CALON BERKELAYAKAN: ISU PENGARUHI KEPUTUSAN
(Fikrah Bangi:
149),
BBB, 10 Jamadil-Akhir 1440H. = 15 Februari
2019M. (Juma`at):
Semlam Khamis kedua-dua parti utama yang
bertanding di PRK Semenyih pada 2 Mac 2019 nanti, PH mengemukakan calon
Muhammad Aiman Zainali (30) seorang muda lulusan Kejuruteraan Letrik dari UITM
yang merupakan Bendahari Bersatu Hulu Langat, seorang jurutera. Beliau adalah
menantu kepada Bakhtiar Mohd Nor Bekas
Adun PH yang meninggal 11 Januari 2019 yang lepas di Hospital Kajang.
Sementara itu pihak Umno juga mengumumkan
calon yang akan menentang Aiman, iaitu Zakaria Hanafi (58), graduan UKM dalam bidang
Sains Pentadbiran. Beliau merupakan Penolong Pegawai Tadbir di UKM dan
merupakan Pengerusi Tetap Umno cawangan
Kampung Sasapan Kelubi, Hulu Langat.
Faktor
`Anak Tempatan` adalah menjadi kriteria utama pemilihan calon bagi
kedua-dua parti. Masing-masing berkelulusan universiti. Kedua-dua calon adalah
seimbang dari segi penawaran diri kepada pengundi untuk dipilih. Kedudukan Zakaria Hanafi sebagai Pegawai Tadbir memberi
kelebihan dari segi pengalaman yang dapat membantunya dari segi tadbiran jika
dipilih, manakala Aiman mempunyai
kelebihan sebagai anak muda tempatan. Kedudukannyanya sebagai menantu Al-Marhum
Bakhtiar mungkin dapat menarik sedikit simpati pengundi baginya meneruskan
kerja-kerja yang telah dilakukan oleh mertuanya - Bakhtiar.
Walau bagaimana adalah dilihat isu semasa akan
lebih mempengaruhi pengundi di dalam
membuat pilihan. Pengaruh kerajaan Negeri Selangor yang sejak dari pemerintahan
Pakatan Rakyat (2008) hingga kini di
bawah PH akan mempengaruhi pengundi bagi menerima mandat bagi mengekalkan
pemerintahan kerajaan negeri sejak dari Pakatan Rakyat itu.
Namun isu pada peringkat parti dan nasiuonal
akan mempengaruhi pertimbangan pengundi. Terakhir penerimaan 6 orang Wakil Rakyat dari Umno ke dalam PH,
yang disifatkan sebagai `Sampah` menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan
DAP, PKR, bahkan Amanah. Janji tidak mau menerima mereka dilanggar oleh
pemimpin tertinggi PH. Tindakan yang tidak mengotakan kata membawa perbalahan dan tidak mesra. Jika
kalangan komponan dalam PH turun berkempen, maka tidak mesra dan tiada
kesungguhan. Bersatu dilihat terlampau ghairah untuk menambahkan jumlah kerusi,
walaupun tidak secara bersih. Rasa tidak puashati ini dijangka berterusan.
Isu menipu dari segi kelulusan setengah tokoh
politik PH dan pemimpin pada peringkat negeri dan menteri pada peringkat
Persekutuan memperlihatkan kalangan pemimpin dalam PH tidak jujur. Setelah
didedahkan setengah daripada mereka membuat pengakuan, sedang yang lain masih
membisu. Mereka ditafsirkan tidak diyakini kebolehan di dalam PH sendiri, sebab
itu Perdana Menteri terpaksa menubuhkan EAC (Economic Action Council) bagi
mengatasi kelemahan ekonomi kerajaan. Inilah taraf pemimpin yang dilihat di
dalam PH. Isu-isu terbaru akan dibawa dalam kempen, ditambah dengan isu-isu
sedia ada seperti tidak menunaikan janji dalam manifesto PH. Rintihan petani,
nelayan, penoreh getah, peneroka Felda. Isu-isu yang tidak diperkatakan dengan
terbuka seperti kebimbangan Melayu terhadap masa depan dan hak mereka yang
semakin terhakis. Misalnya kedudukan bahasa Melayu yang makin dipinggirkan,
ketuanan mereka dipersoalkan hingga menyebabkan timbulnya bantahan terhadap
ICERD. Walaupun secara rasmi ICERD ditolak, tapi secara di bawah sedar ada
tangan yang menggerakkannya. Lantaran itu dari survey yang dibuat oleh ILHAM
terhadap pemerintahan 60% dari Melayu hilang kepercayaan.
Kelemahan dalam Umno, sebagai parti
pembangkang diterima, mereka kekurangan dana untuk menggerakkan jentera parti
secara besar-besaran dan akaun dibekukan. Keterlibatan pemimpin tertinggi parti
itu dengan isu mahkamah menurunkan keyakinan yang menyebabkan yang kurang kukuh
perdirian melompat parti. Penyokong Umno kini, iaitu Pas cuba diseretkan kepada
isu IMDB. Soal `Berbohong Demi Parti` oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz masih lagi menjadi tandatanya yang perlu diperjelaskan. Isu ini akan
dijadikan modal politik dalam PRK Semenyih. Dua calon lain dari PSRM dan bebas,
tidak memberi kesan pada keputusan pilihanraya. Mereka hanya menyemarakkan
pertandingan semata-mata.
Semenyih maruah bagi PH dan juga Umno. Pemimpin
PH dan Umno berusaha bagi memenangi DUN Semenyih untuk mengukuhkan kedudukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment