SIFAT TERBUKA PARTI PENTING – TIDAK SENTIMEN
TEMPATAN
(Fikrah Bangi: 150),
BBB, 11 Jamadil-Akhir 14340H. = 16 Februari
2019M. (Sabtu):
Kebetulan berita hari ini tentang hasrat
Bersatu masuk Sabah, maka tanpa berpihak kepada mana-mana parti, kita bersetuju
agar tiada mana-mana parti di Malaysia dilarang memasuki ke mana-mana negeri di
Malaysia, kerana ianya mempunyai kesan yang tidak baik bagi kebebasan berparti
di sesuatu negeri. Secara berbetulan yang menjadi isu ialah di Sabah yang mana
selepas kemenangan PH pada pilihanraya ke 14 dan Sabah dengan Parti Warisan
juga turut memenangi pilihanraya berkenaan selepas ada adun lain yang memasuki
parti itu dan menguasai majoriti di negeri itu. Warisan kini menjadi sebagai
parti yang selari dengan pemerintah PH. Maka bagi mempertahankan kedudukan
Warisan, terutama bagi masa hadapan parti itu mengharapkan pihak PH, khususnya
Bersatu tidak masuk ke Sabah agar Warisan tidak terancam pada masa hadapan.
Hasrat ini memang baik bagi pemerintahan di Sabah pada masa kini, tetapi
bagi kebebasan berparti pada masa
hadapan kurang baik dari segi kebebasan berparti dan demokrasi. Contoh ini
dapat dilihat umpamnaya sekatan secara persetujuan Umno dan BN daripada
memasuki ke Sarawak dan parti itu tidak
memasuki Sarawak. Masalahnya dengan melarang parti lain boleh membuka ruang
kepada parti-parti bersifat kenegerian subur dan boleh menimbulkan sikap anti
terhadap Federal dan sebagainya. Misalnya meniumbulkan kesatuan parti yang
bersifat kenegerian dari dimasuki yang dianggap sebagai dari luar. Perkembangan
sedemikian jika berlaku adalah dianggap tidak sihat.
Dalam konteks parti Warisan di Sabah, bermula
dari Datuk Seri Shafie Afdhal dipecat
dari Umno oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib, untuk survival
dalam politik beliau menubuhkan Warisan
yang lebih berinspirasikan Sabah. Atas kepentingan dan perjuangan `Sabah
for Sabahans` sebagaimana `Sarawak for Sarawakians`, parti beliau mendapat
dokongan rakyat Sabah. Bagi mempertahankan kedudukan Warisan dan kepimpinan
Warisan mengharapkan agar parti dar PH
seperti Bersatu tidak masuk ke Sabah.
Ini nampaknya dipersetujui pada peringkat permulaan, tetapi maklumat terbaru
nampaknya Bersatu mau memasuki Sabah seperti juga PKR, Dap dan sebagainya. Dari
segi Bersatu, tentulah ianya tidak mau ketinggalan dari PKR, DAP danb
sebagainya. Hujah kita bukan membela Bersatu, tetapi dengan tidak membenarkan
parti lain masuk ke satu-satu negeri dan diharapkan parti tempatan akan terus
dominan, dari segi jangka panjang tidak baik, kerana ianya boleh membawa kepada
sentimen kenegerian yang tinggi dan anti terhadap parti yang bukan tempatan
(Negeri). Keadaan ini mungkin tidak berlaku kini, tetapi boleh membawa
perkembangan kurang sihat pada masa hadapan. Sebaiknya semua parti berhak
bertapak di mana saja di Malaysia. Untuk survival, Warisan seharusnya menjadi
komponan dalam PH dan seharusnya mempunyai cita-cita besar bagi meluaskan parti
bukan saja di Sabah, tetapi ke seluruh Malaysia. Tetapi tentulah Warisan perlu
meluasakan skop perjuangan bukan setakat Sabah, tetapi terbuka kepada semua pihak.
Kita tidak memihak kepada satu pihak, tetapi
sifat terbuka dan menawarkan diri kepada semua pihak adalah penting bagi
mendapat sokongan dari berbagai pihak. Tentulah pada masa ini Warisan melihat
kepada hasrat Bersatu mau masuk ke Sabah, sebagai satu ancaman, tetapi bagi
Warisan perlu berfikir secara terbuka dan meluaskan diri kepada semua..
Warisan perlu memikirkan kaedah terbaik agar
ianya menjadi parti yang dapat diterima semua rakyat bukan saja di Sabah, tetapi juga di
Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment