February 17, 2019

TIDAK SUKAR MEMAHAMI MENGAPA BERSATU BERHASRAT KE SABAH


TIDAK SUKAR MEMAHAMI MENGAPA BERSATU BERHASRAT KE SABAH
(Fikrah Bangi: 151),
BBB, 12 Jamadil-Akhir 1440H. = 17 Februari 2019M. (Ahad):
Tidak sukar memahami mengapa Bersatu beria-ria mau ke Sabah. Ini kerana Bersatu kekurangan kerusi berbanding dengan parti-parti lain di dalam PH. Keputusan pilihanraya ke 14 menunjukkan  parti tertinggi mendapat kerusi di dalam PH ialah PKR 50, Dap 42, Bersatu 14 dan Amanah 11. Bersatu mau mengimbangi, bahkan mau mengatasi kalau dapat kerusi-kerusi komponen yang lain di dalam PH. Bersatu adalah pendatang yang lewat di dalam  PH, bahkan PH lahir selepas kemenangan melalui penggunaan lambang PKR dan PH baru didaftar selepas menang pilihanraya. Keghairahan menerima yang melompat parti dari Umno sejak awal lagi mulai penerimaan  Dato` Sri Mustafa Mohamad dan diikuti beberapa yang lain yang menambahkan kerusi Bersatu. Namun trend lompat parti dari Umno dan parti-parti yang lain tidak disetujui terutama oleh Dap dan PKR. Mereka yang disifatkan sebagai `Sampah` ini tidak patut diterima yang akan merosakkan PH. Pelompat parti seramai enam orang dari Umno, tidak disetujui diterima oleh rakan dalam PH. Nurul Izzah meletak jawatan sebagai Naib  Presiden PKR dan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang dikuti penentangan dari pihak-pihak yang lain dalam PH. 6 orang yang keluar dari Umno terpaksa menjadi `Orang Hanyut Politik` buat  seketika. Tetapi pada 13 Februari 2019, tiba-tiba enam orang yang tidak disetujui diteriam dalam PH, melalui  Bersatu, sehingga menimbulkan berbagai-bagai rasa tidak puas hati. Ungkapan menonjol ialah, ``Mengapa Sampah Dikutip ?``. Nampaknya Dr. Mahathir tidak menghormati pendapat rakan-rakan dalam PH, terutama Dap dan PKR.
Nampaknya perlanggaran persefahaman terus berlaku apabila Bersatu berhasrat ke  Sabah. Hasrat ini melukai Warisan yang bekerjasama dengan PH dan berharap agar  Warisan tidak diganggu menumpukan pemerintahan di Sabah. Dengan pengumuman itu tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin Warisan di Sabah. Menurut Dr. Mahathir Bersatu muktamad ke Sabahatas alasan lebih 100,000 ahli Umno termasuk 5 ahli parlimen di negeri itu yang keluar parti memohon untuk menyertai Bersatu. Menurut Dr. Mahathir yang tidak sabar untuk mengukuhkan Bersatu itu, bahawa pihak Bersatu tidak berhasrat untuk mengambil alih kekuasaan dari kerajaan negeri, tetapi menurutnya dengan kemasukan Bersatu akan mengukuhkan kedudukan pemerintahan kerajaan negeri. Tindakan itu tidak menyenangkan kerajaan negeri yang di bawah Warisan, tetapi juga dari kalangan Dap dan PKR.
Adalah difahami tindakan yang diambiul oleh Bersatu, ialah ingin menmbahkan kerusi Bersatu yang kecil itu menjadi seimbang dalam masa terdekat. Dalam masa PH memerintah yang diketuai oleh pimpinan dari Bersatu, maka masa inilah yang paling sesuai diambil peluang bagi menambahkan kerusi bagi Bersatu. Dengan pertambahan kerusi Bersatu ianya dapat mencegah dari pengusaan parti yang mempunyai kerusi yang lebih mengatasi Bersatu dalam situasi tertentu. Di samping itu Bersatu pastilah dengan pertambahan kerusi mempunyai kuasa yang lebih di dalam menentukan sesuatu polisi, bahkan merubahkan polisi.
Adalah juga dilihat dealam tempoh Dr. Mahathir berkuasa inilah tempoh yang paling baik bagi meningkatkan pengaruh Bersatu di dalam PH. Kiranya dalam tempoh yang pendek ini tidak diambil peluang, belum tentu hasrat menambahkan kekuatan Bersatu akan lebih berjaya. Hujah lain yang dapat difahami, bahawa jika parti-parti lain dalam PH seperti PKR dan DAP telah melebarkan sayap mereka ke Sarawak dan Sabah, mengapa peluang ini tidak diberi kepada Bersatu kini, mengapa ditunggu di luar masa kesempatan yang ada. Peluang masa hadapan belum tentu sebagaimana peluang terkini yang nyata memperkukuhkan Beresatu.
Atas faktor-faktor di atas nampaknya Bersatu tidak memperduli sekatan-sekatan yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin dalam PH. Penerimaan mereka yang melompat parti diterima tanpa segan silu dan hasrat ke Sabah sebagai kemestian bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu !
Sekian.

No comments:

Post a Comment