March 27, 2019

WUJUDKAN UNIT URUSAN BANTUAN PELAJAR


WUJUDKAN UNIT URUSAN BANTUAN PELAJAR
(Fikrah Bangi:  186),
BBB, 20 Rejab 1440H. = 27 Mac 2019M. (Rabu):
Jika pihak universiti bersungguh-sungguh mau menolong pelajar-pelajar susah, maka ianya hendaklah dilalkukan secara teratur, tidak sekadar ikut-ikutan dan apabila diperkatakan mereka perlu diberi makan, maka pihak universiti pun beri makan dan mengumumkan pihak universiti sebagai universiti terawal melakukan sedemikian., sebagai publisiti murahan ?
Pihak universiti perlu mewujudkan bahagian `Bantuan Pelajar` di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Universiti.. Sebagai contoh selepas bahagian ini mengenalpasti pelajar-pelajar yang susah dan benar-benar memerlukan bantuan, maka pihak  Unit Bantuan buat hubungan misalnya dengan industri-industri dan kilang-kilang yang ada di sekitar Bangi, bahkan hingga Kajang, Semenyih dan Nilai, berbincang dengan industri-kilang peluang-peluang sesuai dapat diisi dengan tenaga pelajar menurut waktu bersesuain, misalnya hujung minggu atau shift bersesuaian yang dapat diisi dengan tenaga pelajar misalnya seminggu sekali bagi seorang pelajar. Bidang yang dipilih hendaklah bidang yang sesuai. Mereka yang pergi kerja diangkut oleh bas industri-kilang atau pihak universiti. Urusan bayaran adalah melalui Bantuan Pelajar.. Giliran berklerja dapat ditambah, jika bersesuaian dan tidak mengganggu pelajaran.
Satu cara lagi pihak Bantuan Pelajar dapat membuat survey restoran, kedai dan pasaraya yang memerlukan tenaga kerja sambilan yang dapat diisi oleh pelajar-pelajar. Kerja-kerja diberi menurut kesesuaian. Urusan dilakukan oleh pihak majikan dengan Unit Bantuan Pelajar.
Di Bandar Baru Bangi banyak pasar petang malam dan pagi, pihak Bantuan Pelajar dapat berunding dengan penjual-penjual bagi membekalkan tenaga pembantu bagi jualan. Jika perlu pihak Batuan Pelajar dapatkan lot-lot jualan yang dikendalikan oleh pelajar dengan menjual bahan-bahan yang sesuai dan menguntungkan.
Di Bandar seperti Bandar Baru Bangi terdapat taman rekreasi, kawasan-kawasan perumahan dan taman-taman permainan pihak Bantuan Pelajar dapat berunding dengan pihak MPKj bagi membekalkan tenaga pelajar dan kumpulan membuat kerja-kerja pembersihan secara gotong royong pada hujung-hujung minggu dari taman ke taman bagi membersih dan menanam pokok-pokok dan sebagainya. Kerja ini berterusan secara rotation.
Selain daripada itu di BBB ada masjid-masjid dan surau-surau yang mendirikan solat Juma`at. Masjid dan surau ini mengadakan pembersihan setiap minggu menbjelang Juma`at. Tenaga-tenaga pelajar dapat dihantar ke masjid surau dengan rundingan pihak Bantuan Pelajar,  Kerja ini dapat dilakukan secara mingguan dengan kerjasama pihak masjid.
 Selain daripada itu hampir setiap rumah memerlukan pekerja atau `Orang Gaji` yang bekerja secara tinggal bersama atau datang bekerja menurut jam. Pihak Bantuan Pelajar dapat membuat survey terhadap keperluan orang gaji secara menurut jam dan dapat dihantar tenaga pelajar menurut jam-jam yang dipelukan meurut kesesuaian.
Pihak Bantuan Pelajar juga dapat wujudkan unit gotong royong kepada pihak memerlukan seperti Majlis Perkahwinan, sambutan dan berbagai-bagai lagi yang tenaga kerja adalah dari pelajar-pelajar,
Di Bandar Baru Bangi banyak rumah jagaan anak-anak dan orang tua, rundingan dapat dibuat agar pelajar-pelajar dapat berkhidm,at di tempat-tempat tersebut mengikut kesesuaian masa.
Pihak Bantuan Pelajar dapat mewujudkan tenaga pengajar untuk kelas bimbingan anak-anak sekolah yang dianjurkan oleh pihak Bantuan Pelajar atau dihantar berkhidmat di pusat-pusat tuition.
Pihak Bantuan Pelajarjuga boleh mengadakan khidmat penghantaran dan bantuan secara online dan sebagainya bagi jarak sesuai.
Banyak lagi peluang kerja sementara dapat diadakan. Pelajar-pelajat yang hendak dihantar berkhidmat hendaklah melalui latihan terlebih dahulu agar khidmat yang dilakukan memuaskan dan bayaran yang diterima adalah berpatutan.
 Cara yang dibincangkan adalah lebih teratur, terhormat dan lebih memberi pulangan bagi pihak Bantuan Pelajar dan pelajar dari hanya beri makan sekali sekala.
Diharap  cara teratur dan efician dapat dilakukan bagi membantu pelajar susah, Khidmat hendaklah dilakukan dengan baik dan semua berpuashati dengan kerjak-Kerja yang dilakukan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment