SOLIDARITI KEAMANAN – KESEMPATAN TERBAIK
DIMANFAATKAN
(Fikrah Bangi:
183),
BBB, 17 Rejab 1440H. = 24 Mac 2019M. (AHAD).
Di sebalik peristiwa berdarah di Masjid di
Christchurch di New Zealand pada Juma`at
15 Mac 2019 yang lepas ada hikmat tersembunyi. Peristiwa yang mengorbankan 50
jamaah yang menunaikan jumaat di Masjid
Al-Noor ditembak oleh pengganas dari Australia menyebabkan kematiaan 50 jama`ah
dan 48 cedera memberi keinsafan kepada warga masyarakat. Patut dipuji ialah
pihak Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Dato` Seri Mujahid Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatur Perhimpunan Solidariti
Keamanan di Kuala Lumpur dan beliau terbang ke New Zealand menyertai sama
upacara perkabungan masyarakat Islam di Christchurch dalam mana pada hari Juma`at masyarakat yang
terdiri dari Islam dan bukan Islam bersama berhimpun – lebihdari 20 ribu
bertafakur mengenangi pemergian mereka
yang disifatkan sebagai syahid. Satu peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam
mana masyarakat yang bukan Islam sama berkabung dan menghormati mereka yang
telah meninggal. Perdana Menteri New Zealand, Jucinda Ardem sendiri mengepalai
upacara dan membenarkan siaran secara langsung ke seleruh negara upacara azan dan
khutbah dari Masjid Khadijah di Christchuch (Masjid Al-Noor sedang dibaiki
kerana kerosakan). Perdana Menteri itu menyatakan kekesalan dan memohon ma`af
terutama kepada keluarga-keluarga yang terkorban. Khatib yang berkhutbah pula Imam
Khan secara diplomasi menyampaikan mesej keamanan dan dakwah keislaman.
Dalam masa yang sama sebagaimana dikatakan
peristiwa ini dijadikan contoh dan pengajaran bagi masyarakat di Malaysia agar
dapat mengambil iktibar bahawa tidak ada faedahnya bersifat kekerasan dan
militant dan simpati rakyat di New Zealand dipanjang ke Malaysia, bahkan bagi
seluruh dunia yang cintakan kemannan supaya bersolidariti bagi menegakkan
keamanan di negara ini. Perhimpunan yang dikenali dengan Perhimpunan Solidariti
Keamanan Kuala Lumpur 2019 itu telah berjaya membawa berbagai tokoh pemimpin,
ketua-ketua agama, kedutaan negera New Zealand dan Austrralia berucap
menyatakan kekesalan di atas peristiwa yang berlaku dan mereka terutama
Kedutaan New Zealand dan Australia berucap menyatakan kekesalan dan memohon
maaf.
Peristiwa berkenaan adalah momentum yang baik
dan sesuai dengan masa dan tempat yang berjaya membawa rasa simpati keseluruhan
rakyat kepada pertemuan yang mewakili dan melahirkan kekesalan dan solidariti
rakyat dan menyokong perhimpunan keamanan.
Dalam perhimpunan yang diadakan pada pagi
Sabtu 23 Mac 2019 itu Dato` Seri Mujahid berkesempatan pulang dari New Zealand dan
bersama dengan perhimpunan. Dalam ucapannya katanya, bahawa ia akan membawa
mesej dari perhimpunan bahawa rakyat negara ini memilih keamanan dan bukannya
kebencian dan keganasan. Mesej yang
berlambangkan burung merpati dan bunga raya itu akan digerakkan ke seluruh
dunia membawa misi dan visi keamanan sejagat sesuai dengan mesej keislaman yang
membawa mesej keamanan dan kesejahteraan.
Perhimpunan Solidariti keamanan yang
berlangsung di Dataran Merdeka itu telah
mengumumkan lima perutusan `Deklarasi
Keamanan, iaitu:
·
Mengecam
segala tindakan diskriminasi dan tindakan kegamasan serta pembunuhan atas nama
kaum dan agama.
·
Menolak dan
mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.
·
Mendukung
segala usaha menghidupkan kedamaiandan menyokong keharmonian antara kaum dan
agama.
·
Mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan negara daripada ancaman oleh anasir
kebencian atas nama kaum dan agama.
·
Menyokong dan
berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran
berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum
dan agama.
Episod berdarah di Christchurch diambil
kesempatan terbaik bagi menjalin hubungan kemanusiaan dan nilai sejagat antara
negara khususnya New Zealand dan Malaysia, bahkan hubungan antarabangsa.
Peristiwa berdarah di New Zealand menjadi titik sejarah bagi solidariti masyarakat,
khususnya antara New Zealand dan Malaysia, bahkan dunia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment