February 22, 2019

MEMENUHI HARAPAN PENDUDUK SEMENYIH: MEMAHAMI KEDUDUKAN


MEMENUHI HARAPAN PENDUDUK SEMENYIH: MEMAHAMI KEDUDUKAN
(Fikrah Bangi:  156),
BBB, 17 Jamadil-Akhir 1440H. = 22 Februari 2019M. (Juma`at).
Di dalam  sebuah artikal, `Apayang diharap penduduk Semenyih ialah peningkatan kualiti hidup penduduk Semenyih` disiarkan oleh The Star , Khamis 21.2.2019 menggambar5kan bahawa Semenyih yang berada ditiga segi pembangunan pesat, iaitu Puterajaya, KLIA, Sepang dan Seremban, maka Semenyih yang tersorok dari laluan utama dan ke dalam bagi sempadan selatan negeri Selangor itu, tidaklah  menjadi tumpuan dan kurang diberi perhatian. Dengan adanya PRK sekarang ini, maka barulah heboh orang-orang politik turun menawarkan berbagai-bagai janji. Kelak bila selesai pilihanraya, untuk tempoh terdekat adalah sedikit perhatian diberi, tetapi kemudian akan kembali sepi, kecuali jalan  kenderaan pada waktu puncak berlaku kesesakan  di jalanraya di tengah-tengah Pekan Semenyih.
Semenyih akan kekal dengan imej pekan kecil yang ada beberapa lorong jalan dengan kedai-kedai mendepaninya. Ada dua buah pasar. Satu untuk awam dan satu lagi untuk penduduk  Cina, Kampung Baru, Semenyih. Datang ke Pekan Semenyih ialah penduduk dari Broga bagi mendapatkan keperluan dan menyalurkan hasil tanaman mereka di pasar-paswar dan kedai-kedai di Pekan Semenyih. Penduduk dari Berananga sama ada berurusan di Pekan atau sekadar melaluinya untuk ke jalan jaringan SILK untuk ke Kuala Lumpur atau ke Kajang dan Bangi untuk urusan yang berhubung dengan pejabat-pejabat. Sebahagian dari penduduk Bangi Lama datang berurusan bahan-bahan keperluan di Semenyih atau lebih mudah saja ke Bandar Baru Bangi dan Kajang melalui jalan lama. Mereka mempunyai bandar alternatif bagi urusan keperluan iaitu ke Seri Putera dan Bukit Mahkota yang menjadi sebahagian dari Dun Semenyih. Semenyih mempunyai dua tarikan sebagai tempat rekreasi iaitu Bukit Broga dan Sungai Tekala. Kedua tempat ini menjadi kunjungan penduduk dari luar Semenyih dan penduduk Semenyih juga. Tetapi hingga kini belum ada komitmen dan pablisiti bagi menjadikannya tempat yang menjadi tarikan ke Semenyih.
Semenyih mempunyai tanah perkuburan canggih untuk orang-orang Cina, tetapi tempat ini tidak begitu gembira untuk disebut. Pada peringkat permulaan kubur ini mau dibangunkan, ada juga bantahan, tetapi reda. Kawasan sunyi melalui kampung Pasir itu dianggap sesuai untuk perkuburan canggih.
Satu yang dilupakan, bahawa Semenyih (Sungai Semenyih), bersama Sungai Langat berperanan penting di dalam membekalkan air bagi sebahagian dari Negeri Selangor, tetapi ianya bukanlah menjadi tempat daya tarikan, bahkan menjadi kawasan larangan agar tidak dicemar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bila berlakui kecemaran barulah heboh berita berkenaan Hulu Langat, termasuklah Semenyih. Sering kawasan yang membekalkan air ini kekurangan air, tapi kini kurang berita berkenaan.
Pembangunan yang agak ketara ialah kiri kanan jalan ke Beranang dan ke Seremban dan terdapat kilang-kilang yang memberi peluang pekerjaan  kepada penduduk setempat. Tetapi pembangunan di sini tidaklah sehebat pembangunan d Puterajaya, Seremban dan Nilai. Kawasan Broga masih dilihat terpisah dari kemajuan.  Kawasan yang bersifat kampung ini dihuni oleh petani-petani dan pekebun-pekebun kebanyakannya orang Cina, di samping Melayu. Kawasan ini lebih terpengaruh dengan budaya Negeri Sembilan dan Pekan Broga sendiri berada di sempadan separuh berada di kawasan Semenyih, Selangor dan separuh lagi termasuk di bawah Negeri Sembilan. Orang Melayu di sisni ramai dari keturunan orang Minang dan terlibat dengan pertanian sebagaimana orang-orang Cina.
Semenyih tidak terkenal sebagaimana Bangi yang banyak dengan pengajian-pengajain tinggi swasta , pusat-pusat penyelidikan dan latihan Semenyih mempunyai sebuah pengajian tinggi di pinggir  (Jalan ke Broga) Pekan Semenyih- Nottingham University. Pengajian ini tidak begitu menonjol dan pelajar-pelajarnya ialah dar luar negara. Mereka yang datang belajar di sini kerana kos pengajian lebih rendah berbanding dengan pengajain di kampus induk di England.
Inilah wajah Semenyih yang berimej  pekan dan kampung. Bagi yang menjadi Wakil Rakyat harus memahami situasi Semenyih untuk memberi khidmat yang sesuai dan memuaskan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment