February 12, 2019

MESYUARAT NAZIR MASJID HULU LANGAT: FOKUS PENTADBIRAN


MESYUARAT NAZIR MASJID HULU LANGAT: FOKUS PENTADBIRAN
(Fikrah Bangi: 146).
BBB, 07 Jamadil-Akhir 1440H. = 12 Februari 2019M. (Selasa).
Kelmarin Isnin 11 Februari 2019 telah diadakan Mesyuarat Nazir-Nazir Masjid Hulu Langat, bagi kali pertama sejak mereka dilantik mulai awal 2019.Mesyuarat berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah, Hulu Langat di Bandar Baru Bangi mulai jam 9.30 pagi dihadiri 52 nazir atau wakil.
Tujuan diadakan mesyuarat ialah bagi menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh masjid  Dalam perutusannya Sahibul Sa`adah Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Agama Islam  Daerah Hulu Langat mengarah agar masjid-masjid menyerahkan laporan kewangan Masjid bagi bulan Julai hingga Disember 2018. Mesyuarat dpengerusikan oleh Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin, Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Hulu Langat dan Ketua Pengurusan Masjid, Hulu Langat.  Dalam arahan bertulis beliau pula meminta jadual Imam bertugas dan juga pengajaran di masjid hendaklah dihantar  pada setiap awal minggu setiap bulan.
Perkara yang dibincangkan  dalam mesyuarat antaranya Nazir diminta kepada  surau-surau di bawah masjid menghantar profile  surau kepada masjid untuk dihantar kepada PAID untuk dimasukkan ke dalam sistem e-masjid untuk mudah dirujuk oleh berbagai pihak. Permasalahan tanah perkuburan juga menjadi topik perbincangan kerana ada kubur yang telah penuh, laluan ke kubur melalui tanah pemilikan. Peruntukan yang diperlukan bagi pembaikan tanah perkuburan dan sebagainya.
Turut dibincangkan baik pulih Masjid Batu 10 Hulu Langat, kerana masjid itu ,menjadi laluan bagi MRT. Pembaikan seharusnya ditanggung oleh pihak MRT, kerana MRT yang menimbulkan masalah bagi ahli karian masjid berkenaan.
Dua buah Masjid baru iaitu Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi dan Masjid Al-Taqwa Bandar Bukit Mahkota diminta supaya mencadangkan dua orang Penolong Pendaftar Pernikahan bagi kedua-dua masjid.  Arahan akan dikeluarkan oleh pihak PAID, tapi jika kedua-dua masjid berkenaan membuat permohonan lebih awal (sebelum dikeluarkan arahan ) adalah lebih baik. Untuk perlantikan memakan masa yang lama, kerana calon-calon perlu di interview,menjalani kursus dan sebagainya yang memakan masa lebih dari setengah tahun.
Mesyuarat juga dimaklumkan agar masjid surau menghantar maklumat penyewaan yang ada pada masjis surau seperti peralatan pemancar tv, rumah sewa, harta waqaf dan sebagainya untuk dnilai dan diagihkan kepada masjid surau berkenaan dan membantu masjid surau yang daif.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa oleh kerana pada akhir tahun 2018 berlaku pertukaran pentadbiran melalui mesyuarat Agung, maka setiap masjid diminta menyerahkan borang penyerahan tugas dari jawatankuasa lama kepada jawatankuasa baharu.Seterusnya dibentengkan rekod penghantaran laporan kewangan bagi setengah tahun pertama 2018 dan setengah tahun kedua. Ternyata ada masjid yang masih belum dapat menghantar laporan berkenaan.
Juga dibentangkan laporan penerimaan imbuhan bagi masjid bagi tahun 2018.
Juga dibincangkan tentang sasaran masjid dan surau bagi tahun 2019. Format-format yang disediakan untuk dicontohi. Masjid dan surau mempunyi  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang seharusnya diikuti bagi mencapai piawayan disenaraikan.
Tujuan tidak lain bagi menjadikan masjid dan surau cemerlang di dalam pentadbiran, juga dari segi pengimarahan dan kegiatan kemasyarakatan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment