February 14, 2019

SETUJU PENDAPAT A.KADIR JASIN TENTANG EAC


SETUJU  PENDAPAT A. KADIR JASIN TENTANG EAC
(Fikrah Bangi: 148),
BBB,  09 Jamadil Akhir 1440H. = 14 Februari 2019M. (Khamis):
Pengumuman oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tentang ahli `Economic Action Council` (Majlis Tindakan Ekonomi) Negara yang terdiri dari 16 pakar dan profesional, menurut A. Kadir Jasin seorang Wartawan dan Pengkritik Terkenal, perlantikan kerana menteri-menteri dalam Pakatan Harapan kurang berkebolehan (The Star, 13.2.2019: 1). Kita bersetuju dengan pendapat A.Kadir Jasin berdasarkan  apa yang berlaku sejak lebih setengah tahun PH memerintah Misalnya:
Ekonomi Malaysia belum pulih dan rakyat tertekan dengan kenaikan kos hidup.
Janji-janji pilihanraya  yang dibuat yang diharap meringankan rakyat tidak ditunaikan.
Beberapa menteri yang jika diikuti dari awal bertindak tidak profesional dan berulang membuat kenyataan-kenyataan yang remeh yang dapat dipersoalkan.
Ketidakselarasan antara Menteri Kewangan dengan Menteri Ekonomi tentang projek tertentu yang sepatutnya tidak berlaku jika ada penyelarasan.
Ada menteri yang diberi tugas perpaduan, tidak mendukung hasrat pepaduan yang diharapkan. Banyak pihak menuntutnya meletakkan jawatan.
Isu terbaru beberapa menteri diragui dari segi kebenaran kelulusan akademik mereka. Ini bermakna ada penipuan berlaku yang jika benar adalah kesalahan yang dianggap serius. Ini juga mencerminkan tahap pemikiran mereka, terutama yang tidak mempunyai kelulusan yang selayaknya bagi menjadi menteri.
Dan banyak lagi contoh yang dapat diketengahkan.
Pendapat tentang kelemahan menteri-menteri ini bukan pertama kali ditonjolkan oleh A.Kadir Jasin, sebelum daripada itui Tun Daim Zainuddin, Bekas Menteri Kewangan  telah menegur tentang `Menteri Bergaduh` yang menurutnya ialah kerana `Kurang Pengalaman  dan tidak perform`.(Utusan Melayu, 1.2.2019: 8).
Kerana tidak berpuashati dengan prestasi mereka, maka Perdana Menteri menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Sebelum daripada ini, kerana banyak perkara yang tidak memuaskan beberapa kali dijangka Perdana Menteri akan mereshuffle Cabinet Menterinya, tetapi tidak berlaku. Tindakan menubuhkan  Majlis Tindakan Ekonomi Negara sebagai satu cara mengatasi kelemahan-kelemahan.
Walaupun pendapat A.Kadir Jasin itu tidak diterima bahawa menteri-menteri lemah, tetapi penubuhan  Majlis Tindakan Ekonomi Negara dikatakan adalah satu keperluan, maka dapat difahami erti  tersirat dibelakangnya.
Selain daripada itu agak lucu, persoalan mengenai prestasi menteri-menteri ini ditanya kepada menteri-menteri,  tentulah mereka tidak setuju dan tidak menerima pendapat sedemikian.
Mereka yang patut dikemukakan soalan mengenai prestasi menteri-menteri ialah mereka yang mengalami dari suasana pemerentahan yang dijalankan oleh mereka. Misalnya tanyakan  mereka yang di Felda, yang tidak dihapuskan hutang mereka. Hutang peneroka Felda dikatakan RM779  bilion. Peneroka yang kini berjumlah seramai 112,635 orang berhutang dianggar RM5 bilion. (BH. 6.12.2018: 1).
Adakah mereka merasa senang dengan penderitaan yang ditanggung mereka, khususnya harga sawit yang menurun ? Derita mereka berterusan (UM, 14.12.2018: 10).
Tanyalah juga pada nelayan, penoreh getah dan petani yang tidak diberi perhatian di dalam bajet yang lepas. Tanya juga pada warga miskin kota tentang kesaan ekonomi yang dialami.
Walau bagaimana penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara itu adalah baik. Mereka dapat memikir dan mengatasi masalah ekonomi negara yang antaranya disebut di atas. Memikirkan bagaimana melunaskan hutang negara yang pernah disebutkan satu trilion itu – Benarkah ?
Kita mengharapkan pakar-pakar ekonomi dan profesional yang berjumlah 16 orang itu dapat menyelesaikan kegawatan ekonomi yang dihadapi negara.
Sekian.

No comments:

Post a Comment