SEBAHAGIAN SEMENYIH DI BAWAH DUN KAJANG: TERLIBAT POLITIK
KAITAN ANWAR
(Fikrah Bangi 160),
BBB, 21 Jamadil Akhir 1440H. = 26 Februari
2019M. (Selasa):
Semenyih bukanlah asing bagi Penulis, sering
ke sana apabila ada urusan keluarga dan Peribadi, tetapi dengan adanya
pilihanraya kecil pada 2 Mac 2019 nanti
dan kini kempen sedang rancak berjalan oleh calon-calon parti bertanding,
bahakan hari ini hari pengundian awal,
maka beberapa hari sebelum Sabtu 23 Februari 2019 lepas Penulis berbincang
dengan saudara Azizi untuk meninjau kehangatan PRK di Semenyih. (Saudara Azizi
adalah pengiring, juru gambat dan teman Penulis semasa menjadi ADUN Bangi
(2008-2013). Hubungan baik berterusan hingga kini. Bila ada function yang
sesuai, maka Penulis menjemput saudara
Azizi untuk bersama.
Demikian setelah membuat janji dengan saudara
Azizi, maka pada hari Sabtu 23 Februari 2019 adalah tarikh sesuai bagi kami mengunjungi DUN
Semenyih. Kami berjanji untuk bertolak mulai jam 3.00 petang. Maka tepat jam
3.00 saudara Azizi yang tinggal di Kajang Utama sudah tiba di rumah Penulis di
Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi.
Kunjungan ini bukan sekadar kunjungan biasa,
tetapi revisit dan menelusuri kembali kenangan Penulis menjadi ADUN Kajang
(1999-2004) yang mana sebahagian dari Semenyih, khususnya kawasan Kampung Baru adalah
menjadi sebahagian dari DUN Kajang. Ertinya Semenyih menjadi tempat kempen
Penulis dan pembantu-pembantu parti bagi memenangi Kerusi Dun Kajang yang
sebahagiannya Semenyih menerusi PAS yang pada masa tersebut bekerjasama dengan
PKR dan DAP. Ianya juga bererti Semenyih adalah tempat bergiat Penulis dan
pembantu-pembantu turun padang di kawasan Semenyih bagi menjalankan kegiatan
dan khidmat masyarakat ADUN dan parti-parti penyokong.
Menelusuri kenangan adalah sebagai menjejaki kembali denai-denai pengalaman
pahit, manis dan cabaran yang dilalui oleh seoranmg ADUN Pembangkang dari Parti
Pas di DUN Kajang, termasuk sebahagian dari Semenyih. Terkadang teringat juga,
pada permulaan sebagai satu yang hampir mustahil seorang calon PAS, khususnya
Penulis sanggup menerima tawaran menjadi calon di kawasan majoriti Cina dan
bukan Melayu (51%), sedangkan pengundi Melayu hanya (49%). Sedangkan sebelum
itu, sesiapa yang bertanding dimana-mana kerusi pembangkang, khususnya Pas,
maka kebiasaannya hilang deposit.
Penulis juga sering bertanya diri, bagaimana
diri yang tidak memberi perhatian pada politik, sebaliknya menumpu penuh
perhatian pada profesion pensyarah sejak (1976-1999), tiba-tiba peluang untuk menyambung
kontrek sebagai Pensyarah selepas tempoh bersara masih terbuka (untuk
dilanjutkan dua tahun lagi), tetapi Penulis tidak menyambung kontrek,
sebaliknya tiba-tiba menerima tawaran untung bertanding di kawasan yang dapat
dikatakan hampir `confirm` pada masa itu
akan kalah.
Meneliti catatan peristiwa berlalu, Penulis
terkesan dengan kegawatan politik yang berlaku pada masa itu, iaitu peristiwa
saudara Anwar Ibrahim ditangkap dan dijail. Saudara Anwar Ibrahim adalah
Pemimpin mahasiswa dan Belia sejak 1969.
Beliau adalah menjadi ikutan bagi pemimpin-pemimpin mahasiswa bagi Universiti
Malaya, UKM (Penulis EXCO) dan MARA. Bila beliau keluar dari UM
dan menjadi Pemimpin ABIM yang pejabat di Jalan Pantai dekat UKM, selain dari
Kg. Baru), beliau juga menjadi inspirasi
perjuangan mahasiswa. Mahasiswa selalu mengikuti kursus dan bimbingan ABIM ke
berbagai tempat. Pendek kata kepimpinannya terus melonjak hingga masuk UMNO,
jadi Menteri Belia dan Sukan dan seterusnya sampai kepada Timbalan Perdana
Menteri.
Pada sebelum 1999 saudara Anwar ditangkap dan
semasa di dalam penjara beliau sebenarnya
mendaftar sebagai pelajar Ijazah Master
di IBKKM di bawah Penyelia Profesor Dr. Syed Nagib al-Attas. Beliau antaranya dinasihat berhubung
dengan Penulis untuk mendapat bahan rujukan. Penulis memang menerima surat dari
penjara – dari saudara Anwar memohon bahan-bahan bacaan dan Penulis memang
menghantar bahan-bahan yang difikirkan diperluai oleh saudara Anwar. Hubungan
ini dan peristiwa lebih dahsyat dilalui Anwar adalah pertama yang menggerak
Penulis menceburi diri dalam politik ... bersambung.
Sekian.
Telah menjadi sejarah,Orang itu kini tetap menyerang PAS walaupun PAS yang mempertahankan aibnya dari terus dicela sewaktu gelombang fitnah dulu.
ReplyDelete