PELUANG PEKERJAAN BAGI GRADUAN
Fikrah Bang: 189),
BBB, 23 Rejab 1440H. = 30 Mac 2019M. (Sabtu).
Semalam dan hari ini di akhbar-akhbar
dibicarakan tentang gaji yang tidak setimpal yang diterima graduan yang
berpeluang berkhidmat – mendapat pekerjaan. Al-hamdulillah mereka mendapat
pekerjaan, walaupun sedikit kurang daripada jumlah danjaran yang sepatutnya
diterima.
Masalah pelajar lebih daripada itu. Antaranya
:
Lambakan graduan yang keluar dari pengajian
tinggi. Lamaran-lamaran yang dibuat terhadap pekerjaan, 5% saja berpeluang
diinterview dan itupun belum tentu dapat. Ini membayangkan sukarnya untuk
mendapat pekerjaan yang dilamar.
Ada yang berpeluang mendapat tajaan dari pihak
pemerintah menyambung penhgajian tinggi, antaranya keluar negara dan pulang
setelah berjaya. Mereka sepatutnya telah mendapat pekerjaan, tetap[i tertangguh. Keadaan ini dialami seperti oleh
pelajar-pelajar perubatan, bahkan guru-guru khusus yang dihantar ke luar
negara. Mereka menganggur dan setengahnya terpaksa mencari pekerjaan sementara.
Ramai dari graduan biasa yang tidak mendapat
jaminan pekerjaan, terpaksa membuat apa saja pekerjaan seperti berjual di pasar
malam, membuka warung-warung, bahkan sanggup memilih pekerjaan yang tidak
setimpal dengan kelulusan. Misalnya yang lulus diploma, menerima gaja atas
kelulusan SPM, begitu juga graduan sanggup menerina bayaran atas nilai diploma.
Setengah yang tidak mendapat pekerjaan, rela
menyambung pengajian, walaupun tidak mempunyai punca kewangan terjamin.
Lantaran itu dengan kerja sambilan, maka jika pada peringkat ijazah pertama,
mereka terpaksa mengikat perut, maka demikianlah juga pada perngkat ijazah
lanjutan.
Sebahagian dari yang memilih bekerja, maka
kebanyakan mereka bergelut dengan tuntutan bayaran PTPTM.
Walaupun berlaku lambakan graduan, tidaklah
wajar diperkecilkan perluang belajar bagi yang layak menyambung pengajian.
Walau apa pun masalah yang dihadapi selepas mendapat kelulusan, mereka orang
yang terpelajar. Dan berpelajaran adalah jauh lebih baik dari yang tidak
belajar.
Cuma bagi pihak pengajian tinggi perlu kreatif
dan inovatif, menjadikan pelajar yang keluar menjadi rebutan tawaran pekerjaan.
Atau menjadikan gtaduan kreatif dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bukan
sahjaja bagi dirinya, tetapi juga bagi mereka yang lain.
Kerajaan di samping menggalakkan pengajian, juga
seharusnya menggalakkan peluang kelahiran pekerjaan dari berbagai-bagai sektor.
Pengajian tinggi pada masa ini tidak seperti
pada tahun-tahun 1970an dan 1980am dalam mana graduan menjadi rebutan sektor
pekerjaan. Kini Graduan perlu membuktikan dirinya layak bagi sesuatu pekerjaan.
Lebih dari itu ia kreatif dan inovatif hingga dapat mewudkan pekerjaan bagi
dirinya dan orang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment