PERTANDINGAN PERTAHAN KEMENANGAN DI
SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 144),
BBB, 05 Jamadil-Akhir 1440H. = 10 Februari
2019M. (Ahad):
DUN Semenyih secara tradisi adalah dimenangi
oleh BN, tetapi pada pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018) dimenangi oleh PH.
Kemenangan oleh beberapa faktor. Paling utama ialah kemarahan rakyat terhadap isu IMDB yang kesannya bukan
saja terhadap Semenyih, tetapi di berbagai tempat dan negeri yang mengakibatkan
tumbangnya BN kepada PH.
Perubahan persempadanan juga memberi kesan
kepada kekalahan BN di Semenyih. Kemasukan kawasan Seri Putera dan Bukit
Mahkota yang selama ini tidak memihak kepada BN membantu kemenangan PH. Secara
tradisi pula sejak kedua bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota selepas tahun
2000 adalah penyokong bagi Pas. Kedua kawasan ini dibuka adalah pada masa
Penulis menjadi ADUN Kajang, tetapi pada permulaan ini, masih tidak ramai
penduduk. Tetapi sekitar 2008 kedua-dua bandar ini telah ramai dengan penghuni
dan Penulis yang bertanding bagi DUN Bangi pada pilihanraya ke 12, Penulis
memang memberi perhatian terhadap kedua-dua bandar ini. Misalnya mengusahakan pembinaan
Masjid Seri Putera dengan melancarkan dua kali pungutan derma yang kemudian
masjid di situ dapat didirikan (Penulis adalah Penasihat bagi pembinaan masjid
di situ). Pembukaan sekolah agama yang Penulis sama terlibat mengusahakan bagi
mendapat sekolah itu adalah pada masa Penulis menjadi ADUN Bangi. Begitu juga,
walaupu Masjid Bukit Mahkota didirikan dari dana kerajaan, tetapi pada
peringkat permulaan Penulis sama melancarkan derma bagi masjid itu. Sekolah
Rendah dan Menengah di Seri Putera adalah didiri dan digunakan di dalam masa
Penulis menjadi ADUN Bangi. Kita juga mempromosikan Pasar Malam di kedua-dua
tempat yang menjadi tempat pertemuan ADUN dengan rakyat. Soal keselamatan juga
diberi keutamaan. Penulis juga sering dijemput ke acara-acara yang dilakukan
oleh pihak pembangunan Seri Putera (Swasta). Juga acara berbagai sambutan dan perayaan
dan sukan. Penulis mendapat sokongan
yang solid di kedua-dua bandar itu (seperti Bandar Baru Bangi). Sebenarnya
dengan 69.256 peratus pengundi Melayu di Semenyih (dengan kemasukan Seri Putera
dan Bukit Mahkota) Pas mampu bertanding pada DUN Semenyih sekarang. Kita
percaya kini berlaku perubahan persepsi pengundi di kedua-dua bandar ini terhadap
PH sesudah berlaku perubahan persepsei rakyat yang menurut kajian Ilham, bahawa
60% pengundi Melayu kini tidak lagi berpihak kepada PH.
Walau bagaimana dengan kerjasama Umno dan Pas
dijangka lebih memberi kekuatan kepada Umno. Kemenangan PH di Semenyih buklanlah
dengan majoriti yang kukuh (8,964). Jika dicampur undi Umno dan Pas, PH hanya
melebihi undi sekitar 1,000 sahaja. Ini pada masa PH mendapat sokongan kuat,
tetapi dalam keadaan kini jumlah kelebihan 1,000 ini mudah dapat di atasi. PH
dijangka mendapat undi solid dari kalangan orang Cina terutama dari Bandar
Semenyih dan kawasan Broga disamping undi Melayu yang masih kekal menyokong Pakatan
Rakyat sebelum PH. Tetapi adalah dijangka PH tidak akan mendapat undi solid
dari kaum India, kerana adalah dimaklumi Semenyih bersama kawasan West Country di Kajang adalah kawasan kuat bagi PSRM.
Ketuanya saudara Aru adalah bergerak di dua tempat ini. Kaum India amat menghormati
komitmen saudara Aru terhadap kaum India di Semenyih dan Kajang. PSRM menyatakan
hasrat untuk bertanding di Semenyih dan kaum India seperti masa-masa yang lepas
tetap memberi sokongan kepada saudara Aru. Bagaimanapun semasa Penulis menjadi
ADUN Bangi Aru dan pengikut-pengikutnya bersama PKR dan memberi sokongan kepada
ADUN Bangi.
Adalah dilihat PH akan mendapat sokongan dari
Bandar Semenyih dan sekitar Broga. Tiada tempat solid yang jelas bagi PH dari
pengundi Melayu, kecuali sekitar Kampung
Pasir hingga ke Tekali, Beranang dan perkampungi dari Bangi Lama ke Semenyih.
Walau bagaimana sebagai kerajaan yang
memerintah, maka dalam masa tidak sampai
sebulan ini pihak PH akan melonggokkan berbagai projek di Semenyih, bantuan dan
janji-janji yang mau menarik sokongan penduduk. Bagaimanapun kita percaya
semangat dan kesedaran rakyat sebagaimana berlaku di Cameron Highlands akan
melarat ke Semenyih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment