March 17, 2019

BUMI RUMAH KITA BERSAMA - SELAMATKAN DARI SEBARANG ANCAMAN


BUMI RUMAH KITA BERSAMA
(Fikrah Bangi:  178),
BBB,  19 Rejab 1440H. = 17 Mac 2019M. (Ahad).
Peristiwa racun sebatian  kimia melampau yang berlaku di Pasir Gudang, Johor  mengingat dan memberi pengajaran bahawa bumi yang kita huni adalah rumah kita bersama yang seharusnya kita jaga sebaik mungkin agar ianya selamat untuk dihuni. Kecuaian yang berlaku sejak Pasir Gudang dibuka dan terdapat 254 kilang telah beroperasi. Bahan-bahan kimia dari kilang-kilang  ini selama ini telah dilambakkan ke dalam Sungaiu Kim-Kim di Pasir Gudang tersebut. Maklumat terakhir terdapat 15 chemicles terapung dari permukaan Sungai Kim-Kim yang tidak lagi mampu memendamkannya selama ini. Akibatnya racun ini membahayakan alam sekitar termasuklah penduduknya. Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh berbagai agensi untuk menghapuskan racun dan kalau dapat mengembalikan Sungai Kim-Kim dan sekitarannya kembali normal.
Kawasan yang kita huni, ibarat sebagai rumah bagi keluarga mendiaminya. Bagi menjamin kesihatan keluarga perlu dijaga. Dalaman rumah hendaklah sentiasa bersih, di samping luarannya sepatutnya bukan saja dibersih, tetapi dihias dengan taman yang dapat menarik perhatian dan menyegarkan.
Kiasan yang lebih luas dan besar, seperti sebuah perbandaran, maka Majlis Perbandrana sebagai kerajaan tempatan hendaklah bertanggungjawab, agar bandar bersih dari sampah sarap, laluilintas teratur dan selamat, air yang menjadi sumber utama bagi diminum dan juga bagi kehidupan hendaklah bersih. Demikian juga dengan udaranya tidak berlaku pencemaran. Pasir Gudang tentulah berada di bawah perbandaran. Apakah selama ini pihak perbandaran tidak mengawasi dari segi pertumbuhan industri, dari segi operasi dan ke manakan dibuang racun-racun kimia. Tidakkah wujud SOP yang  perlu dipatuhi oleh kilang-kilang berkenaan. Bagaimana  himgga timbul bencana kimia mengancam baru disedari tentan g bahayanya. Sepatutnya Majlis Perbandaran setempat lebih awal menmyedari dan tindakan undang-undang lebih awal diambil. Kalau kilang-kilang didapati bersalah, maka pihak berkuasa Perbandaran segharusnya sama bertanggungjawab berlakunya pencemaran yang sedemikian teruk.
Bagi sebuah negara seperti Negara kita Malaysia, termasuk negara-negara yang lain sam memberi perhatian terhadap keselamatan alam sekitar yang diuni penduduk. Tuanm memberi kita air sebagai sumber untuk diminaum dan berbagai-bagai kegiatan bagi kehidupan, maka sumber ini perlu dijaga sebaik-baiknya agar rakyat terselamat dari pencemaran, kekotoran dan racun kimia sebagaimana berlaku di Pasir Gudang. Allah memberi kita udara yang kita bernafas dengannya, maka sumber udara ini juga harus  dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak berlaku pencemaran yang dapat mengancam kehidupan manusia dan kehidupan-kehidupan yang lain.. Tuhan memberi kita tanah sebagai rumah kita bersama bumi yang subur yang dapat  mengeluarkan  hasil pertanian yang menjadi sumber pendapatan.  Demikian Tuhan memberi kita muka bumi yang kita hidup di atas permukaan, maka hendaklah kita menjaga kesuburan tanah agar dapat mengeluarkan hasil tanaman. Demikianlah dengan apa perkara yang dapat memberi hasil dan dapatan hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin kerana darinya kita mendapat rezeki bagi meneruskan kehidupan.
Demikianlah pada peringkat antara bangsa, Tuhan memberi ruang  tanah air yang kita dapat menjaganya sebagai kawasan bagi negara kita, maka demikianlah dengan negara-negara yang lain. Setiap  negera seharusnya menjaga sempadan tanahair dari luar dan dalam,. Kerajaan yang memerintah perlu berusaha bagi menyediakan keperluan hasil yang menjadi sumber kehidupan.
Pada peringkat negara semua pemimpin perlu mengkhususkan agenda bagi menjaga keselamatan bagi setiap negara, tidak berkonflik hingga membawa kepada peperangan. Antara negara yang berkaitan perlu diadakan konvensyen utama bagi membincangkan keselamatan  penduduk. Selamat dari  bahan nuklier yang dapat mengancam kehidupan dan kelangsungan. Setiap negara perlu bekerjasama menghapuskan sengketa, tidak menggunakan nuklirer yang dapat mengancam keselamatan dan kedupan manusia sejagat.
Bumi adalah Rumah Kita Bersama. Selamatkan dia dari berbagai ancaman. Jadikan dunia zon aman yang bebas dari sebarang abcaman.
Sekian.

No comments:

Post a Comment