KEPIMPINAN MOHAMAD HASAN MAKIN MENYERLAH
(Fikrah Bang: 142);
BBB, 03 Jamadil-Akhir 1440H. = 08 Februari
2019M. (Juma`at).
Secara kebetulan pada petang Khamis antara
jam 3.00 hingga 4.30 petang Penulis
mengikuti siaran langsung wawancara antara Tan Sri Johan Ja`far tokoh koperat
dengan Datuk Seri Mohamad Hasan melalui saluran 5. Sebelum ini Penulis belum
pernah memberi tumpuan pada tokoh
Mohamad Hasan ini. Memang diketahui dia dilantik menjadi Timbalan
Presiden Umno pada 30 Jun 2018 dan
diketahui juga bila Zahid menyerahkan tugas kepadanya memangku Jawatan Presiden
pada 18 Disember 2018, tetapi ada
semacam kurang keyakinan terhadap pimpinan Mohamad yang mengambilalih tugas.
Wibawa Mohamad Hasan terserlah apabila Umno (BN) memenangi kerusi Parlimen
Cameron Highlands pada 26 Januari 2019 dengan memperoleh 12,038 undi dengan
majoriti sebanyak 3,238. Kemenangan ini dilihat adalah merupakan ibawa Mohamad
Hasan. Mendengar wawancara dengannya bagi Penulis menyerlahkan kewibawaan.
Beliau bercakap dengan gaya orang Negeri Sembilan yang banyak membawa tamsil
ibarat, kiasan bahkan sindiran.
Dalam interview Mohamad mengakui beliau tidak menjangka
diberi kepercayaan untuk memimpin Umno. Berhubung dengan kemenangan di Cameron
Highlands beliau menyatakan ketepatan memilih calon adalah penting. Pemilihan
calonRamli Mohd Nor selepas berunding dengan MIC yang sepatutnya meletakkan
calon bagi pilihanraya itu, tapi bagi MCA yang mnengambil tindakan keluar dari
BN tidaklah mengambil komitmen sebagai komponan. Calon bersih penting, kalau
tidak kita terpaksa menggunakan masa yang pendek menjawab tuduhan. Calon Umno dari orang
asli dilihat bersih dan mewakili 20% keseluruhan pengundi di Cameron Highlands.
Beliau menyifatkan Umno kini telah reda dari
krisis dan keyakinan rakyat makin pulih. Beliau yakin dengan kemampuan Umno
yang mempunyai berpuluh ribu cawangan dengan 3 juta ahli. Apabila ditanya
kejayaan PH dalam pilihantraya lepas. Beliau menjawab secara sindir. Mereka membuat janji – mau hapus tol, hapus hutang PTPTN, turun cukai dan berbagai-bagai lagi, rakyat
percaya, tapi akhirnya katanya, apa yang
dijanji tidak dibuat . Yang dibuat bukan yang dijanji. Mengenai peranan pemuda
di dalam mengalahkan Umno, beliau mengibaratkan mereka sebagai kiambang berubah dengan pergerakan air (suasana).
Sebenarnya golongan muda mulai kembali menyokong Umno sebagai contoh di Cameron
Highlands. Bahkan kini Umno makin mendapat sokongan intelektual selepas
sekatan-sekatan selama ini dirobohkan.
Menurut Mohamad, tugas sekarang ialah
memperkasakan parti dan menyusun strategi. Menurut beliau kerjasama dengan Pas
adalah strategi. Orang ramai jangan keliru, tidak ada rancangan bersatu dengan
Pas. Kita adalah kerjasama. Pas mempunyai prinsip sebagaimana juga Umno, tapi
kita mempunyai persamaan seperti mempertahankan
Islam, bahasa Melayu, Kedaulatan Raja-Raja dan Warisan Budaya dengan tidak mengetepikan
hak kaum-kaum lain.
Ditanya oleh Tan Sri Johan Ja`far, apakah yang menggerakkan Umno
kini. Beliau menjawab adalah sokongan dan semangat. Walaupun kita kini tidak
mempunyai kewangan, akaun masih disekat
(dibeku). Sokongan rakyat meyakinkan
kita. Kini bila kita bersua dengan orang ramai mereka memberi semangat dan
menyatakan sokongan. Mereka sedar dan mulai merasa banyak kehilangan dan
kehakisan berlaku.
Buila ditanya tentang pilihanraya Semenyih
yang akan berlansung pada 2 Mac 2019, bahawa Umno akan bertanding dengan obor
dan semangat dari kemenangan di Cameron Hinghland dan beliau berkeyakinan kawasan sebanyak 62 % pengundi Melayu itu Insya
Allah dengan sokongan mereka akan dapat ditawan.
Beliau ditanya mengenai pendapat bahawa Umno akan
kehilangan masa depan. Secara sinis beliau menjawab, ``Kita lihat siapa akan
terkubur !.
Mohamad dilihat menyerlah kepimpinan, mempunyai
keyakinan tinggi dalam merendah diri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment