, bahkan SPRM, maka jika terdapat unsur penipuan, maka mereka bukan sahaja perlu dipecat dari jawatan, bahkan perlu dihadapkan ke Mahkamah. Pihak atasan dari kalangan Menteri dan Timbalan Menteri seharusnya menunjukkan kelakuan yang baik dan tidak menipu. Jika Menteri menipu, dan dimaafkan, maka ia adalah  contoh yang tidak baik. Jika Kerajaan PH sekarang sedang berusaha menghapuskan rasuah dan perlakuan yang bercanggah dengan aturan dan undang-undang, maka selayaknya Menteri atau Timbalan Menteri tidak terlepas dari hukuman, bahkan sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat.
Kita tidak mau pemerintah kita terdiri dari kalangan mereka yang tidak jujur dan menipu. Pembersihan perlu dilakukan. Jika tidak rakyat akan membersihkan mereka melalui pilihanraya ke 15 kelak.
Sekian

February 10, 2019

PERTANDINGAN PERTAHAN KEMENANGAN DI SEMENYIH


PERTANDINGAN PERTAHAN KEMENANGAN DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 144),
BBB, 05 Jamadil-Akhir 1440H. = 10 Februari 2019M. (Ahad):
DUN Semenyih secara tradisi adalah dimenangi oleh BN, tetapi pada pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018) dimenangi oleh PH. Kemenangan oleh beberapa faktor. Paling utama ialah kemarahan  rakyat terhadap isu IMDB yang kesannya bukan saja terhadap Semenyih, tetapi di berbagai tempat dan negeri yang mengakibatkan tumbangnya BN kepada PH.
Perubahan persempadanan juga memberi kesan kepada kekalahan BN di Semenyih. Kemasukan kawasan Seri Putera dan Bukit Mahkota yang selama ini tidak memihak kepada BN membantu kemenangan PH. Secara tradisi pula sejak kedua bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota selepas tahun 2000 adalah penyokong bagi Pas. Kedua kawasan ini dibuka adalah pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang, tetapi pada permulaan ini, masih tidak ramai penduduk. Tetapi sekitar 2008 kedua-dua bandar ini telah ramai dengan penghuni dan Penulis yang bertanding bagi DUN Bangi pada pilihanraya ke 12, Penulis memang memberi perhatian terhadap kedua-dua bandar ini. Misalnya mengusahakan pembinaan Masjid Seri Putera dengan melancarkan dua kali pungutan derma yang kemudian masjid di situ dapat didirikan (Penulis adalah Penasihat bagi pembinaan masjid di situ). Pembukaan sekolah agama yang Penulis sama terlibat mengusahakan bagi mendapat sekolah itu adalah pada masa Penulis menjadi ADUN Bangi. Begitu juga, walaupu Masjid Bukit Mahkota didirikan dari dana kerajaan, tetapi pada peringkat permulaan Penulis sama melancarkan derma bagi masjid itu. Sekolah Rendah dan Menengah di Seri Putera adalah didiri dan digunakan di dalam masa Penulis menjadi ADUN Bangi. Kita juga mempromosikan Pasar Malam di kedua-dua tempat yang menjadi tempat pertemuan ADUN dengan rakyat. Soal keselamatan juga diberi keutamaan. Penulis juga sering dijemput ke acara-acara yang dilakukan oleh pihak pembangunan Seri Putera (Swasta). Juga acara berbagai sambutan dan perayaan dan sukan.  Penulis mendapat sokongan yang solid di kedua-dua bandar itu (seperti Bandar Baru Bangi). Sebenarnya dengan 69.256 peratus pengundi Melayu di Semenyih (dengan kemasukan Seri Putera dan Bukit Mahkota) Pas mampu bertanding pada DUN Semenyih sekarang. Kita percaya kini berlaku perubahan persepsi pengundi di kedua-dua bandar ini terhadap PH sesudah berlaku perubahan persepsei rakyat yang menurut kajian Ilham, bahawa 60% pengundi Melayu kini tidak lagi berpihak kepada PH.
Walau bagaimana dengan kerjasama Umno dan Pas dijangka lebih memberi kekuatan kepada Umno. Kemenangan PH di Semenyih buklanlah dengan majoriti yang kukuh (8,964). Jika dicampur undi Umno dan Pas, PH hanya melebihi undi sekitar 1,000 sahaja. Ini pada masa PH mendapat sokongan kuat, tetapi dalam keadaan kini jumlah kelebihan 1,000 ini mudah dapat di atasi. PH dijangka mendapat undi solid dari kalangan orang Cina terutama dari Bandar Semenyih dan kawasan Broga disamping undi  Melayu yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat sebelum PH. Tetapi adalah dijangka PH tidak akan mendapat undi solid dari kaum India, kerana adalah dimaklumi Semenyih bersama kawasan West Country  di Kajang adalah kawasan kuat bagi PSRM. Ketuanya saudara Aru adalah bergerak di dua tempat ini. Kaum India amat menghormati komitmen saudara Aru terhadap kaum India di Semenyih dan Kajang. PSRM menyatakan hasrat untuk bertanding di Semenyih dan kaum India seperti masa-masa yang lepas tetap memberi sokongan kepada saudara Aru. Bagaimanapun semasa Penulis menjadi ADUN Bangi Aru dan pengikut-pengikutnya bersama PKR dan memberi sokongan kepada ADUN Bangi.
Adalah dilihat PH akan mendapat sokongan dari Bandar Semenyih dan sekitar Broga. Tiada tempat solid yang jelas bagi PH dari pengundi Melayu, kecuali sekitar  Kampung Pasir hingga ke Tekali, Beranang dan perkampungi dari Bangi Lama ke Semenyih.
Walau bagaimana sebagai kerajaan yang memerintah, maka dalam masa  tidak sampai sebulan ini pihak PH akan melonggokkan berbagai projek di Semenyih, bantuan dan janji-janji yang mau menarik sokongan penduduk. Bagaimanapun kita percaya semangat dan kesedaran rakyat sebagaimana berlaku di Cameron Highlands akan melarat ke Semenyih.
Sekian.

February 9, 2019

DUN SEMENYIH: LATAR DAN PENGALAMAN


DUN SEMENYIH: LATAR DAN PENGALAMAN
(Fikrah Bangi, 143),
BBB, 04 Jamadil-Akhir 1440H. = 9 Februari 2019M. (Sabtu).
Pilihanraya DUN N24 Semenyih yang akan berlangsung pada  02 Mac 2019, menarik perhatian. Ini adalah DUN keempat berlaku pilihanraya kecil di Selangor selepas pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018). Pilihanraya telah berlangsung pada peringkat negeri Selangor, ialah DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Semua pilihanraya kecil berkenaan yang berlaku di negeri Selangor itu dimenangi kembali – dipertahan oleh PH sebagai kerajaan yang memerintah baik pada peringkat Persekutuan atau pada peringkat negeri Selangor. Tapi apakah pilihanraya kecil DUN Semenyih bakal berlangsung itu akan terus dimenangi dan dipertahan oleh PH ? Suasana politik tanahair sebenarnya terus berubah Land marks politik terbaru  yang semacam `Arus Balik`, ialah kekalahan PH pada pilihanraya Parlimen Cameron Highlands dimenangi oleh BN dengan majoriti yang besar. Dengan kemenangan ini semangat  BN khususnya dari pimpinan Umno yang dipimpin oleh Mohamad Hasan kembali bersemarak. Banyak pihak melihat pilihanraya ini merupakan mempertahankan maruah bagi PH, tetapi juga peluang bagi BN, khususnya Umno  untuk merampas DUN Semenyih bagi memperkukuhkan kembali kedudukan Umno. Khir Toyo Bekas Menteri Besar Selangor  berpendapat bahawa,  ``BN berpeluang menang di DUN Semenyih.``  diperkukuh  dengan obor Semangat Cameron Highlands, juga realiti pengundi di Dun Semenyih serta situasi politik semasa negara.
Dun Semenyih N24 adalah berbeza dari pilihanraya sebelum 2014. Persempadanan baru bagi DUN Semenyih kini memasukkan sebahagian kawasan yang dahulu di bawah DUN Bangi menjadi sebahagian dari DUN Semenyih, dua kawasan penting yang dimasukkan ialah Seri Putera dan Bukit Mahkota. Kedua-dua kawasan ini adalah mirip DUN Bangi, atau lebih khusus ialah Bandar Baru Bangi. Bermaksud kawasan ini adalah perluasan dari kawasan Bandar Baru Bangi yang telah penuh dari segi kependudukan, maka kependudukan  berkembang hingga ke Seri Putera  dan Bukit Mahkota. Pola kependudukan adalah menyerupai Bandar Baru Bangi.  Kependudukan di kedua Bandar ini sebagaimana Bandar Baru Bangi adalah lebih 95% adalah Melayu. Mereka yang menghuni di kedua bandar ini kebanyakan berkhidmat di institusi-institusi pengajian tinggi yang berada di bandar-bandar itu atau sekelilingnya. Sebahagian pula adalah pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan dan swasta. Pendek kata penduduk di Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah dari kalangan menengah atas. Kedua-dua bandar ini sebagaimana Bandar Baru Bangi mementingkan kehidupan beragama dan bermasyarakat sejahtera. Selain dari dua bandar ini, kawasan Semenyih yang lain ialah kawasan sedia ada seperti Pekan Semenyih itu sendiri yang sebahagian daripada mereka ialah orang Cina,, manakala yang lain adalah kawasan tradisional Melayu seperti perkampungan dari Bangi Lama ke Semenyih, Beranamg, kampung Pasir  ke Tekali dan kawasan Broga.
Pola pengundi memperlihatkan bahawa kawasan N24 adalah didominasi oleh kaum Melayu.  Dari segi jumlah pengundi adalah sebagaimana berikut:
Jumlah pengundi DUN Semenyih ialah  54,503 orang. Daripada jumlah di atas:
Pengundi Melayu  36,857  merupakan 69.256 peratus
Cina 8,939 merupakan 18.896 peratus
India 7,062  merupakan 13.396 peratus.
Penulis sendiri amat kenal rapat dengan kawasan kependudukan DUN Semenyih dan penduduknya, kerana semasa Penulis bertanding sebagai ADUN Kajang  (1999-2004), maka sebahagian dari Dun Semenyih sekarang termasuk sebahagian Pekan Semenyih adalah sebahagian DUN Kajang yang Penulis menjadi ADUN pada masa itu, manakala semasa Penulis menjadi ADUN Bangi (2008-2013), maka Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah menjadi sebahagian dari DUN Bangi yang Penulis memenangi DUN Bangi (2008-2013). Pendek kata kawasan DUN Semenyih adalah kawasan yang rapat dengan hati Penulis. Penulis bukan  setakat  menjadi ADUN bagi Kajang dan Bangi, tetapi pernah menjadi YDP Pas Hulu Langat dan juga YDP Pas Serdang yang merangkumi semua kawasan berkenaan..
Penulis akan  menulis sebagai memoir Penulis berhubung dengan DUN Semenyih dan yang berhubung dengannya.
Sekian.