March 1, 2019

PAS MENANG DI KAJANG TERMASUK SEBAHAGIAN SEMENYIH


PAS MENANG DI KAJANG TERMASUK SEBAHAGIAN SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 164),
BBB,  24 Jamadil Akhir 1440H. = 01 Mac 2019M. (Juma`at):
Setelah bertungkus lumus berkempen selama 10 hari dan seharian melawat semua pusat mengundi di DUN Kajang bersama pengiring-pengiring , pada 29.11. 1999 dan berakhir dengan keletihan pada petang, tetapi tetap dengan semangat tinggi, maka pada malam Penulis dan penyokong-penyokong menghadiri tempat kiraan undi di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Situasi  perkiraan amat mendebarkan, kerana undi yang didapat oleh Wakil MCA Choong Tow Chong adalah sengit, maka perkiraan terpaksa dibuat beberapa kali untuk memuaskan hati.
Jumlah pengundi  DUN Kajang pada masa itu ialah:
Melayu  54.21 %  (Bukannya 49% sebagaimana disebut sebelum ini).
Cina       33.67%
India      12.02%
Lain-lain  0.11
Pada jam 1.30 pagi diumumkan keputusan. Daripada jumlah  29,360 pengundi yang keluar:
Dr. Shafie bin Abu Bakar (Pas)  10, 922
Choong Tow Chong (MCA)         10,885
Majority                                                37
Peratus keluar mengundi           75.6
Undi rosak                                    279
Jumlah keluar mengundi           21,807
Keputusan disambut dengan takbir beramai-ramai oleh penyokong-penyokong Pas  dan melahirkan kesyukuran kepada Allah Ta`ala. Kemenangan adalah di luar dugaan dan amat bermakna. Melalui kerjasama dengan parti-parti dalam Alternatif dan sokongan semua kaum Pas pertama kali menang di kawasan multi-rasial.
Walau bagaimana kerusi-kerusi yang lain yang ditandingi Pas di Hulu Langat, baik pada peringkat Parlimen yang calonnya Saudara Mohd Nor Nawawi, Dun Dusun Tua oleh Cikgu Fadhil dan Dun Beranang oleh Tuan Haji Zainuddin Lapos semuanya kalah.
Kerusi Dun pada peringkat negeri dimenangi Pas oleh Dr. Hassan Ali (Gombak) dan Ustaz Ismail Kamus (Ampang). Pada peringkat negeri Kelantan dan Terengganu dikuasai oleh Pas.
Di Dewan Undangan Negeri Selangor Pas adalah pada pihak Pembangkang bersama wakil-wakil DAP dan Keadilan. Pihak Kerajaan BN pada peringkat permulaan diketuai Menteri Besar Selangor yang pada masa itu ialah Dato` Abu Hassan Omar.
Sekian.

No comments:

Post a Comment