March 20, 2019

ELAUN PEGAWAI MASJID WAJAR DIKAJI


ELAUN PEGAWAI MASJID WAJAR DIKAJI
(Fikrah Bangi: 179).
BBB:  13 Rejab 1440H. = 20 Mac 2019M. (Rabu).
Berhubung dengan elaun pegawai masjid ini, walaupun Penulis telah maklum, khususnya selepas menjadi salah seorang pegawai mentadbir masjid, tetapi selama ini sengaja tidak mau ditimbulkan, apa lagi ianya boleh  ditafsirkan sebagai `Berkepentingan Sendiri`. Tetapi berikut dari ucapan Dato` Menteri Besar Selangor di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor  YB Amirudin Shari semalam, bahawa  beliau mencadangkan supaya ``Kaji semula elaun nazir` (Sinar, 20.3.2019: 18)., maka Penulis amat menyokng di atas cadangan tersebut. Sebenarnya ini adalah fungsi ahli-ahli Dewan Undangan Negeri membawa isu-isu yang releven yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perkara seperti ini pernah berlaku sekitar yahun 1999-2004 ditimbulkan tentang gaji guru agama pada masa itu hanya sebanyak RM400 sebulan. Berikutnya berlaku kajian terhadap masa kerja guru-guru agama ditingkatkan dan elaun mereka dinaikkan hingga RM1,200 sebulan.
Masjid lebih dilihat sebagai tempat bagi mereka yang sanggup berkhidmat secara ikhlas dan kerana Allah. Sebab itu bagi pegawai-pegawainya tidak sangat ditimbulkan tentang elaun. Apa lagi sebahagian dari yang berkhidmat seperti  nazir, imam, bilal, bahkan siak adalah mereka yang berpencen dan tidak sangat mengira dari segi pendapatan. Tetapi dengan syarat yang dikenakan bahawa pegawai-pegawai masjid tidak terlampau tua dan mau orang muda yang lebih cergas dan mereka dikehendaki berkhidmat sepenuh masa. Maka bayangkannlah bagi mereka yang tidak berpencen mau meneruskan khidmat mereka terhadap masjid . Elaun yang ditetapkan:
Nazir      RM 200   Sebulan
Imam     RM1,300  sebulan   
Bilal       RM 290    sebulan
Siak       RM 240    sebulan.
(Elaun tersebut disalurkan oleh JAKIM melalui Jabatan-Jabatan Agama Negeri).
Jika dilihat pada elaun mereka di atas sememangnya tidak wajar, khususnya bagi mereka yang tidak berpencen, berkeluarga dan tinggal di bandar-bandar.
Pada dasarnya elaun-elaun di atas ditambah oleh masjid melalui derma orang ramai, khususnya kutipan hari Juma`at. Misalnya Masjid Al-Umm menambahkan elaun-elaun pegawai-pegawai di atas. Misalnya Nazir kepada  RM900
Imam  kepada RM1,800  (termasuk elaun sewa rumah RM300)
Bilal    kepada RM1,000
Siak    kepada RM1,000
Tambahan ini oleh kerana masjid mempunyai sumber kewangan yang agak kukuh. Bagaimana dengan masjid kampung yang tidak mempunyai sumber kewabngan yang baik ? Tentulah tambahan tidak dapat dilakukan secara wajar.
Sebab itu cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan elaun nazir - wajar dipertimbangkan pegawai-pegawai yang lain, agar mereka tidak tertekan dan dapat menjalankan khidmat dengan baik. Jika tidak dinaikkan elaun mereka tidak ada dari kalangan muda mau berkhidmat di masjid, mereka tahu untuk membuat kebajika,  tetapi jika mereka `tidak cukup makan`, bagaimana hendak berkhidmat.
Jumlah kenaikan perlu dipertimbangkan untuk menampung kehidupan mereka, khususnya bagi mereka yang tidak berpencen. Misalnya permulaan kerja Imam tidak kurang dari RM2,500 (berijazah dan hafiz), bilal  RM1,800 dan siak RM1,500. Bagi nazir sebagai ketua yang bertanggungjawab bagi semua urusan masjid wajar dinaikkan elaun dengan jumlah sesuai sebagai pentadbir masjid.
Sekian.

No comments:

Post a Comment