IJAZAH PALSU: MEMALUKAN
(Fikrah Bangi:
145),
BBB: 6 Jamadil Akhir 1440H. = 11 Februari
2019M. (Isnin):
Mengejut dan memalukan dengan tersiarnya berita di beberapa akhbar
pada pagi ini bahawa ada kalangan Menteri dan Timbalan Menteri dari PH yang sedang memerintah sekarang dikatakan
mempunyai ijazah tertentu, tetapi dipersoalkan kredibilitinya. Mereka yang
dipaparkan:
1) Senator
Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan
Perniagaan. Ijazah dikatakan dari Cambridge International Universiti, Amerika
bukan dari Universiti Cambridge, UK.
2) Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan. Diploma Kulinari
dari Institut Teknologi MARA.Perlu penjelasan.
3) Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Ijazah Sains Sosial dari Universiti Nasional Singapura. Kata Zuraida,
beliau tidak pernah mendakwa sebagai lepasan NUS.
4) Datuk Osman Sapian, Menteri Besar Johor. Diploma Perakaunan
dari Universiti Pertanian Malaysia. Diragui dan akan membuat penjelasan
5) Paul Yoong Choo Kiong, ADUN Tronoh Ijazah Sarjana
Pentadbiran dan Perniagaan dari Universiti Akamal, Amerika Syarikat. Diragui
dan belum membuat penjelasan
6) Ahmad Faizal Uzumu, Menteri Besar Perak, Ijazah
Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowen, Perth , Australia.
(Sinar, 11 Februai
2019: hlm. 2.)
Sementara itu
Presiden MCA Datuk Seri Ir. Dr We Ka Siong mempersoalkan Lim Guan Eng
dan meminta penjelasan bagaimana beliau berjaya menjadi akauntan profesional
bertauliah setahun sebelum memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari
Universiti Monash, Australia.
(Utusan Malaysia, 11
Februari 2019: hlm. 7).
Berita di atas
benar-benar menggemparkan. Jika benar kalau tidak semua, walau sebahagian maka
ia adalah satu penipuan dari segi akademik dan tidak bermaruah.
Pada masa Penulis
belajar di UKM, pada peringkat permulaan
- tahun 1970-71 pihak akademik UKM mengesan beberapa orang pelajar menipu
dengan mengubah keputusan sijil mereka kepada keputusan yang lebih baik. Tiada
ma`af bagi mereka, Semua mereka ditendang keluar.
Kita berharap kes
yang ditimbulkan perlu disiasat oleh kerajaan, bahkan SPRM, maka jika terdapat
unsur penipuan, maka mereka bukan sahaja perlu dipecat dari jawatan, bahkan
perlu dihadapkan ke Mahkamah. Pihak atasan dari kalangan Menteri dan Timbalan
Menteri seharusnya menunjukkan kelakuan yang baik dan tidak menipu. Jika Menteri
menipu, dan dimaafkan, maka ia adalah contoh yang tidak baik. Jika Kerajaan PH
sekarang sedang berusaha menghapuskan rasuah dan perlakuan yang bercanggah
dengan aturan dan undang-undang, maka selayaknya Menteri atau Timbalan Menteri
tidak terlepas dari hukuman, bahkan sepatutnya menerima hukuman yang lebih
berat.
Kita tidak mau pemerintah
kita terdiri dari kalangan mereka yang tidak jujur dan menipu. Pembersihan
perlu dilakukan. Jika tidak rakyat akan membersihkan mereka melalui pilihanraya
ke 15 kelak.
Sekian
No comments:
Post a Comment