February 13, 2019

MENAMPILKAN CALON PALING TEPAT DI SEMENYIH


MENAMPILKAN CALON PALING TEPAT DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 147),
BBB, 08 Jamadil-Akhir 1440H. = 13 Februari 2019 (Rabu):
Sebelum tiba hari penamaan calon bagi PRK Semenyih pada 16 Februari, 2019 kini parti-parti politik , khususnya PH dan Umno yang akan bertanding  merebut kerusi DUN Semenyih, sudah pasti telah kenalpasti calon terbaik bagi setiap parti bagi merebut kerusi berkenaan. PH dijangka mengumumkannya esok. Sebelum ini telah berlaku calon-calon acah bagi melihat reaksi penduduk. PH dikatakan akan mengemukakan Siti Zaleha sebagai seorang selebriti, tetapi segera dinafikan oleh pihak PH. Dipihak BN pula ada mengaitkan Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim Bekas Menteri Besar Selangor sebagai calon bagi Umno. Tetapi reaksi dari parti itu, ramai lagi calon yang dapat diketengahkan.
Bagi pilihanraya kecil seperti Semenyih dalam mana pemilihan perlu dibuat dengan teliti perkara yang mau dielakkan ialah menampilkan calon `kitar semula`, lantaran ia akan memberi tanggapan bahawa parti yang menampilan calon `kitar semula` sebagai kekeringan tokoh dan tiada pembaharuan. Ciri yang menjadi perkiraan juga calon hendaklah `Anak Tempatan` yang perlu cukup syarat sebagai seorang calon. Kriteria yang popular juga, ianya hendaklah dari kalangan muda yang cergas dalam kegiatan parti dan masyarakat.
Melihat kepada demografi pengundi di Semenyih, tidak sebagaimana Semenyih sebelum perubahan sempadan pada 2014, kawasan ini terbahagi dua. Satu kawasan tradisi seperti Pekan Semenyi hingga Beranang memanglah kawasan tradisi, dan kosep anak tempatan memang sesuai. Tetapi Semenyih kini  tidak lagi bersifat tradsi, separuh daripadanya, iaitui Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah dua bandar baru dan tiada siapa boleh mendakwa sebagai anak tempatan. Jika dilihat kepada demografi ini DUN Semenyih mempunyai kewajaran menampilkan calon orang baru yang aktif dan intelektual. Perlu diingat dua kawasan ini adalah kawasan yang mempunyai dua institusi pengajian tinggi iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Uiversiti  Sain Islam Malaysia. Penduduk dari dua buah bandar berkenaan, sebahagian dari mereka adalah bekerja di institusi pengajian tinggi berkenaan. Jangan lupa ada sebuah lagi universiti di kawasan Semenyih, iaitu Nottingham University. Ertinya relevensi mau anak tempatan dan dari kawasan tradisi tidaklah begitu kukuh. Yang  wajar dengan keperluan semasa seorang calon yang dinamik, mempunyai kelulusan tinggi mewakili masyarakat intelektual dan dapat menyampaikan idea bernas di Dewan Undangan Negeri Selangor dan di mana berpeluang bagi menampilm wakil Semenyih yang dinamik.
Dalam hal ini PH nampaknya lebih awal menonjolkan dua dari  lima calon yang berpotensi, iaitu Wan Ahmad Faishal bin Wan Ahmad Kamal Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, dikatakan seorang yang cergas dan banyak bergiat di dalam kerja-kerja parti dan kemasyarakatan. Melihat kepada namanya, beliau nampaknya bukan sepenuhnya anak tempatan. Seorang lagi calon ialah Dr. Ahmad Faiz bin Na`man yang dikatakan menepati dengan kehendak parti dari orang muda dan intelektual. Namun sejauh mana ketepatan dari segi anak tempatan tidaklah jelas.
Manakala Umno nampaknya mau menampilkan calon wanita, iaitu Puan Rohani bt. Kasim pemimpin bahagian di Hulu Langat. Seorang lagi bakal calon ialah Azman Ahmad, jawatankuasa Umno Bahagian. Manakala seorang lagi ialah Ismail Sani Bekas Adun Dusun Tua. Umno nampaknya masih terikat dengan orang lama yang boleh disifatkan sebagai kitar semula. Tidak adalkah calon baru lebih muda dan intelektual ? Ada dua calom lain iaitu Sdr. Aru dari PSRM dan aktivis masyarakat iaitu Uncle  Kentang yang akan memeriahkan pertandingan.
Walau apapun ketepatan memilih calon amat penting. Kita menunggu hari pencalonan Sabtu nanti  yang mempastikan siapa calon sebenar.
Sekian

No comments:

Post a Comment