KEPIMPINAN TOK MAT TERUS DIUJI
(Fikrah Bangi: 154),
BBB, 15 Jamadil-Akhir 1440H. = 20 Februari
2019M. (Rabu):
Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendepani ujian
kepimpinan. Mutakhir kerusi yang dimenanginya di DUN Rantau Negeri Sembilan diisytihar sebagai
tidak sah oleh mahkamah pada Isnin 18 Februari 2019. Keputusan dibuat panel
lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum. Sebagai reaksi Tok Mat akur dengan keputusan
Mahkamah Persekutuan berhubung dengan petisyen membatalkan kemenagan beliau di
DUN Rantau pada PRU 14, menyatakan, ``Saya akan bertanding semula di Rantau.``
bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Begitu juga calon PKR Dr. S. Streram yang
memfailkan petisyen mau bertanding semula. Pilihanraya yang akan dihadapi oleh
Tok Mat merupakan siri ujian terhadap kepimpinannya setelah ia sebagai Timbalan
Presiden Umno mengambil alih kepimpinan
Umno dan menjalankan tugas-tugas Presiden beikutan Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilantik menjadi
Presiden pada 30 Jun 2018, mengambil keputusan menyerahkan jawatan kepada Tok
Mat (18 Disember 2018) setelah merajui kepimpinan selama setengah tahun.
Sebagaimana telah disebut pada masa Najib menjadi Presiden Tok Mat agak
terlindung dan kepimpinannya tidak trerserlah.
Penyerlahan kepimpinannya apabila beliau
dengan Datuk Ismail Sabri Naib Presiden
yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mampu membuat pilihan tepat pada
pilihanraya Parlimen Cameron Highlands dan berjaya mempertahankan kerusi itu (26.1.2019)
dengan majoriti yang besar (3,238).
Adalah diakui kerjasama antara Umno dan Pas menjadi salah satu faktor yang
membawa kepada kemenangan Umno di Cameron Highlands. Dengan kemenangan ini
kepimpinan Tok Mat mulai terserlah.
Sebagaimana disebut bahawa obor kemenangan ini
akan dibawa kepada pilihanraya Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac 2019.
Adalah dilihat bahawa kawasan yang mempunyai tinggi jumlah pengundi Melayu ini
(69.256%) berpotensi untuk dimenangi oleh Umno, oleh kerana kawasan ini dari
segi tradisinya adalah kawasan Umno sebelum dimenangi oleh PH pada pilihanraya
ke 14 lalu. Adalah diharap kerjasama yang telah berlangsngf antara Umno dan Pas
sebagaimana di Cameron Highlands akan diteruskan. Adalah dilihat bahawa dengan
kerjasama ini menggugat PH di Semenyih, maka usaha bagi memecahkan kerjasama
ini dilakukan. Antaranya menyeret Pas kepada isu IMDB. Kaitan dengan
perundangan memanglah satu cara menjatuhhkan lawan bila ada kemungkinan kaitan
dengan sesuatu kes. Walaupun Pas menafikan dari terlibat, tetapi kelihatan
berlaku kelamkabut di kalangan Pas. Adalah tidak jelas bagaimana membawa kepada
pertemuan Presiden Pas bersama Setiausaha dan Menteri Besar Terengganu yang
membawa kepada kenyataan, bahawa hubungan Pas dengan Umna diteruskan dalam
pilihanraya Semenyih, tetapi degree kerjasama lebih rendah dari kerjasama
dengan Umno pada pelihanraya di Cameron Highlands dan Pas akan mempertahankan
Dr. Mahathir jika ada usaha untuk menjatuhkannya. Tanpa membicarakan implikasi
terhadap Pas dengan ungkapan ini, dilihat dari segi kerjasama dengan Umno,
ianya seolah-olah mengganggu kelicinan Umno menghadapi pilihanraya kecil di
Semenyih. Namun kita percaya ianya tidak sangat mempengaruhi pengundi akibat tindakan Pas yang
memasalahkan dirinya. Baik Tok Mat, Ismail Sabri dan Ashraf Wajdi, mereka bersangka
baik terhadap Pas yang berubah sikap itu. Sekaligus ia adalah ujian kepimpinan
Tok Mat yang bakal menghadapi PRK Rantau dan tentulah mengharap kerjasama
dengan Pas akan berterusan. Mereka semua bertenang dan tidak membuat komen yang
boleh mengusutkan keadaan.
Situasi yang dihadapi oleh Tok Mat dan
rakan-rakan sedang dinilai oleh pengundi-pengundi
di Semenyih, di samping menilai terhadap PH yang makin terserlah permasalahan
kepimpinan di dalam PH. Andainya pilihanraya Semenyih ini berpihak kepada Umno,
maka ia adalah satu kemenangan moral bagi Tok Mat dan rakan-rakan. Sudah
tentulah ianya akan menjadi ubur kedua bagi Tok Mat dan rakan-rakan. Kemenangan
di Semenyih jika berlaku, memudahkan jalan ke Rantau dan ianya akan lebih
menyerlahkan kepimpinan Tok Mat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment