BUBAR PARLIMEN PAS BERTANDING DI KAJANG
(Fikrah Bangi: 162),
BBB, 23
Jamadil-Akhir 1440H. = 28 Februari 2019M. (Khamis).
Parlimen dibubarkan pada 10.9.1999 bagi
memberi laluan bagi pilihanraya ke 10. Hingga ke peringkat ini Penulis belum
pastai sama ada dikehendaki bertanding atau tidak, tetapi sejak dilantik Ketua
Cawangan bagi kawasan 1/3K, Bandar Baru Bangi Penulis telah terlibat dengan kegiatan Pas dan
dibawa ke seluruh tempat bukan saja di kawasan Kajang, tetapi hampir ke seluruh
Hulu Langat dan pernah berceramah dengan kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang (Di Teras Jernang 10 Julai 1999), bersama Mat Sabu dan Dr. Hatta Ramli (12.7.1999) di Kuala Pajam, di Taman Melewar
dengan kehadiran Presiden Pas Dato` Fadzil Nor (18.7.1999), bersama dengan
pemimpin-pemimpin parti Alternatif di Restoran Ayu, Batu 10, Cheras (4.8.1999),
di Sungai Tekali bersama Cikgu Fadhil (arwah .15.8.1999), Ceramah di Kg.
Sentosa, Semenyih (12 September 1999), Menyertai Ijtima` `Ulama` di Melewar (2.9.1999),
berceramah dengan Ketua Pemuda Pas Mahfuz Omar di Jalan 6, Bandar Baru Bangi
(3.9.1999), Berceramah bersama Lim Guan Eng di Sungai Long (8.9.1999) di
kawasan majoriti tinggi Cina dua hari sebelum Parlimen dibubarkan.
Dengan bubar Parlimen ceramah tidak terhenti,
sebaliknya makin dipertingklatkan. Pada peringkat ini timbul spekulsi tentang
calon-calon yang akan bertanding.
Pada 15 November, 1999 kami bersama dari Hulu
Langat ke Taman Melewar bersama Tuan Haji Yunin Bendahari Hulu Langat dan Cikgu
Fadhil dari Dusun Tua dan pada hari itu keluar maklumat bahawa Penulis kena
bertanding di Beranang di mana Penulis telah dibawa ke situ beberapa kali.
Berikut dari berita itu pada 17.11.1999 Penulis ke Beranang meninjau keadaan
setempat.
Walau bagaimana pada 18.11.1999 sekali lagi ke
Melewar dan pada hari ini diumumkan oleh
Setiausaha Agung Pas Ustaz Hasan Shukri,
bahawa aku dikembalikan ke rancangan awal bertanding di Kajang, Cikgu Fadhil di
Dusun Tua, manakala Haji Zainuddin Lapos
bertandimg di Beranang, dan Saudara Mohd Nor Nawawi bertanding pada peringkat
Parlimen Hulu Langat, manakala Dr. Che Rusli Che` Mat Yang Dipertua Pas Hulu
Langat, tidak bertanding di Hulu Langat, sebaliknya memilih pulang bertanding
di Perlis bersama Dr. Haron Din. Pimpinan Pas Hulu Langat dipangku oleh
Setiausaha Perhubungan Dr. Hamirdin Isnin. Pada hari berikutnya sebok dengan kempen dan
persiapan mendaftar calon pada
20.11.1999 di Dewan Bandaran Kajang. Calon-calon dari Pas yang tersebut
di atas adalah bergerak dengan penyokong-penyokong dari Masjid Kajang ke Dewan Perbandaran Kajang.
Semuanya berjalan lancar.. Selama 10 hari adalah hari yang sebok dengan kempen
dan memperkenalkan calon-calon kepada pengundi-pengundi yang akan membuang undi
pada 29. 11. 1999 (Isnin). Dalam masa sepuluh hari ini Penulis dengan
penyokong-penyokong berkunjung dan berkempen kepada seluruh kawasan DUN Kajang.
Bermula ke seluruh Seksyen Bandar Baru Bangi (16 Seksyen), ke Pekan Bangi (Seri
Putera dan Bukit Mahkota belum dihuni),, UKM ke Jalan Reko. Ke Jalan Bukit dan Bukit Kajang, Kajang Mewah
dan Kajang Utama. ke Sungai Ramal Dalam
dan Luar. Ke Taman Mesra, ke Jenaris, ke
Jalan Cheras ke Batu 10 hingga ke Pusat Latihan Polis. Juga Taman Tun Hussein
Onn dan kawasan hinggalah ke Jalan ke Tol Kajang. Ke Sungai Long, Taman Rakan, ke Jalan Semenyih
dan Semenyih. Jumlah pengundi adalah dalam lengkongan 100,000 orang.
Pada hari mengundi Penulis dibawa melawat ke
seluruh pusat-pusat mengundi bermula dari Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi.
Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi, Melawat ke Pusat Mengundi di Taman Mesra, Kajang,
ke Taman Sikamat, Ke Sekolah Rendah
Sikamat, ke Cheras Utara, ke Sekolah Rendah, Jalan Semenyih,, ke Kampung Baru
Semenyih, Singgah di Sekolah Convent, Jalan Bukit, Bukit Mewah, Pusat Mengundi
West Country (Balai Raya), Balai Raya Pekan Bangi, Ke Sekolah Rendah Jalan 6
Bandar Baru Bangi.
. Pulang ke MTD dan membuat lawatan ke tempat
yang belum dikunjungi seperti Taman Rakan, Sungai Long. Beberapa pusat mengundi
berdekatan diulang lawatan sehingga masa mengundi trmat untuk dikira keputusan pasa malamnya.
Sekian
No comments:
Post a Comment