JASA UTAMA PAS DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 165),
BBB, 25 Jamadil-Akhir 1440H. = 02 Mac 2019M.
(Sabtu).
Hari ini adalah hari mengundi PRK Semenyih
(DUN 24). Pertandingan antara PH dari pihak kerajaan dan Umno yang dibantu Pas.
Kita lihat antara kaedah klisye mencari isu utama peringkat akhir yang dapat
membunuh character atau pengaruh lawan,. Kita lihat Juma`at semalam pihak PH
menggunakan media yang dikuasainya pertama dituju kepada Ketua Umno bahagian
Puchong Datuk Satim Diman dengan memberi katadua agar Datuk Satim memohon
maaf dalam tempoh dua hari akibat dari
ucapannya yang dikatakan menggores hati
keluarga bekas empat Adun PH.
Kedua dituju kepada Pas yang membantu Umno,
walaupun tidak ada bukti di dalam akaun
Pas tentang penyaluran RM90 juta dana
IMDB yang cuba dikaitkan dengannya, tetapi akaun pemimpin utama Pas dikatakan
dibekukan dan kereta mewah mereka dirampas. Pagi hari mengundi ini dibawa
persoalam penyelesaian kes Pas dengan Editor Sarawak Report di luar mahkamah.
Semuanya ini untuk menjatuhkan reportasi Umno dan Pas yang bekerjasama
menentang PH di Semenyih. Ini semua memperlihatkan
ketakutan PH terhadap kerjasama antara Umno dan Pas.
Kita harap rakyat semenyih dapat faham
berkenaan tektik politik berkenaan. Lebih dari itu pihak PH mempromosikan wawasan
calon PH yang konon akan menjadikan
Semenyih maju, selamat, lestari, sihat dan komunikatif. Ingatlah ini semua
janji yang subjektif. Ia mungkin tidak mampu ditunaikan sebagaimana banyak
janji yang dibuat PH tidak ditunai.
Berhubung dengan kemenangan Pas di Semenyih
sebagai sebahagian daripada Dun Kajang pada 29.11.1999, maka selainm dari
mengadakan majlis kesyukuran dengan
mengadakan jamuan rakyat dengan menyembelih 2 ekor lembu di Markas Mawaddah di
Seksyen Dua, Bandar Barui Bangi, iaitu pada 4 Disember 1999 dengan dihadiri
begitu ramai penyokong-penyokong.
Berikut dari kemenangan Pas di Kajang – termasuk
sebahagian dari Semenyih, sebagai pembangkang kita mempunyai pendekatan sendiri
secara kreatif. Satu pendekatan yang diambil ialah turun padang dengan membuka
`Kaunter Aduan` ditempat-tempat strategik seperti di Pasar Kajang, Pasar Kampung Baru Semenyih, di anjung kedai
di Sungai Long dan di pasar-pasar malam seperti Bandar Baru Bangi, Pekan Bangi,
Jalan Reko, Bukit Mewah dan beberapa tempat yang lain. Pada tempat-tempat
berkenaan disediakan sebuah meja dan beberapa kerusi yang dibawa. Pada meja
terdapat logo ADUN Kajang, ``Anda
Memberi Mandat, Kami Memberi Khidmat. Borang-norang aduan disediakan, juga
disediakan bahan-bahan maklumat seperti Buletin Adun Kajang diedarkan. Setiap
kali kaunter dibuka tenaga-tenaga parti dari Pas, Dap an PKR turun sama
membantu dan mengedarkan bahan-bahan serta menolong membuat catatan aduan.
Tenaga-tenaga dari Pas yang sering mengiring (biasanya pada pagi Sabtu atau
Ahad & waktu pasar malam). Dari Pas seperti saudara Ahmad Sulaiman
Setiausaha Pas Kajang/ Hlu Langat. Sdr. Shukur Atan bahagian Penerangan, Azmi Ahmad Pembantu Adun,
Jamil Saring, Abdullah Aceh, Abdullah Kecil dan ramai lagi Manakala dari NGO seperti Cikgu Lee dan Kumpulannya,
manakala dari Dap ialah En. Lee dan
kumpulannya. Jika di Semenyih kita mempunyai lebih kurang 10 orang veteran Dap
antaranya En. Lee, En. Chee dan lain-lain. Pusat DAP Semenyih yang agak tua dan
lama adalah menjadi pusat kegiatan Pas bila turun Ke Semenyih. Sudah menjadi
tradisi yang dipelajari dari Cikgu Lee Kim Sin
(Jadi Adun Kajang selepas Penulis) kaedah membuat kenyataan akhbar.
Setiap kali turun padang pihak Adun menjemput pemberita berbagai akhbar
terutama dari Akhbar-akhbar Cina seperti China Press (En. Chen – sdah meninggal),
Nanyang Siang Pau (Cik,, lupa), Sin Chew Jit Poh (Cik ..lupa) yang sering membuat laporan
tentang kegiatan Adun Kajang dan aduan, turut melapor tetapi jarang ialah, The
Star dan beberapa akhbar lain.
Kaunter
Aduan terawal di Semenyih, selepas dibuka pada tempat-tempat lain ialah
dilakukan pada 8 Disember 1999 berdepan Pasar Kampung Baru Semenyih dan
berdepan kedai . Pada hari Sabtu 23 Februari 2019 Penulis bersama saudara Azizi
turun melawat kembali tempat yang sering Penulis datang pada masa menjadi ADUN
Kajang dulu.. Aduan yang biasa diterima seperti pada 8 Disember 1999 tentang kekotoran kawasan di sekitar
Pasar Kg. Baru Semenyih, rumput tepi longkang panjang dan tidak dipotong. Kekurangan
tempat parkir, kawasan kiri tepi pasar perlu ditar bagi dijadikan tempat
parkir. Pokok-pokok yang tidak dipotong dahan dan perparitan yang tidak dibersihkan.
Pada waktu lain adalah aduan tentang kandang lembu berhampiran kawasan kediaman
yang merupakan pencemaran. Perkara-perkara ini dijadikan bahan bagi sidang
akhbar yang dibuat secara spontan. Berita kegiatan ADUN Kajang pada tempoh
sesinya lebih banyak diberi liputan dalam akhbar-akhbar Cina berbanding dengan
akhbar lain. Aduan-aduan dipanjangkan kepada pihak berkenaan seperti MPKj,
Pejabat Daerah dan lain-lain.
Satu isu penting yang aduan diterima dari
penduduk Kampung Baharu Semenyih, bahawa tanah pajakan bagi kediaman mereka
hampir tamat (tempoh 30 tahun selepas Kg. Baru dibuka) . Tapak kediaman pendudk
Kampung Baru Semenyih ini dijadikan isu utama. Isu ini tidak saja dibawa
keperingkat MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat, tetapi dibawa dan diucapkan
dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor. Akhirnya permohonan
penduduk disambung. Mereka dibenar memilih menyambung pajakan sama ada 30 atau
60 bahkan hingga 99 tahun, makin lama tempoh dipohon makin tinggfi bayaran.
Penduduk Kampung Baru Semenyih hingga kini menikmati penambahan tempoh pajakan tanah
yang mereka huni.
Sekian.
No comments:
Post a Comment