DEKORASI: ASPEK ESTETIKA PADA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi:
140),
BBB, 01 Jamadil-Akhir 1440H. = 06 Februari
2019M. (Rabu).
Dekorasi adalah sebahagian dari elemen
estetika. Dekorasi sememangnya menjadi sebahagian daripada espek estetika pada
masjid Al-Umm dan banyak kedapatan pada masjid tersebut. Sebagai masjid, maka
dekorasinya lebih membawa dekorasi yang
bersifat murni, rohani dan kudus.
Logo Masjid Al-Umm sebahagian dari hiasan yang terdapat pada banyak tempat
di masjid. Logo ini sebenarnya mempunyai ciri estetik yang unik. Walaupunm
kelihatan biasa Pada bahagian atas bagi perkataan Al-Umm terdapat bentuk kubah
yang menjadi sebagai kepala yang
dijunjung oleh kalimat tersebut. Kubah adalah bahagian yang paling tinggi bagi
fizikal masjid. Bulat dan separa bulat adalah mencerminkan kesempurnaan. Ianya
melambangkan penujuan dan peningkatan rohani. Perkataan Al-Umm dalam tulisan
`Arab atau jawi dari segi maknanya ialah ibu, induk, merujuk kepada nama kitab
fiqh Imam Shafie. Ia memaksudkan nama bagi surau pertama di Bandar Baru Bangi
(1978) yang dipindah ke masjid, sebelum ada masjid dan surau-surau yang lain.
Tulisan Al-Umm, boleh dibaca dengan perkataan `Allah` jika ditarik bahagian bawah
dengan mim sebagai ha`. Mim juga boleh
melambangkan Muhammad. Bermaksud pada Al-Umm boleh di baca dengan Allah dan juga Muhammad.
Sebahagian dari hiasan pada dinging tembok
masjid dan dinding-dinding masjid ialah kepingan besi berbentuk lengkung bujur sebagai daun. Pada sebahagian kepingan ini tertulis Al-Umm sebagai hiasan
pada tembok pagar kelil;ing masjid dan juga pada dinding masjid. Ianya
merupakan kepingan pada tingkap masjid yang banyak terdapat pada bahagian depan
masjid, bahagian belakang dan juga sesi. Ianya menjadi identiti bagi
masjid Al-Umm. Sementara itu bentuk lengkung bujur secara terhad atau memanjang
ke bawah juga banyak terdapat pada
bahagian hadapan masjid pada sebelah kanan dan juga kiri mihrab.
Pada bahagian dalam, iaitu pada mihrab ada
lengkungan berlapis yang pada lengkungan atas kecil ada bentuk semacam sarang
lebah bergantung memantulkan pandangan yang lembut, hening dan kudus sesuai
berada pada bahagian depan dan di atas bagi jama`ah. Pada bahagian ini imam
memimpin ma`mun bersolat dengan jiwa yang penuh ketenangan, murni dan kudus.
Pada bahagian dinding kanan dan kiri berhias dengan hiasan-hiasan berbentuk
geometrik dan hiasan dari tumbuhan flora dan fauna. Gabungan antara kedua elemen
ini memghasilkan ciri edtetika
tersendiri.
Ruang jama`ah utama bagi masjid Al-Umm adalah tinggi
luas dan lawas.Ia kelihatan terbuka mudah bagi kemasukan cahaya dan udara menampakkan bukan
sahaja pada bahagian dinding, tetapi juga pada bahagian atas di bawah kubah
yang dihiasi dengan bentuk geometrik dan menarik pandangan, di tambah dengan
wujud lampu thurayya yang bergantung
dari pertengahan kubah Pada bahagian dinding atas dan keliling, termasuk pada
ruang dinding solat muslimat terdapat hiasan khat daripada ayat-ayat Al-Qur`an,
tetapi sebagaimana pernah disebutkan bahagian tulisan ayat-ayat Al-Qur`an ini
terlempau kecil dan tidak timbul, kerana ditenggelamkan oleh cat, maka ciri
estetika pada khat-khat berkenaan kurang terserlah.
Mimbar masjid adalah satu yang tersendiri yang
dibuat dan digubah dari luar berdekorasi alam flora. Di tempatkan pada ruang hadapan di sebelah kanan. Pada bahagian atas
bagi mimbar tertulis perkataan Allah. Padanya ada ayat Kursi. Pada bahagian
bawah bagi mimbar ini terdapat ruang meja
yang berdekorasi fauna-flora. Meja dapat dimasukkan di bawah mimbar dan dapat dikeluarkan meja secara
berasingan bagi digunakan oleh guru bagi pengajaran, kuliah dan sebagainya.
Pada aras satu dapat dikatakan kurang dari
elemen hiasan, Ia lebih bersifat bilik kuliah, seminar, perpustakaan dan IT.
Kecuali bilik mesyuarat agak canggih dengan meja dan kerusi-kerusi yang agak
selesa. Demikian pada bahagian bawah tanah, ianya lengkap dengan ruang
yang selesa, latar dinding yang menarik dan nyaman.
Dapatlah dikatakan elemen dekorasi
mengindahkan Masjid Al-Umm. Keunikan adalah menjadi tarikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment