PERTAMA KALI HADIR MESYUARAT AGUNG SURAU DI
BAWAH AL-UMM
(Fikrah Bangi:
137),
BBB, 28
Jamadil-Awwal 1440H. = 03 Februari 2019M. (Ahad).
Pada mesyuarat pertama antara Jawatankuasa
Tadbir Urus Masjid Al-Umm dengan pengerusi-pengerusi surau di bawah Al-Umm pada
Sabtu 26 Januari 2019 lepas EncikAbdul Malik Ahmad Pengerusi Surau Puncak Bangi
Islamic Centre (PBIC) telah menyatakan kepada Penulis selaku Nazir bagi Masjid
Al-Umm, bahawa beliau akan menjemput Penulis sebagap pemerhati bagi mesyuarat
Agung kali ke IV bagi surau itu dan Penulis menerima jemputan bertulis dan
hadir ke mesyuarat pada malam hari Khamis 31 Januari 2019 bersama dengan
Penolong Setiausaha saudara Fadzli bin Mohd. Amin.
Surau Puncak Bangi adalah sebuah surau di
kawasan elit, terletak di atas tapak yang kurang dari 2 ekar bersebelahan
dengan Bangi Golf dan tidak jauh dari Tasik Cempaka sebuah kawasan rekreasi
terkenal di Bandar Baru Bangi. Surau Puncak Bangi didirikan pada tahun 2014 dengan kos RM1.8 juta. Penghuni di sini
terdiri dari 122 keluarga. Jawatankuasa pertama (2014) diketuai oleh Tuan Haji
Nor Azhar dan Pengerusi selepasnya (Sesi 2017-2019) ialah
Encik Abdul Malik Ahmad.
Penulis telah bertolak bersama saudara Fadzli ke Surau Puncak Bangi
selepas bersolat Maghrib di Masjid
Al-Umm. Ketika tiba jama`ah di Surau Puncak Bangi baru selesai membaca Surah
al-Kahfi sempena malam Juma`at. Mesyuarat Agung bermula jam 8.20. Penulis
dijemput oleh Pengerusi Encik Abdul Malik memberi ucapan ringkas. Penulis
mengucap terima kasih di atas jemputan. Penulis menyatakan ini adalah mesyuarat
pertama dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Surau di bawah Masjid Al-Umm.
Penulis mengucap tahniah kepada Jawatankuasa dan penduduk yang telah berjaya
mendirikan Surau Puncak Bangi yang baru siap dan masih di dalam penambahan.
Penulis sukacita dimaklumkan surau diimarah dengan baik dan berbagai kegiatan
selama 4 tahun telah dijalankan. Adalah menjadi motto bagi Masjid dan
surau-surau di bawah Al-Umm sebagaimana
dibincangkan di dalam mesyuarat di Masjid Al-Umm iaitu, ``Bersama Meningkatkan
Ilmu, Ibadat dan Mesra Masyarakat``. Bermaksud adalah menjadi hasrat bersama
agar masjid dan surau-surau berusaha meningkat pengajian agar dengan
pengajiandan keilmuan dapat menyempurnakan ibadat semua pihak secara bermutu
dan berharap penduduk dan jama`ah meningkatkan hubungan antara masyarakat agar
lebih aman dan harmoni. Ke arah ini masjid dan surau-surau sama berusaha.
Pengerusi memulakan mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke 2 Sesi 2017-2019. Beliau mengucapkan terima kasih kepada jama`ah yang
hadir dan mengucapkan terima kasih kepada AJK yang telah memberi sumbangan
tenaga, masa, buah fikiran dan sumbangan kewangan sehingga surau siap 95%.
Sebagaimana biasa mesyuarat berjalan menmgikut
agenda yang disusun dengan pembentangan minit mesyuarat pengesahan dan
perbincangan agenda. Antara kegiatan yang pernah dijalankan di Surau Puncak
Bangi ialah kuliah, ceramah, pengajaran, korban, khatam Al-Qur`an, khatan,
tubuh Tabung Khairat Kematian, kegiatan Ramadhan, bantuan faqir miskin dan
sebagainya.
Surau Puncak Bangi yang dapat memuatkan
jama`ah seramai 500 orang ini adalah surau yang kukuh dari segi kewangan. Peruntukan
dan perbelanjaan tahunan adalah melebihi dari setengah juta. Surau ini
mempunyai dua orang imam hafiz. Seorang lulusan Jordan dan seorang universiti
tempatan. Bilalnya juga adalah seorang hafiz. Siaknya adalah bekas pegawai
tinggi sebuah perbadanan.
Perbincangan puncak ialah untuk menjenamakan
semula nama surau dari Surau Puncak Bangi Islamic Centre kepafa nama baru yang
lebih sesuai dan ringkas. Berpuluh nama dicadang oleh ramai pencadang. Akhirnya
dipersetujui nama Surau Al-Siddiq` - Sempena
nama Khalifah Pertama Abu Bakar Al-Siddiq. Nama ini antara nama yang dicadangkan oleh Encik Abdul Malik
Pengerusi surau.
Mesyuarat secara ringkat berakhir pada jam 9.10 malam diikuti dengan solat Isyak dan
jamuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment