SOLIDARITI CETUSAN ISLAM DI NEW ZEALAND
(Fikrah Bangi: 182),
BBB, 16 Rejab 1440H. = 23 Mac 2019M. (Sabtu).
Di luar jangkaan di tanah Mouri yang dikuasai
Barat, dianggap tidak simpati dengan Islam sebagaimana negara-negara Barat yang
lain, tapi peristiwa tragedi pembunuhan terhadap para jamaah yang sedang memulakan solat Juma`at pada 15 Mac 2019 lepas yang menyebabkan 50 terbunuh dan 48
cedera menukarkan persepsi kita terhadap
andaian selama ini – bahawa ianya memusuhi Islam sebagaimana
negara-negara Barat yang lain. Tragedi di Masjid Al-Noor memberi maklumat
kepada kita, bahawa terdapat 10,000 penganut Islam di Christchurch hidup
bersama-sama masyarakat yang lain. Mereka hidup dalam keadaan harmoni. Pemimpin
nmegara New Zealand Jacinda Ardem adalah
tolerance dan amat simpati dengan peristiwa berdarah di bandar Christchurch
itu.
Juma`at semalam selepas seminggu dari
peristiwa berdarah berlaku, rakyat New Zealand sejumlah 20,000 berhimpun di tanah
lapang berhampiran masjid melahirkan
simpati berkabung diketui Perdana Menterinya Jacinda Ardem. Kalangan perempuan
memakai tudung termasuk Perdana Menteri bertafakur selama 2 minit mengingati yang
telah pergi. Toleransi dan solidariti dipertunjukkan oleh Kerajaan New Zealand,
bahawa azan dan khutbah juma`at pada tengahari 22 Mac 2019 itu disiarkan secara
langsung ke seluruh negara. Ini merupakan pertama kali sinar dan dakwah Islam
dibenar dan disiarkan ke seluruh negera dan sinar pertama Islam mulai
mengelopak insya Allah di New Zealand.
Sementara itu Jacinda Ardem dalam ucapannyanya
memanjangkan ucapan takziahnya terhadap keluarga-keluarga yang terkorban dan
mengecam tindakan ganas kumpulan penbgganas yang datang dari Australia yang
terang-terang melahirkan sikap Islamphorbia. Beliau menjamin keselamatan bagi semua pihak dan akan
mengambil tindakan keras terhadap
pengganas dan menyekat dari kebebasan memiliki senjata berbahaya yang selama ini tidak berlaklu seperti peristiwa hitam 15 Mac 2019 itu. Beliau
berharap peristiwa sedemikian tidak akan berlaku.
Sementara itu khutbah Juma`at pada hari 22 Mac
2019 yang disampaikan oleh Imam Shazli Khan Imam Masjid Khadijah di
Christchurch bahawa Islam menentang keganasan. Islam sebagaimana namanya adalah
menganjurkan keamanan dan hidup secara toleransi. Beliau mau setiap orang
Islam, khususnya di New Zealand menjadi model yang baik yang menjadi dakwah
Islam secara tidak langsung dan secara langsung. Menurutnya peribadi Rasulullah
s.a.w. adalah menjadi contoh terbaik bagi umat dan masyarakat.
Pada hari yang sama banyak dari masjid-masjid
termasuk di Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Juma`at. Ini
termasuklah di Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi yang mana salah seorang mangsa
terkorban - Muhammad Haziq bin Mohd
Tarmizi adalah bekas pelajar di sekolah Menengah Bistari di Bandar Baru Bangi,
sebelum keluarganya berpindah ke New Zealand.
Sementara itu pemimpin Islam seluruh dunia
termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang berada di
Pakistan bersama pemimpin negara itu Imran Khan mengecam terhadap keganasan
yang dilakukan oleh pengganas dari Australia itu. Mereka bersama menentang
Islamphobia Barat terhadap Islam. Turut mengecam ialah Perdana Menteri Turki
Tayyib Ordogan. Sementara Malaysia menghantar wakil ke upacara pengkebumian di Christchuch secara
khusus ke sana – Yang Berhormat Dato` Seri Dr. Mujahid Yosof Rawa Menteri di
Jabatan Perdana Menteri dan turut menyampaikan sumbangan orang ramai di
Malaysia berjumlah RM100,000.
Peistiwa pembunuhan terhadap jama`ah bersolat
Juma`at di Masjid di Christchurch mempunyai hikmat dan significant tersendiri.
Ianya mengukuhkan solidariti rakyat New Zealand dan bersikap mesra terhadap
Islam. Sikap ini diharap berterusan berlaku di New Zealand.
Sekian.
No comments:
Post a Comment