LGBT – ANTARA TINDAKAN KERAS DAN PEMULIHAN
(Fikrah Bangi:
174),
BBB, 06
Rejab 1440H. = 13 Mac 2019M. (Rabu).
Isu berhubung dengan Lesbian, Gay,, Bi-Sexual
dan Trans-Gender (LGBT) bukan baru,
tetapi timbul kembali secara kebetulan sempenan Hari Wanita Sedunia yang sama disambut di Malaysia dan pada 9 Mac 2019,
ada perhimpunan yang mengadakan perarakan sempena sambutan pada hari tersebut
dari Sogo ke Masjid India di Kuala Lumpur. Menyelinap sama di dalam perarakan
itu kumpulan dan penyokong LGBT yang mengungkapkan antaranya ``Hidup LGBT`
sambil megebarkan bendera warna pelangi, lambang bagi kumpulan itu.
Dari
segi undang-undang dikatakan perhimpunan dan perarakan itu tidak mendapat keizinan
dari Polis dan pihak polis menyiasat dan
ia merupakan kesalahan menurut Seksyen 9
(5). Memanglah ia hak dan bidang kuasa Polis bagi mengambil tindakan untuk menjaga perundangan dan keselamatan awam.
Tindakan kumpulan dan penyokong-penyokong itu
dari satu pihak mendapat kecaman dari beberapa orang mufti dan juga kalangan
awam, sambil menyatakan kesal terhadap mereka yang menyokong LGBT. Walau
bagaimana ada yang bersifat kritikal. Misalnyta Mufti Kerajaan Negeri Pulau
Pinang Dato` Seri Wan Salim bin Wan Mohd Noor menganjurkan agar ianya dilihat
dari segi psikologi dan kerohanian. Kita menyokong pendapat ini. Bermaksud
gejala sosial ini perlu dikaji secara ilmiah oleh pihak berkenaan dan berwibawa, kemudian tindakan diambil hasil dari dapatan dan
cadangan agar gejala ini dapat diatasi.
Sememangnya mereka ini bersalah, tapi
seharusnya dikaji mengapa mereka ini terbawa kepada kegiatan LGBT. Mereka ini
adalah mangsa gejala sosial dan mereka ini tidak mau terseret kepada LGBT
tetapi terseret kepadanya.
Kewajaran adalah dibuat kajian secara
terperinci dan mengatasinya secara teratur dan terancang dan dapat membawa kembali
mereka kepada kehidupan masyarakat normal.
Perlu dilihat mereka dari segi latar belakang
keluarga. Bagaimana mereka dididik. Pendidikan yang diterima dan pergaulan yang
diterima. Sejauh manakah mereka dididik dalam bidang keagamaan dan kehidupan
sosial mereka kini. Lebih jauh perlu dilihat apakah sebarang fahaman yang
mempengaruhi mereka. Misalnya sekularisme dan leberalisme. Mereka perlu dilihat
sebagai gejala sosial yang memasalahkan masyarakat.
Banyak pihak yang patut terlibat. Pertama
sekali tentulah Kerajaan yang melalui Kementerian tertentu, misalnya Kebajikan
Masyarakat, Belia dan Pendidikan patut memberi perhatian bagi memulihkan
golongan ini agar dapat kembali kepada
masyarakat normal.
Pihak JAKIM, Jabatan-Jabatanb Agama Negeri dan
Mufti-Mufti tidak seharusnya mengambil sikap mengecam semata-mata, tetapio
hendaklah mengambil tindakan pro-aktif. Misalnya melalui kerjasama Kebajikan
Masyarakat, JAKIM dan Pejabat Agama Negeri termasuk mufti-mufti melihat mereka
sebagai mangsa gejala sosial dan mereka ini diambil dan diberi pendidikan dari
segi keagamaan dan pendidikan yang dapat menyedarkan mereka dan dapat
dikembalikan mereka secara normal ke dalam masyarakat.
Jika kini ada institusi dan badan yang sanggup
membuka rumah perlindung kepada gadis-gadis terlanjur dan mereka ini dididik
dan dipulihkan, maka mekanisme sebegini dan lebih teratur dapat diwujudkan oleh
JAKIM dan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan-Jabatan Agama Kerajaan Negeri bekerjasama membawa mereka
kepada institusi pemulihan dan kalau dapat menyediakan mereka peluang untuk
hidup dan peluang bekerja secara masyarakat biasa.
LGBT adalah mangsa dari gejala sosial masyarakat
yanbg tidak sihat dan mereka perlu dipulihkan secara sistematik oleh pihak
berkenaan agar mereka dapat dikembalikan
kepada masayarakat secara normal
Sekian.
No comments:
Post a Comment