PAS TERPERANGKAP !
(Fikrah Bangi: 152),
BBB, 13 Jamadil Akhir 1440H. = 18 Februari
2019M. (Isnin).
Berita dalam beberapa akhbar hari minggu 17
Februari 2019 seperti dalam Berita Harian (Ahad), Sinar dan lain-lain, bahawa
PAS tidak bekerjasama dengan UMNO dalam PRK Semenyih amat mengelirukan dan timbul
dalam fikiran, ``Mengapa berlaku demikian ?`` Mengapa kenyataan dibuat oleh
orang kedua, - Tun Dr. Mahathir dan bukan dari Presiden Pas Sendiri – Tuan Haji
Abdul Hadi Awang ?
Memikirkan bahawa kini dalam musim kempen PRK
Semenyih, maka timbul dalam fikiran ini adalah antara tektik politik lawan.
Timbul juga dalam fikiran, mengapa Dr. Mahathir sanggup membuat kenyataan sepihak
sedemikian ? Adakah PH begitu terdesak dalam mendepani PRK Semenyih hasil dari
kerjasama antara UMNO dan PAS yang benar-benar menggugat kerusi itu yang
sebelum ini dipegfang oleh PH (Usaha perlu dilakukan bagi memecahkan mereka).
Anihnya mengapa Haji Abdul Hadi yang
bersama Takiyuddin Setiausaha Agung Pas bersama dengan Ahmad Samsuri Menteri
Besar Terengganu yang membuat pertemuan dengan Dr. Mahathir, tidak membuat
sebarang kenyataan yang memberi tanggapan seolah-olah berita ada kebenarannya. Mereka dikatakan mengelak dari ditemui
wartawan dan tidak menjawab telefon dari
mereka.
Sebaliknya yang membuat komen ialah Nasruddin
Hasan yang bertanya, mengapa Dr. Mahathir membuat kenyataan sedemikian dan
tidak dari PAS membuat kenyataan sedemikian. Pihak pekerja pilihanraya dari PAS diminta meneruskan kerjasama. Pihak UMNO
seperti Ashraf - Ketua Pemudanya tidak menerima selagi tidak ada kenyataan dan
arahan bertulis dari Pas. Walau bagaimana kekeliruan ini tidak dapat
dihilangkan, bahkan beberapa akhbar pada pagi Isnin ini.
The Star menjadikan berita muka hadapan
tentang kekeliruan yang timbul dari kenyataan bercanggah dari pimpinan PAS.
Takiyuddin sebaliknya membuat kenyataan bahawa kerjasama dengan UMNO di
Semenyih diteruskan atas dasar kepentingan Islam dan Melayu, tetapi kadar
kerjasama tidak sama dengan Cameron Highlands, kerana yang ditentang di Cameron
Highland ialah calon dari DAP, sebaliknya kerjasama dengan UMNO di Semenyih
tidak setinggi komitmen di Cameron Highland, kerana yang ditentang di Semenyih
sama Melayu- Islam ! Tetapi tidakkah ianya sama dari PH ? Pendirian yang dibuat
ini adalah berkecamuk dan merumitkan hubungan pada masa akan datang. Mengapa
pertandingan secara politik dikategorikan pula dari segi calonnya. PAS
merumitkan dirinya dan merumitkan kedudukannya pada masa akan datang. Kita
berpendapat jika ada terselit di dalam hati tentang perbezaan calon yang dilawan
dari segi agama dan kaum, sepatutnya ini jangan dizahirkan keluar, hatta kepada
sesama parti apa lagi kepada umum. Yang ditentang ialah lawan parti !
Kita berpendapat PAS benar-benar telah
terperangkat dengan jaring yang dipasang oleh PH. Begitu ramai tokoh yang terlibat dengan isu,
tidak ada kesatuan kenyataan yang dapat memuaskan jawapan. Mengapa dalam masa
suasana pilihanraya kecil dibuat pertemuan yang boleh membawa kepada permasalahan yang berlaku ?
Implikasi dari tindakan PAS yang membuat
pertemnuan yang mencetuskan permasalahan yang timbul bahawa:
Sikap PAS mengeruhkan hubungan dengan UMNO
yang sepatutnya jelas dan sama memfokuskan kerjasama dengan UMNO di Semenyih
atas dasar PH lawan dalam parti (tidak perlu
dikaitkan dengan agama, bangsa atau kaum). Dimana hendak diletakkan maruah dan
integriti PAS jika sekiranya DUN Semenyih dimenangi oleh UMNO ? Dan jika kalah
akan dibangkitkan kerana PAS belot dan tidak setia ? Kerjasama dengan UMNO pada
masa akan datang berliku dan tidak selicin seperti yang berlaku sebelumnya.
Kita amat bimbang ini akan menimbulkan
bibit-bibit tidak puashati ahli PAS yang boleh membawa kembali perpecahan yang
menyukarkan usaha untuk kembali menyatukan.
Dan pendekatan yang tidak bijaksana ini akan
menjauhkan penyokong dan orang ramai yang selama ini simpati dengan PAS secara
senyap. Penyelidikan perlu dibuat mencari punca, permasalahan, implikasi dan
cara terbaik mengatasi permasalahan dan menjelaskan masa depan.
Kesimpulan kita melihat PAS terjebak dalam
jaringan perangkap yang dipasang lawan di tempat genting !
Sekian.
Kalau anda bukan ahli PAS jangan nak sibuk tepi kain PAS. Ahli PAS sentiasa patuh pada jemaah sebab PAS buat keputusan berlandaskan syarak faham. Anda perlu jaga dalam kain PH yg sekarang hampir2 nak terburai tu.
ReplyDelete