March 22, 2019

PEMERGIAN HAZIQ, KETENTUAN QADHA` DAN QADAR


PEMERGIAN HAZIQ,  KETENTUAN QADHA` DAN QADAR
(Fikrah Bangi: 181)’
BBB, 15 Rejab 1440H. = 22 Mac 2019M. (Juma`at).
Berpulangnya ke Rahmatullah Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi (17)   dalam peristiwa tembakan rambang terhadap dirinya dan yang lain di Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand pada Juma`at  15 Mac 2019 lepas adalah contoh yang baik bagi pengukuhan akidah bagi umat Islam dan yang lain. Muhammad Haziq yang sebelum itu dikatakan hilang, telah dipastikan terkorban dalam pembunuhan kejam di Masjid Al-Noor telah disahkan meninggal melalui ujian DNA dan disahkan oleh pihak Wisma Putera dan telah dikebumikan semalam di tanah perkuburan Bromly di Christchurch Khamis semalam. Jamaah Malaysia yang sama mau menunaikan solat Juma`at dan turut cedera ialah Mohd. Tarmizi Shuib bapa Muhammad Haziq (42), Mohd Nazril Hashim Omar (46) dan Rahimi Ahmad (39). Muhammad Haris (12) adik Muhammad Haziq yang sama pergi ke masjid untuk sama solat Juma`at terselamat.
Muhammad Haziq yang pernah belajar di Sekolah Jalan Empat Bandar Baru Bangi berhijrah ke New Zealand kerana mengikut keluarganya dan turut menyambung pengajian di sana. Semua pihak dari Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Negeri Selangor, menteri-menteri, ahli parlimen, Adun-Adun dan berbagai pihak mengucapkan takziah di atas kematian yang dikategorikan sebagai syahid akhirat itu.
 Peristiwa yang dialami oleh Muhammad Haziq, satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban bersama 50 yang lain adalah merupakan ketentuan Allah qadha` dan qadarnya. Muhammad Haziq seorang anak Malaysia, tetapi ketentuan sejak azali, Muhammad Haziq yang dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Bandar Baru Bangi, tetapi kerana ketentuan sejak azali, bagi menemui ajal dan mautnya yang  ditentu Allah sejak azali, maka dia sama berhijrah bersama keluarganya di Christchurch menyambung pengajian di sana. Maka tiba waktunya Muhammad Haziq seorang anak yang terdidik dengan didikan Islam bersama adik dan bapanya menunaikan solat Juma`at di Masjid Al-Noor di Christchuch. Allah juga menentukan, bahawa ada manusia yang melibatkan diri dengan kumpulan ganas yang terpupuk di dalam jiwanya dan jiwa kumpulannya berdendam terhadap orang Islam dengan Islamiphobianya, terdetik dalam jiwa mereka dengan ketentuan, bahawa mereka tidak bertindak sepatutnya terhadap komuniti Islam di Australia, tetapi mengambil tindakan di New Zealand. Dikatakan mereka membuat perancangan yang rapi dan pernah datang membuat tinjauan dan penyelidikan mengatur perancangan untuk melakukan tindakan ganas mereka.
Demikianlah perancangan jahat mereka, tanpa terbomgkar terlebih dahulu mereka datang dan mengatur tindakan ganas mereka. Kelonggaran memiliki senjata api di New  Zealand yang disifatkan aman itu diambil peluang oleh kumpulan ganas ini datang ke Masjid Al-Noor pada Juma`at 15 Mac yang lepas. Sebaik tiba waktu solat dan para jamaah berkumpul memulai solat, mereka melakukan tembakan rambang terhadap kumpulan yang tidak bersenjata dan tidak dapat mempertahankan diri menyebabklan 50 terbunuh, termasuklah Muhammad Haziq dan sejumlah 48 lagi tercedera.
Kini yang kita mau lihat, bagaimana tindakan kerajaan New Zealand yang dipimpin oleh Jucinda Ardent yang disifatkan berjaya mengendalikan situasi keganasan secara  baik. Pengurusan terhadap mangsa-mangsa tragedi pembunuhan juga dilakukan secara baik dan terhormat, tetapi tindakan terhadap pengganas diharap dilakukan secara tegas agar memberi puashati dari segi perundangan kepada mereka yang menjadi mangsa sama ada yang terkorban dan lebih-lebih yang tercedera. Juga bagi semua.
Takdir telah berlaku, tetapi pilihan dan ikhtiar terbaik ditunggu, hukuman akan dilakukan dan diharap peristiwa hitam tidak lagi akan berlaku.
Sekian.

No comments:

Post a Comment