February 23, 2019

SEMENYIH DAN JANJI PILIHANRAYA


SEMENYIH DAN JANJI PILIHANRAYA
(Fikrah Bangi: !57),
BBB, 18 Jamadil-Akhir 1440H. = 23 Februari 2019M. (Sabtu):
Sebagai dimaklumi bahawa kedua-dua calon utama di Semenyih, iaitu Zakaria Hanafi (Umno) dan Muhammad Aiman Zainali (PH) menantu kepada al-Marhum Bakhtiar Mohd. Nor mantan Adun Semennyih yang meninggal pada 11 Januari yang lalu. Oleh kerana kedua-duanya anak tempatan, bagi kedua-duanya tidak asaing tentang kedudukan kawasan di bawah DUN Semenyih.
Sebagaimana telah disebut, isu-isu memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi pengundi di dalam membuat keputusan bagi PRK yang akan berlangsung pada 2 Mac 2019 ini.
Kita dapati  pihak kerajaan dari PH mulai menabur janji, sedangkan janji yang lepas banyak tak tertunai. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang juga Prediden Bersatu membuat janji bahawa kerajaan akan menghapuskan tol secara berperingkat. Namun pengumuman ini tidak sekata dikalangan menteri. Lim Guan Eng Menbteri Kewangan meminta jangan dibuat spekulasi, kerana ini makin memasalahkan. Sementara Baru Bian Menteri Kerjaraya menyatakan bahawa isu tol masih dalam kajian. Dalam masa terdekat apa yang dapat dilakukan hanya pengurangan kadar tol saja dapat dilakukan. Sebaliknya  Pengerusi Strategik dan Kepimpinan Asia Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berpendapat, menghapuskan tol adalah tidak praktikal, sebaliknya kerajaan boleh memberi subsidi tol secara bersasar.
Demikianlah isu tol yang dibuat janji oleh kerajaan PH sebagai manifesto pilihanrayanya  menjadi masalah yang tak terselesai. Sedangkan bagi rakyat janji ini penting  sewajarnya ditunaikan,
Sementara itu apa yang membingungkan mereka yang berkempen untuk PH, ialah kenyataan Tun Dr. Mahathir semalam, bahawa saiz penjawat awam, di negara ini sebanyak 1.7 juta adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.
Menurut seorang pensyarah kanan  bahagian politik dan Polisi Awam UTM Dr. Mazlan Ali, kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ini tidak membantu kempen PRK Semenyih. Kenyataan ini mengeciwakan orang-orang Melayu, khususnya mereka yang bercita-cita menjadi pegawai tadbir yang menjadi salah satu mekanisme melonjakkan prestasi pekerja-pekerja di dalam pentadbiran awam yang kebanyakannya adalah orang Melayu. Sebaliknya ada yang mengesyorkan agar kerajaan mengurangkan ahli kabinet dari menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai yang berkait dengan politik yang dilihat begitu besar.
Di samping kekeciwaan pada pihak PH di dalam berkempen, Umno yang berharap mendapat kerjasama dengan Pas menghadapi sikap tidak konsisten Pas akhir-akhir ini  yang sukar difahami. Pada satu pihak Pas akan mempertahankan Dr. Mahathir dan pada satu pihak lain akan meneruskan kerjasama dengan Umno dalam degree yang lebih rendah dari kerjasama di Cameron Hughlands yang lepas. Sikap dan imej Pas bukan saja tidak begitu membantu Umno dalam PRK Semenyih, tetapi merosakkan kredebiliti Pas dan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap Pas. Apakah sebenarnya dilema yang dihadapi Pas ?
Walau bagaimana kita kira rakyat Semenyih tidak sangat terpengaruh dengan  janji dan cakap-cakap pemimpin yang diketahui tujuannya. Rakyat akan membuat penilaian terhadap keseluruhan tentang apa yang dialami sejak PH memerintah. Bukan saja tol tidak dihapuskan, tapi pengakuan dari Timbalan Menteri Kewangan bahawa SST tidak berjaya mengurangkan harga barang dan pendapatan dari SST jauh lebih kecil dari GST, sedanbgkan hutang negara masih pada kadar trilion.
Sekian.

No comments:

Post a Comment